Saturday 5 November 2011

Pengemblingan Tenaga Aktivis Pahang Jayakan Perkongsian Misi A2G2



Alhamdulillah, pada 21 dan 22 Okt 2011 yang lalu, aktivis Aqsa Syarif negeri Pahang bertungkus lumus memerah fikiran dan tenaga menyusun aktiviti penerangan dan perkongsian Palestin di dalam masyarakat. Melalui pelbagai penglibatan di dalam masyarakat yang sekian lama dibina.

Beberapa masjid dirancang untuk mengadakan ceramah Perkongsian Misi A2G2 dan Khutbah Jumaat bertajuk Memperkasa Ummah Membebeskan Al-Aqsa. Misi perkongsian adalah mendedahkan realiti yang sedang dihadapi penduduk di Palestin khususnya di Gaza. Misi A2G2 telah memberikan gambaran yang tepat bagaimana bentuk bantuan dan sumbangan yang sedang dijayakan di Gaza dan perlu dirancang pada masa hadapan melalui sumbangan orang ramai melalui Aqsa Syarif.
Perongsian di Pejabat Risda Kuantan, Kolej Komuniti dan POLISAS juga memberikan peluang kepada kakitangan kerajaan mendapat pendedahan akan makanisma bantuan yang dijalankan Aqsa Syarif. Sumbangan diperolehi dari para hadirin hampir mencecah RM9000. Penceramah dikejar seorang staf POLISAS berhampiran tempat letak kereta selepas perkongsian di Perjumpaan Bulanan Staf Polisas, yang mana wanita yang baru mendengar kisah penderitaan saudara seagama di Palestin menghulurkan RM500.00 yang dikelaurkan dari beg tangannya. 

Kesempatan juga diperolehi memberikan perkongsian di UIA Kuantan yang dihadiri sekitar 80 pelajar perubatan walaupun sudah lewat malam.

Tahniah Aqsa Syarif Pahang. Teruskan perjuangan untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin yang sedang menjadikan tubuh badan mereka benteng di dalam memeprtahankan bumi ambiya - bumi milik ummat ini seluruhnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...