Satu lagi peluang diteroka oleh wakil Kementerian Pendidikan & Pengajian Tinggi Palestin, En Abu Ahmad Ayaish AnNajjar apabila berjaya mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Pelajaran Johor Bahru pada 9 Nov 2011. Majlis ini juga adalah sebagai kunjungan 'terima kasih' dari pihak Palestin di atas penyertaan Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) oleh wakilnya iaitu Ustaz Mohd Hairuzi Muhammad di dalam misi kemanusiaan Ramadhan Aqsa Syarif ke Gaza pada 20-28 Ogos 2011 yang lalu di mana JPNJ menyumbangkan RM120,000 dalam bentuk bantuan beg-beg sekolah dan ubat-ubatan melalui kutipan dana di sekolah-sekolah seluruh Johor.
Turut menyertai rombongan kunjungan tersebut ialah Mr Anwar Mosa, Pengaah Emaar Association Khanyounis Gaza (sebuah NGO & badan kemanusiaan yang aktif di Gaza) serta wakil-wakil Aqsa Syarif yang terdiri dari Ahli Pemegang Amanah, Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar; Pengurus Aqsa Syarif Kedah, En Abdul Wahab; Pengurus Perhubungan Dalam Negeri, En Noorsyazli dan aktivis Aqsa Syarif Johor En Muhammad Aiman dan Muhammad Sabiq.
Pertemuan yang bertemakan "Together Towards Excellent Education in Gaza Palestine" sangat memukau perhatian wakil Kementerian Pelajaran Palestin tersebut.
Di dalam pertemuan yang dihadiri Penolong Pengarah Unit Perhubungan Luar & Antarabngsa, Pn Liza; Ketua Sektor Pengurusan & Pembangunan, Tn Hj Asaari Shamsuddin; serta pegawai-pegawai dari Sektor Pengurusan Sekolah & Sektor Pendidikan Islam kurikulum dan lain-lain itu dimulai dengan pembentangan ringkas dan sesi perbincangan. Pihak JPNJ telah diberikan taklimat ringkas berhubung situasi di Gaza khususnya di dalam aspek pendidikan yang sangat terhad disebabkan tekanan dan serangan-serangan berterusan rejim Zionis Yahudi.
Laporan ringkas perhubung misi bantuan kemanusiaan Ramadahan bersama Aqsa Syarif ke Gaza baru-baru ini yang disertai wakil Jabatan pelajaran Johor juga dibentangkan bersama tayangan slides yang jelas menggambarkan kejayaan wakil Jabatan menyampaikan bantuan beg-beg sekolah kepada anak-anak Palestin.
Laporan ringkas perhubung misi bantuan kemanusiaan Ramadahan bersama Aqsa Syarif ke Gaza baru-baru ini yang disertai wakil Jabatan pelajaran Johor juga dibentangkan bersama tayangan slides yang jelas menggambarkan kejayaan wakil Jabatan menyampaikan bantuan beg-beg sekolah kepada anak-anak Palestin.
Beberapa perkara telah dibincangkan di dalam pertemuan sekitar satu jam setengah itu telah merumuskan tiga perkara penting iaitu:-
2. Kerjasama dalam bidang teknologi pendidikan dan pembangunan kurikulum.
3. Bantuan kemudahan pendidikan di Palestin.
Di dalam aspek kesedaran dan kebersamaan rakyat di dalam perjuangan di Palestin, iaitu di dalam mendapatkan hak-hak asas kehidupan dan pendidikan serta pembebasan bumi Palestin keseluruhannya dari penjajahan Zionis Yahudi, usaha menjalankan kempen ceramah di sekolah-sekolah di Johor boleh diteruskan dengan kerjasama Aqsa Syarif yang diselaraskan melalui Pejabat dan Pengurus Aqsa Syarif Negeri Johor serta Daerah-daerah.
Di dalam aspek kerjasama di bidang teknologi pendidikan dan pembangunan kurikulum, salah seorang pegawai menawarkan kemungkinan kurikulum yang dibangunkan di Malaysia boleh diguna pakai di Palestin. Kepakaran dan kemahiran teknologi yang dibangunkan di Malaysia boleh dimanfaatkan melalui undangan oleh JPNJ dan Kementerian Pelajaran agar wakil-wakil dari Palestin mendapat pendedahan di dalam program-program yang dijalankan di Malaysia.
Dengan keterbatasan peluang dan kewangan, pihak Palestin mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan, khususnya di dalam menaiktaraf kemudahan ICT di sekolah-sekolah di Palestin. Sumbangan dari pihak JPNJ di dalam bentuk kewangan yang boleh menyediakan lebih banyak kemudahan komputer di sekolah-sekolah di Palestin adalah suatu yang sangat-sangat diperlukan bagi memastikan P&P di jalankan dengan lebih berkesan di Palestin.
En Najjar di akhir majlis menyatakan rasa terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian menerima kunjungan beliau dan rombongan, setersnya mendo'akan agar bumi Palestin akan dapat dibebaskan dan kita semua akan dapat bersolat dengan bebas di Masjidil Aqsa.
No comments:
Post a Comment