Kezaliman dan kejahatan rejim zionis Israel berterusan sehingga melibatkan tekanan dan halangan terhadap para nelayan diperairan pantai Gaza dan Laut Mediterranean. Semenjak tahun 2006 nelayan diperairan pantai Gaza telah menjadi buruan para tentera Israel yang berkawal di sepanjang pantai. Mereka bukan sahaja mengancam, malah menghalau dan membunuh para nelayan yang sebelum ini menjadi nelayan dan mencari sumber rezeki untuk keluarga mereka.
Semenanjung Gaza benar-benar berada dipingir laut Mediterranean, namun rezeki nelayan rakyat Gaza disekat oleh rejim zionis yang kejam dan tidak berprikemanusiaan.
Kini para nelayan laut dalam telah dihalang dan kelihatan bot-bot laut dalam tersadai dijeti-jeti nelayan di Gaza. Para nelayan pula tidak dibenarkan mencari rezeki diperairan pantai Gaza. Mereka bukan sahaja kehilangan mata pencarian, malah ada yang hanya menjala ditepi pantai tanpa ke laut.
Gambar atas: Bot-bot nelayan tersadai di jeti-jeti di gaza kerana dihalang dan diancam bunuh oleh tentera laut Israel. Gambar bawah menunjukkan nelayan-nelayan di Gaza teraksa menjala ditepi pantai untuk mendapatkan makanan. Gambar rakaman sukarelawan A2G Oktober 2010.
Sebagai bangsa yang tidak kenal putus asa, sebuah pertubuhan kemanusiaan Jabalia telah berusaha membuat ternakan ikan air tawar walaupun terpaksa memakan kos yang tinggi kerana tiulah satu-satunya cara mereka mendapatkan bekalan ikan. Projek dibangunkan berdekatan bandaraya Gaza dengan diintegrasikan dengan pusat rekreasi tepi pantai.
Kolam-kolam ikan tiruan dibina menggunakan plastik/pvc dan benih-benih ikan diperolehi melalui terowong dari sempadan Mesir. Ketika lawatan sukarelawan Aqsa syarif di dalam misi Aqsa2Gaza-VP5 pada Oktober 2011, mereka berkesempatan melawat pusat ternakan ikan tersebut. Malah para sukarelawan sempat dijamu dengan ikan air tawar yang dibela di situ.
Cadangan Penyertaan Projek oleh Aqsa Syarif
Aqsa Syarif dengan kerjasama rakyat Malaysia dan pertubuhan-pertubuhan di Malaysia telah berusaha menjana bantuan kewangan bagi menaik taraf dan memperbesarkan projek tersebut. Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur telah bermurah hati menyumbang sejumlah RM12,000.00 yang diserahkan kepada Pengerusi Aqsa Syarif untuk projek tersebut. Oeng ramai masih berpeluang untuk menyumbang projek ternakan air tawar di Gaza. Sila berhubung dengan ibu Pejabat Aqsa Syarif atau wakil-wakil negeri dan daerah.
Relawan Aqsa Syarif dijamu dengan hidangan Ikan yang diternak oleh NGO di Gaza.
Majlis penyerahan bantuan projek Ikan Air Tawar sejumlah RM12,000.00 oleh wakil Ahli Lembaga Koperasi Muslimin kepada Pengerusi Islamic Society of Jabalia Gaza di ibu pejabat Koperasi berkenaan. Berita lanjut http://aqsa2gaza.blogspot.com/2011/01/wakil-gaza-menerima-sumbangan-dana-dari.html
Rancangan Terdekat Aqsa Syarif
- Konvoi Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif Ramadhan di Gaza (A2G2) 20-28 Ramadhan 1432 / 20-28 Ogos 2011
Aqsa Syarif telah memutuskan penghantaran Konvoi misi A2G2 di atas. Salah satu misi penting di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ialah untuk ahli-ahli konvoi Aqsa Syarif menyampaikan sumbangan projek Ternakan Ikan Air Tawar di Gaza. Dari sekarang sehingga tarikh pemergian sukarelawan misi di atas iaitu pada 20 Ramadhan 1432/20 Ogos 2011, tuan/puan boleh menghubungi Aqsa Syarif untuk membuat sumbangan projek tersebut. Wang tajaan tuan/pun Insya Allah akan kami serahkan dengan tangan kami di bulan yang mulia, bulan Ramadhan yang penuh barakah terus ke tangan yang sangat memerlukan di Gaza Insya Allah. Bertindak segera hubungi Aqsa Syarif. Aqsa Syarif kini telah mendapat sumbangan RM12,000.00 dari Koperasi Muslimin Malaysia Berhad untuk projek ini dan akan di sampaikan di Gaza bilan Ramadhan ini Insya Allah.
No comments:
Post a Comment