... dari anak-anak Malaysia untuk anak-anak gaza dengan penuh kasih sayang...!
Satu bag beserta sepasang pakaian sekolah dan alat tulis bernilai RM100.00 (USD30)
Projek Bantuan Beg Sekolah adalah untuk kanak-kanak miskin di Gaza agar mereka dapat hak untuk belajar sebagaimana kanak-kanak lain di dunia. Dengan kemiskinan sehingga meningkat 75% di Gaza dan kehilangan pekerjaan oleh orang dewasa sehingga mencecah 50%, kanak-kanak sekolah turut terjejas peluang ke sekolah.
Pada September 2011 nanti akan bermula sesi persekolahah di Palestin. Dengan keadaan yang serba dhoif, kita yakin bahawa kanak-kanak di Palestin masih tidak menentu apakan mereka dapat memiliki beg sekolah atau pakaian yang baru untuk memulakan sesi persekolahan ?
Aqsa Syarif dengan kerjasama pertubuhan kemanusiaan di Gaza telah meranang dan berusaha untuk menjalankan projek "Back to School" di Gaza dengan menjana dana bagi pembelian "Set Bag Sekolah" yang bernilai USD30.00 (RM100.00) untuk seorang pelajar sekolah. Sasaran keseluruhan ialah untuk seramai 5000 pelajar sekolah dan fasa satu mensasarkan sejumlah sehingga 1000 pelajar untuk tahun 2011.

Rancangan Terdekat Aqsa Syarif
- Konvoi Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif Ramadhan di Gaza (A2G2) 20-28 Ramadhan 1432 / 20-28 Ogos 2011

Rangkaian sekolah-sekolah IKRAM-Musleh di pilih secara meyeluruh untuk menyertai projek ini di mana satu bilik darjah dicadangkan mengumpul minima RM100.00 bagi membantu seorang pelajar di Gaza membeli set pakain dan beg. Orang ramai dan sekolah-sekolah lain di seluruh Malaysia juga dipelawa menjalankan kempen sumbangan bag sekolah ini untuk dibawa sukarelawan misi Aqsa Syarif ke Palestin pada 20 Ramadhan ini.
IMPLEMENTASI PROJEK SUMBANGAN SET BEG-BEG SEKOLAH DI GAZA BERSEMPENA MISI KEMANUSIAAN A2G2
Gambar-gambar dapat dilihat di http://www.facebook.com/aqsa.syarif#!/photo.php?fbid=259816327375376&set=pu.107299275960416&type=1&theater
JUGA di capaian berikut; http://aqsa2gaza2.blogspot.com/2011/08/lagi-cadangan-projek-projek-baru-aqsa.html
No comments:
Post a Comment