Saturday, 16 July 2011

Aqsa Syarif Akan Menghantar Misi ke Gaza Ramadhan Ini

Alhamdulillah
Setelah hampir setahun Aqsa Syarif menyertai Konvoi Kemanusiaan Ke Gaza iaitu menyertai konvoi Viva Palestina - 5, Aqsa Syarif telah membuat keputusan untuk menganjurkan sendiri Konvoi Aqsa ke Gaza ke Dua yang digelar Konvoi Kemanusiaan Aqsa Syarif Ramadhan Ke Gaza (Aqsa2Gaza2).

Sukarelawan Aqsa Syarif (A2G) Sep-Okt 2010 yang lalu

Dalam Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif yang akan bertolak dari KLIA pada 20 Ogos 2011 bersamaan 20 Ramashan 1432 akan disertai oleh 11 sukarelawan Aqsa Syarif dengan membawa pelbagai bantuan yang meliputi bantuan untuk keperluan makanan, pembangunan sosio-ekonomi dan projek-projek untuk perubatan di hospital di Gaza. Dua wakil media akan turut serta di dalam konvoi kali ini yang dijangka melepasi sempadan Rafah dari Mesir pada 21 Ogos 2011.

Konvoi Kemanusiaan Aqsa Syarif kali ini mempunyai program yang begitu padat yang akan menemui sekitar 7 pertubuhan kemanusiaan dari selatan hingga ke utara Gaza. 

Majlis berbuka puasa akan turut dianjurkan di tiga (3) kem pelarian di Gaza.

Aqsa Syarif akan menghanatr bantuan perubatan ke Gaza


Peluang Megirim Sumbangan Anda

Jika anda bersasrat untuk membantu rakyat yang tertindas oleh angkara regim Israel di Gaza, inilah masa yang terbaik Insya Allah. Konvoi penyertaan Aqsa Syarif A2G-VP5 pada Sep-Okt 2010 seramai 7 orang telah berjaya menerobos pintu sempadan Rafah di selatan Gaza bersama hampir 600 sukarelawan satu dunia dan sukarelawan Aqsa Syarif telah berjaya membawa sumbangan rakyat Malaysia ke Gaza. Malah beberapa projek kemudiannya dijalankan dan kini sebuah kilang roti terbesar di Gaza telah mula beroperasi melalui usahasama Aqsa Syarif dan Badan Kemanusiaan di Jabalia, Gaza. Roti-roti yang dihasilkan sudah dinikmati rakyat Gaza. Tahniah Rakyat Ralaysia di atas sumbangan ikhlas anda semua .... !



Konvoi kali ini bukan sahaja akan melawat KILANG ROTI tersebut, malah beberapa projek lain termasuk penambahan sumbangan rakyat Malaysia ke atas projek TERNAKAN LEMBU TENUSU  dan TERNAKAN IKAN AIR TAWAR akan di bantu dan diperbesarkan.

Jadi marilah sama-sama menyalurkan sumbangan anda ke akaun Aqsa Syarif atau hubungi pengurus-pengurus negeri dan daerah berdekatan anda.



Persiapan Untuk Anggota Konvoi A2G2

Perjalanan konvoi kemanusiaan ke Gaza sebenarnya adalah suatu perjalanan mujahadah, perjalanan ibadah, perjalanan mahabbah, perjalanan pengorbanan dan perjalanan mencari redho Allah SWT.

Berikut adalah nasihat yang dinukilkan oleh Tn Hj Norazmi Talib, salah seorang sukarelawan konvoi kemanusiaan A2G-VP5 tahun 2010. Beliau ditugaskan sebagai JK Tugas-tugas Khas di dalam JK Perancangan Konvoi Kemanusiaan A2G2.

Sahabat-sahabat,
Ana nak mulakan perkara yang tersirat dalam perjalanan antum semua nanti. Moga-moga ianya boleh membantu antum dalam perjalanan ini.Tersirat 1 : Banyakkan membaca Al-Quran sebelum dan semasa dalam perjalanan ini.

1. Quran itu satu mukjizat, ia akan banyak membantu antum terutamanya dalam menghadapi pelbagai kesulitan dan rintangan. Ingat, mukjizat Nabi Musa, digunakan semasa memerlukan pertolongan. AlQuran ini adalah mukjizat Nabi Muhammad saw dan ia ada dalam tangan antum sekarang hingga kiamat. Oleh itu gunakanlah ia sebaik2nya.
2. Ia akan melembutkan hati utk mudah mengharap pada Allah dan memohon pertolonganNya. Lakukan doa ini setiap kali sebelum mula membaca Quran.
3. Kalau pun tak boleh baca dgn baik, cuba usahakan juga. Berdoa sebelum baca, mohon dimudahkan dan Insyallah akan dipermudahkan oleh Allah. Cuba sedaya upaya kerana bagi yg membaca merangkak, Allah akan kurniakan double pahala dari yg membaca lancar. You will be suprise betapa cepatnya antum akan dapat menguasai AlQuran dlm masa yg singkat. Yang penting hati benar2 ikhlas.
4. Pastikan antum mula baca dari sekarang dan jangan tunggu Ramadhan (bagi yg belum konsistent membaca). Bila Ramadhan nanti, kalau boleh khatamkan sekali sebelum kesana dan disana, khatam sekali lagi (kalau sempat). 
5. Laluan utk masuk mungkin akan menemui kesukaran dan banyak menunggu. Oleh itu pastikan Quran sentiasa ada disamping antum. Jangan biarkan masa terbuang dengan borak kosong dan tidak buat apa2. Kalau dah lancar, tak sampai 10 minit boleh habis satu muka surat.
6. Amalkan sentiasa ada wudu'. Ini bagi mendapatkan lebih keberkatan semasa membaca AlQuran. Utk lebih mudah, boleh gunakan kaedah menyapu khaus.
7. Perlu diingat, anak2 di Gaza dapat menghafal Quran dlm masa 4 bulan. Ini bukan soal bahasa Arab. Ana pernah tanya org Arab lain, mereka juga sama macam kita, menghafal antara 2-6 tahun, atau lebih. Ini soal keberkatan bumi Palestin. Keberkatan ini akan terserlah semasa antum berada disana.
8. Oleh itu, bagi yg kurang lancar membaca, usahakan semasa disana. Buat halaqah dan semak bacaan masing2. Tanya bab tajwid dari mereka yg mahir. Perbetulkan sebutan (makhraj) huruf. Insyallah bila disana, perkara2 ini akan menjadi mudah. Tambahan pula, bulan Ramadhan. Keberkatan akan berlipat kali ganda. Yakinlah pertolongan dan bantuan Allah.
9. Paling penting... perbetulkan Al Fatihah masing2. Saling semak dgn yg lain. Ini kerana kebanyakkan kita membaca fatihah dengan hafalan masih kecil (termasuk surah lazim). Mungkin ada kesalahan yg kita tidak perasan. Semasa ana di Syria, ada ikhwah Arab yg semak fatihah ana. Dia suruh ana baca utk dia dengar.

Cukup setakat ini dulu. Nanti ana sambung lagi dlm Tersirat 2.

Wassalam.
(Norazmi Talib)

________________________________________________

Bermesyuart dengan Wakil Palestin di Malaysia


Kajang 24 Julai 2011, Satu pertemuan khas telah berlangsung di antara J.Kuasa A2G2 yang dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar dengan pihak Palestinian Cultural Organisation Malaysia (PCOM) di ibu Pejabat Aqsa Syarif. Pertemuan lebih dua jam membincangkan pelbagai perkara termasuk bentuk-bentuk bantuan yang akan dibawa oleh konvoi Aqsa Syarif bagi pihak rakyat Malaysia ke Palestin khususnya Gaza Ramadhan akan datang. Wakil Palestin yang berpejabat di Putrajaya yang hadir ialah En Naji Al-Sarhi yang bertanggungjawab dalam projek kemanusiaan Palestin dan En Ali Hasan dari Rawafed Humanitarian Org. Kedatangan mereka telah memudahkan perancangan misi A2G2 Aqsa Syarif yang akan berlepas membawa misi bantuan pada 20 Ogos 2011 dan akan berada di Gaza selama seminggu untuk melawat dan menyampaikan pelbagai bantuan di beberapa penempatan di semenanjung Gaza.

Antara agenda perbincangan lain di dalam mesyuarat termasuk strategi kempen pengumpulan dana A2G2 diseluruh negara yang akan dirancang oleh JKuasa Pemasaran yang diketuai sdr Azmi Katiman. Pembentangan rekabentuk pakaian khas para sukarelawan misi A2G2 turut dibentangkan oleh JK persiapan Ar Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf.
"Kempen kesedaran dan kutipan sumbangan Palestin adalah usaha berterusan dan bersempena Misi A2G2, satu bentuk gelombangan kesedaran Palestin secara besar-besaran akan dijalankan Aqsa Syarif di seluruh negara sesuai dengan kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak." Gaza masih memerlukan pelbagai bantuan untuk membangunkan sosio-ekonomi mereka dan lebih banyak projek akan dirancang dan dibawa ke Gaza melalui misi-misi seterusnya. "Jadi aktivis Aqsa Syarif seluruh negara dijangka mengambil peluang untuk menjalankan kempen ini sempena kedatangan ramadhan" ujar Dr Mohd Zin.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...