Saturday 16 July 2011

13 Projek Aqsa Syarif di Gaza

Di atas kepercayaan rakyat Malaysia yang berada di dalam dan luar negara terhadap Aqsa Syarif, Pelbagai Projek Bantuan Kemanusiaan telah berjaya dirancang dan dilaksanakan bagi membantu rakyat Gaza yang berada di dalam keadaan kesusahan, keperitan dan penderitaan disebabkan kezaliman regim Israel zionis.

Aqsa Syarif berusaha bersungguh-sungguh untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia akan keperitan penduduk Palestin khususnya di Gaza. Pada September dan Oktober 2010, Aqsa Syarif menghantar sukarelawan melalui misi konvoi kemanusiaan Aqsa2Gaza Viva Palestina-5. Tujuh (7) sukarelawan Aqsa Syarif telah dapat melihat sendiri keadaan penduduk di Gaza dan bagaimana mereka sangat-sangat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan membebaskan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa.


Kesempata mengadakan lawatan dan mengadakan perbincangan dengan sukarelawan kemanusiaan tempatan di Gaza, Aqsa Syarif telah mengenalpasti eman projek bantuan kemanusiaan yang sangat 'urgent' dan sangat diperlukan di Gaza.

Sekembalinya dari misi di Gaza, para sukarelawan terus meneliti lebih 35 cadangan-cadangan projek di Gaza bagi membantu mereka membangunkan semula kehidupan selepas serangan Israel 2008-2009, Lihat di SINI. 20 projek dikategorikan debagai kritikal, namun untuk fasa pertama, Aqsa Syarif memutuskan untuk fokus kepada 6 projek yang paling kritikal dan sesuai dengan keupayaan Aqsa Syarif. Sukarelawan berkesempatan mendapat liputan Bulitin Utama TV3 menganai 6 projek yang paling kritikal yang perlu disegerakan. Lihat capaian INI.

Namun hingga ke saat ini Aqsa Syarif terus menerima beberapa cadangan projek termasuk yang menjadi keutamaan semenjak awal penubuhan Aqsa Syarif iaitu tajaan anak yatim dan keluarga miskin. Blog A2G2 ini akan menghuraikan dengan panjang lebar setiap satu projek-projek yang sedang dilaksanakan dan dirancang oleh Aqsa Syarif di Gaza.
Kilang Roti Rakyat Malaysia mula beroperasi pada 28 Jun 2011
Projek-projek tersebut ialah:-
1. Projek Bantuan Sara hidup Bulanan untuk Anak-anak Yatim di seluruh Gaza.
2. Projek bantuan Sara hidup Bulanan untuk Keluarga Miskin di seluruh Gaza.
3. Projek ternakan lembu tenusu dan perusahaan keju di Jabalia, Utara Semenanjung Gaza.
4. Projek pembinaan kilang roti di selatan bandaraya Gaza.
5. Projek bantuan pembinaan sekolah dan projek perusahaan wanita di Beitlahya, Utara Gaza.
6. Projek Bantuan di Hospital Rantissi Kanser Kanak-kanak di bandaraya Gaza.
7. Projek ternakan ikan air tawar di utara bandaraya Gaza.
8. Projek Bantuan Kewangan Mikro di bandar Khanyounis, Selatan Gaza.
9. Projek Bantuan Bag-bag sekolah untuk 5000 kanak-kanak di seluruh semenanjung Gaza.
10. Projek Pembinaan Makmal Sains di Universiti Islam Gaza.
12. Projek "Ramadhan Gift Pack" - merupakan pek makanan-makanan untuk keluarga2 di Gaza.

13. Projek Rose2Rose - Projek Dari Wanita Malaysia kepada Wanita Gaza. Iaitu projek membina pusat aktiviti dan industri domestik wanita di Gaza.

Beberapa perbincangan berterusan bersama wakil Palestinian Cultural Organisation of Malaysia (PICOM), Badan Kemanusiaan di Gaza memerlukan dua lagi projek terbaru dan mereka meminta Aqsa Syarif mengurus penjanaan dana untuk projek tersebut untuk dilaksanakan secepat mungkin di sebabkan keadaan mendesak di Gaza. Projek-projek yang dimaksudkan ialah;
1. Projek Pembinaan Sekolah Baru.
2. Projek Pembinaan Kilang Rori ke Dua Aqsa Syarif.

Orang ramai, persatuan-persatuan, agensi-agensi kerajaan dan badan-badan korporat dipelawa untuk menjemput wakil-wakil Aqsa Syrif yang berada di setiap daerah dan negeri untuk membuat penerangan, ceramah atau pameran berhubung aktiviti Aqsa Syarif di dalam membantu rakyat Palestin. Sumbangan kepada rakyat Palestin melalui pelaksanaan projek-projek di atas boleh disalorkan melalui Pengurus-pengurus Aqsa Syarif Negeri (14) dan Daerah-daerah (67) atau terus memasukkan ke akaun Aqsa Syarif.

Maklumat lanjut juga boleh diperolehi di laman web Aqsa Syarif di http://aqsasyarif.org.my

Sama-samalah kita "MENGEMBLINGKAN UMMAH MEMBEBASKAN AL-AQSA".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...