Thursday 10 November 2011

Lawatan Wakil Kementerian Pelajaran & Pengajian Tinggi Palestin ke UTM


Johor Bahru, 9 Nov 2011, UTM menerima kunjungan Mr Ahmad Abu Ayesh Annajjar iaitu  Director of International Relation, Ministry of Education & Higher Education Palestine. Ketibaan beliau disambut dan diraikan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof Dr Azrai Kassim. Mr Ahmad Abu Ayesh Annajjar di temani rakan beliau En Anwar Mosa dari Emaar Association Gaza. Turut hadir ialah Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar iaitu pensyarah Fakulti Alam Bina UTM dan juga Ahli Pemegang Amanah Aqsa Syarif. Majlis dihadiri juga oleh Pengurus Aqsa Syarif Johor iaitu Prof Madya Dr Abdull Rahim; Pengurus Aqsa Syarif Kedah, En Abdul Wahab; Pengurus Eksekutif Aqsa Syarif, En Norsyazli dan Sukarelawan Aqsa Syarif En Muhammad Aiman Mohd Zin.


Setelah penerangan ringkas isu pendidikan di Palestin, perbincangan penuh mesra berkisar kepada lima perkara iaitu;
1. Program Kerjasama UTM dan Universiti-universiti di Palestin, khususnya di Gaza. Kemungkinan pertukaran staf & pelajar-pelajar, kolaborasi penyelidikan dan penyertaan summer school di UTM.
2. Biasiswa Pelajar-pelajar Palestin di UTM.
3. Pengurangan Yuran  Pengajian bagi pelajar-pelajar Palestin di UTM.
4. Program MyGazaMission
5. Jemputan rasmi Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi Palestin ke Malaysia

Beberapa pandangan dan cadangan diperbincangkan untuk tindakan lanjut.



Tetamu dari Palestin kelihatan gembira dan berpuas hati dengan kesempatan pertemuan penuh bersejarah. Semoga sesuatu yang positif akan terhasil dari pertemuan yang berjaya diadakan.

Jamuan makan tengah hari diadakan selepas pertemuan tersebut di Pejabat TNCA UTM itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...