Sunday 20 November 2011

Kelab Sayangkan Palestin SMKPB-AQSA Buat Pemeran di Kg Permatang Duku

Semuanya bermula apabila satu ceramah Palestinin bagi mengisi keluangan masa selepas PMR di adakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak Benut Pontian Johor (SMKPB) pada Okt. 2011 di atas inisiatif Guru Kaunseling Sekolah iaitu Cikgu Hj Saadon Samian (lihat di SINI). Semenjak dari itu, Kelab Sayangkan Palestin SMKPB-AQSA, mula bergerak. Beberapa pelajar yang terkesan dengan ceramah mengenai realiti di Palestin dan keperluan untuk turut melibatkan diri dalam perjuangan pembebasan bumi ummat Islam dan Masjidil Aqsa itu mula menghubungi penceramah saban hari melalui e.mail, telefon dan SMS. Kelab yang kini digerakkan oleh beberapa pelajar lepasan PMR itu telah dibimbing agar merancang sesuatu bagi menyebarluaskan lagi kefahaman menganai isu dan realiti perjuangan Palestin.
Bersempena Porgan Qurban Jabatan Agama Islam Johor yang di adakan di Masjid Kg Parit Permatang Duku baru-baru ini, Kelab Sayangkan palestin SMKPB-AQSA telah berjaya mendapat kerjasama dari pihak Ketua Kampung dan AJK Masjid bagi Kelab ini membuat pameran Palestin dan jualan barang-barang berkaitan Palestin. Dengan bimbingan Aqsa Syarif Pontian yang diketuai Sdr Amran, mereka berjaya mengadakan pameran dan meemriahkan lagi majlis yang julung kali di adakan di kampung tersebut.

Melalui pameran tersebut, banyak barangan di jual dan penerangan serta edaran bahan-bahan mengenai Palestin dilakukan. Orang kampung tersebut yang tidak pernah mengenali Aqsa Syarif dan tidak berapa jelas menganai Palestin, sudah mula memperolehi pendedahan awal.

Turut hadir di dalam majlis yang meriah tersebut ialah Timbalan Pengarah Jabatan Agama, Pegawai Daerah Pontian, Kodhi Daerah Pontian dan ramai lagi pemimpin masyarakat.

Wakil Ahli Lembaga Aqsa Syarif, Dr Mohd Zin turut hadir bersama As Syeikh Abdul Hamed (tetamu dari Kuala Lumpur) yang turut melawat gerai pameran, bertemu para tetamu dan menyaksikan majlis Qurban.

Pameran turut dibantu oleh Sdr Muhammad Aiman (UIA) dan Sdr Mohd Sabiq (UTM).

AJK Kelab Sayangkan Palestin SMKPB-AQSA digerakkan oleh AJK utamanya iaitu Nurul Aida bte Mohd.Habib, Rabiatul Atiqah bte Mohd Apandi, Mas Adiba Syahriah bte Mohd Yusoff, Nur Irdayana, bte Hambali, Abdul Jalal bin Abdullah, Mohd Zulhusni dan Mohd Iqbal Ajmalulail.















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...