Wednesday 30 November 2011

Sempat ke Jerusalem ..!


Alhamdulillah hari ini 30 Nov 2011, saya sempat ke Jerusalem (Gerusalemme). Bertemu dengan 3 lelaki Palestin yang gigih meneruskan hidup. Terasa sangat bersyukur sangat. Seumpama sahabat yang sudah lama tidak bertemu, kehanggatan ukhuwwah terjalin begitu cepat sekali walaupun kami tidak pernah bersemuka secara fizikal sebelum ini.

Saudara Yasir Al-Ashqar berumur 52 tahun kini dikurniakan Allah 2 orang anak. Saudara Tariq Iseid berumur 50 tahun dikurniakan 2 orang ana , dan seorang lagi saudara Amin (tak sempat bertaaruf panjang). 


Pertemua tidak dapat disangka-sangka seumpama sahabat seperjuangan. Bercerita tentang kebersamaan di dalam keyakinan akan Al-Aqsa milik bersama, kisah usaha-usaha membantu rakyat Palestin dan pembangunan di Gaza sambil menghulurkan kad Aqsa Syarif. Aqsa Syarif di Malaysia diperkenalkan dan misi A2G dan A2G2 dikongsikan dengan penuh kegirangan. Ketiga-tiga rakyat palestin berbadan sasa ini juga tidka kurangnya di dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan.
Sdr Yasir berasal dari Kuf-Qadun di kawasan Tebing Barat. Manakala Sdr Tariq berasal dan dibesarkan dari Ramalah begitu juga saudara Amin. Umur mereka yang secara purata baru mencecah 1/2 abad, sudah melalui pelbagai liku-liku kehidupan yang menyukarkan bagi meneruskan hidup sebagai rakyat Palestin. Ketika umur mereka 6 tahun (tahun 1967), keluarga mereka terpaksa meninggalkan Palestin semenjak  ke Jordan bersama keluarga, ketika itu peperangan meletus dan Israel menguasai lebih banyak kawasan di Palestin.

Dalam berbicara mengenai misi bantuan ke Gaza, dalam konvoi A2G-VP5 2010 mereka bertiga adalah di antara orang yang berusaha mengumpulkan dana sehingga 3 dari 6 ambulan yang dipandu aktivis Italy  memasuki Gaza adalah hasil usaha mereka bertiga iaitu ketika peserta konvoi melalui Itali pada 22-24 Sept 2010.
Mereka begitu menjaga prinsip-prinsip Islamnya. Dalam kerancakkan berbicara, beliau meminta izin masuk ke dalam untuk bersolat 'Asar. Ku perhatikan mereka memiliki akhlak mulia, menjaga syari'ah di samping berusaha melaksanakan syari'ah dan fardhu kifayah.

Sdr Tariq Iseid rupa-rupanya adalah seorang berkelulusan jurusan senibina. Namun keadaan tidak memungkinkan beliau meneruskan bekerja di bidang tersebut, sebaliknya mengusahakan sebuah kedai kebab dan pizza. Sempat juga saya dijamu dengan pizza yang rangup dan kebab yang menyelerakan. Maklumlah di tengah-tengah kota Mesere Venice Italy, bukan senang nak dapat makanan halal. 

Tiga pemuda Palestin ini bermula beberapa tahun lalu mengusahakan sebuah kedai Fast Food diberi nama GERUSALEMME (Jerusalem) atau nama penuhnya GERUSALEMME PIZZA & KEBAB. Rezeki mereka di kota Mesere Venice ini telah memberi sinar kehidupan buat mereka bersama keluarga. 
Keberkatan perniagaan lebih jelas apabila saya lihat pengunjung tak kunjung kurang, bertali arus memasuki kedainya yang kecil tetapi penuh meriah. Daging kebab halal yag berpusing sambil dipanggang dipenjuru hadapan kedai dalam masa tak samapi 3 jam sudah mengecil. Boleh dikatakan mereka yang masuh menghulurkan kad bernombor 1-10 dan setiap order, kad tersebut akan dipangkah. Rupa-rupanya ia adalh sistem hadiah, dimana apabila pelanggan telah memenuhkan 10 pembelian, satu piza akan dihadiahkan.


TABUNG SUMBANGAN PALESTIN


Terdapat tabung Palestin dikaunter pembayaran, beberapa kali ku perhatikan beliau sebagai penjual memasukkan wang-wang kecil di dalam tabung itu disamping pelanggan-pelanggan yang datang. Mengikut En Yasir, wang-wang ini telah beberapa kali dikeluarkan dan serahkan untuk dibawa ke Gaza. Dimana pun juga, rakyat Palestin memiliki hubungan hati yang kuat terhadap bumi ambiya' dan Masjidil Aqsa. 
Sehingga kedai fast food yang diwujudkan diberi nama bersempena kota bersejarah dan kota suci umat islam iaitu Gerusalemme Piza & Kebeb.

Pengajaran yang dapat kita perolehi, walau di mana jua kita berada:-
a. Palestin dan Masjidil Aqsa tetap di hati - simbul dan nama memberi gambaran tersebut.
b. Hukum Allah dan syariahNya tetapi dijunjung dan diintegrasikan dalam kehidupan walaupun sengan segala kepayahan.
c. Usaha membantu saudara di medan Palestin mereka usahakan termasuk membuat kutipan berterusan di apa jua kesempatan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...