Selepas solat Maghrib berjamah, diikuti dengan wirid, zikir dan do'a memohon ditambahkan Allah kekuatan iman, amal, dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan di kurniakan keberkatan dan ketaqwaan yang berpanjangan dengan pimpinan Imam Masjid yang sangat tawadu'.
Begitulah mulianya hidup sebagai seorang mukmin dalam kehidupan berjamaah di kampung Seri Merlong Rengit Batu Pahat Johor. Para jamaah laki-laki dan wanita berusaha memakmurkan masjid yang sederhana tetapi indah di kampung tersebut. Selain warga senior yang begitu tenang kehidupan, berserban, berjubah dan sentiasa riang dan senyum, anak-anak berpakaian baju melayu dan bersongkok mengayuh basikal menuju masjid yang menjadi mercu tanda kampung.
Berkesempatan solat Asar berjamaah di masjid ini, selepas solah Asar, tuan Imam bersama-sama jamaah bersama-sama membaca Qur'an dan terjemaahan kemudaian dikuti bacaan kitab sebagai tazkirah harian. Terasa syahdu dan mulia dihati sebagai umat Islam yang diberi peninggalan yang sangat berharga berupa Al-Qur'an dan Hadith oleh Rasulullah SAW yang sangat kita sayangi.
Selepas Maghrib, Ketua Misi A2G2 kesempatan berkongsi kisah di Palestin dan apakah Palestin dan Masjidil Aqsa bagi kehidupan umamt Islam dahulu dan hari ini.
Jam di dinding menunjukkan jam 7.30mlm, sebelum Azan Isya' dikumandangkan jam 8.07 malam, 30 minit diisi dengan reingkas dan sempat menayangkan 2 video klip pendek dan beberapa slides.
Kelihatan bebrapa orang ahli jamaah wanita menutup mata apabila video kemusnahan dan mangsa pembunuhan kejam Israel ditayangkan di sktin ... kelihat reaksi sedih dan kerut muka mereka. Begitu juga ahli-ahli jamaah yang lain ... kelihatan terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku di Palestin.
Perkara yang penting dikongsi dengan para penduduk:-
a. Palestin adalah bumi ummat Islam, waqaf umat Islam hingga hari Kiamat.
b. Di sana terletaknya Masjidil Aqsa. Qiblat Pertama umat Islam dan tempat Isra'mi'rajnaya Rasulullah saw.
c. Kini Masjid Al-Aqsa dikepung, Palestin dijajah dan dirampas rejim Zionis Israel.
d. Kewajipan kita umat Islam mengetahui, menyokong dan membuat apa jua sumbangan bagi perjuangan membebaskan bumi penuh keberkatan itu dari cengkaman zionis.
e. Rakyat di Palestin perlu dibantu, Aqsa Syarif telah berusaha menghantar sukarelawan bersama ngo-ngo di Malaysia dan antarabangsa.
f. Beberapa projek telah Aqsa Syarif usahakan termasuk Kilang Roti, Ternakan Lembu, Qardhul Hasan dan lain-lain.
h. Teruskan usaha mulia ini dan semoga kita dan umat Islam seluruhnya dapat bersolat ke Masjididl Aqsa dengan mudah semudah kita ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Ceramah ringkas turut dihadiri ketua kampung Seri Merlong - Tn Hj Mohd Adil Hj Siraj; Setiausaha -Masjid Tn Hj Basiron Solihin; Tuan Imam - Ust Mohd Fauzi Hj AMin, Bilal - Ust Baharuddin dan Jawatankuasa Masjid dan anak-anak khariah masjid. Imam Masjid - Kiyai Hj Suhaili sedang menunaikan Haji di Mekah.
Selepas solat, ketua kampung menyatakan "Insya Allah kita akan rancang program lebih besar". Mengikut beliau, Insya Allah bersempena kuliah berkala di Madrasah dikampung oleh Kiyaii Hj Suhaili yang dihadiri ratusan hadirin akan dijemput wakil Aqsa Syarif memberikan ceramah.
Seorang pemuda menemui penceramah menyatakan ceramah singkat sangatlah ... "Baru tau keadaan sebenar di sana...! .. harap boleh darang lagi.."
Majlis yang sememang ringkas dengan persiapan hanya oleh anak-anak lepasan PMR dari Kelab Sayangkan Palestin SMKPB-AQSA (lihat di SINI) telah mendapat sambutan dan kerjasama yang sangat baik walaupun tak sempat di ada mesyuarat rasmi dengan pihak orang kampung. Jamuan nasi tanpa disangka-sangka turut diadakan selepas solat Isya' dan penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang dan peserta peraduan melukis, mewarna dan kuiz Palestin yang julung kali di adakan di kampung itu.
Disamping program ceramah ringkas, dan aktiviti dengan anak-anak di sebelah petang, satu pameran ringkas di adakan.
Selain aktivis Kelab Sayangkan Palestin SMKPB-AQSA, sukarelawan Aqsa Syarif Pontian iaitu Nurshafeqah, Atiqah, Imtithal, M.Al-Faateh, M.Al-Fathy dan M.Zulaqwam yang turut membantu di dalam program yang ringkas tetapi penuh bermakna.
Aqsa Syarif nampaknya perlu sangat terus digemblingkan ... memasuki kampung-kampung dengan apa jua kesempatan ... Terlalu ramai umat di luar sana yang masih tidak berpeluang mendengar dan memahami realiti di Palestin. Usahakanlah sebaik mungkin ... demi Membantu Para Pejuang Bumi Ambiya dan Demi Membebaskan Al-Aqsa, Demi kemuliaan Islam.
Selain aktivis Kelab Sayangkan Palestin SMKPB-AQSA, sukarelawan Aqsa Syarif Pontian iaitu Nurshafeqah, Atiqah, Imtithal, M.Al-Faateh, M.Al-Fathy dan M.Zulaqwam yang turut membantu di dalam program yang ringkas tetapi penuh bermakna.
Aqsa Syarif nampaknya perlu sangat terus digemblingkan ... memasuki kampung-kampung dengan apa jua kesempatan ... Terlalu ramai umat di luar sana yang masih tidak berpeluang mendengar dan memahami realiti di Palestin. Usahakanlah sebaik mungkin ... demi Membantu Para Pejuang Bumi Ambiya dan Demi Membebaskan Al-Aqsa, Demi kemuliaan Islam.
Nota: Kampung ini pernah menjadi laluan kayuhan basikal hampir setiap hujung minggu seorang anak kampung yang tinggal dimukim bersebelahan, mndar-mandir menjual 'Ais-Cream Malaysia' mencari sekelumit rezeki bagi menampung keperluan hidup dan belanja sekolah. Ketika itu umurnya 14 tahun. Jalan dikampung ini dahulunya hanyalah turapan tanah merah ... bukan jalan tar sebagaimana sekarang.
No comments:
Post a Comment