Monday, 15 August 2011

Ramadhan di Palestin bersama Aqsa Syarif (A2G2) UPDATES 2


Misi Kemanusiaan Ramadhan di Palestin Bersama Aqsa Syarif bertolak Sabtu 20 Ramadhan 10.00 pagi dari KLIA, Insya Allah
Penerbangan dengan Qatar Airways dari KLIA pada 20 Ramadhan 1432 / 20 Ogos 2011 jam 10.00pagi dan akan mendarat di Cairo Airport sekitar jam 4.15 petang hari yang sama. Bermalam di Cairo dan pada 21 Ramadhan akan bertolak dengan jalan darat ke sempadan Gaza iaitu Bandar Rafah dengan kawalan Keselamatan Mesir Insya Allah. Sama-sama kita berdo'a agar misi ini berjalan dengan selamat dan lancar dan dapat mencapai matlamatnya.


18 OGOS 2011 / 18 RAMADHAN 1432]: Rakaman A2G2 di Astro Awani.

Astro Awani telah mengundang Ketua Misi dan Peserta Misi A2G2, PM Dr Mohd Zin dan Dr Tahir untuk rakaman Sudut Pandang yang di acarakan oleh pengacara yang tak asing iaitu Hj Nazri Kahar. Rakaman selama setengah jam membincangkan isu dan keadaan di Palestin yang memerlukan perhatian yang berterusan dan apakah inisiatif-inisiatif Aqsa Syarif sebagai badan yang secara berterusan melakukan kempen dan kutipan dana dari rakyat Malaysia untuk membela rakyat palestin dan Masjidil Aqsa. Di khabarkan, rakaman ini akan disiarkan pada 30 Ogos 2011 (malam H Raya) lepas Isya'  di saloran Astro Awani.


Harapan Ghazzah
(Sajak Palestin)
Ku intai-intai…Manakah cahaya…
Ku tanya-tanya…Apa khabar dunia?
Ku toleh kanan..
Pagar ku lihat..
Lari ke lautan..
Nak renang tak dapat..
Ku cari si jiran..
Pintaku bantuan..
Diam tak berlisan..
Itukah jawapan?
Yang dekat, ku rapat..
Namun yang jauh, ku lihat..
Yang hampir, tercegat..
Musafir pula yang berdebat..
Apa khabar wahai umat?
Sudikah datang melawat..
Kami nanti wahai sahabat..
Simpati ditimba, rindu terhambat..
Usahlah bimbangkan..
Masih ada harapan..
Berita gembira, khabar-khabarkan..
Bukan kecewa patut digambarkan..
Pasti runtuh segala kepungan..
Sehari-hari nampak rekahan ..
Konvoi berduyun penuhi jalan..
Palestin pasti akan dibebaskan!!
Wahai umat wahai saudara..
Kami menunggu kelibat anda..
Jangan khuatir, kami sedia..
Bukankah Allah janjikan berjaya?
- nukilan : Qafmimra @ 11.15pm 6 Januari 2011
17 OGOS 2011 / 17 RAMADHAN 1432]: Kami Rakyat Malaysia Sentiasa Bersamamu Palestin - Teruskan Peruanganmu...!
Begitulah apa yang tersurat dan tersirat dalam sebulan dua kempen penjanaan dana A2G2. Di masjid, di surau, di sekolah, di bazar Ramadhan, di tepi jalan dan di mana jua. Peluang terus terbuka bagi rakyat Malaysia melipatgandakan amalan di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Sumbangan, infaq, zakat dan sebagainya disalorkan melalui wakil-wakil Aqsa Syarif di seluruh negara.
  Perkongsian di Masjid Tmn Sri Pulai Skudai
 Perkongsian di Masjid Tmn Sri Pulai Skudai
  Masjid Tmn Sri Pulai Perdana - Berterusan di dalam menyokong perjuangan Palestin
  Restu bonda mertua, menyerahkan sumbangan untuk Palestin
  Baitul Raudah Tmn Sri Pulai Perdana tidak ketinggalam memperolehi ganjaran Ramadhan... Tahniah 
  Zakat Simpanan Puan Hajjah Jermiyah JB RM500.00
  Di Australia, sumbangan diterima oleh Pengerusi AQSA ketika roadshow Palestin di sana
 Staf LHDN Johor menyeraklan sumbangan kepada En Ahmadon Bakri Aktivis AQSA Johor
  Sekolah Rendah Islam As Saadiah N Sembilan (Back to School) - untuku mu dari kami saudaramu...
  Sekolah Rendah Islam As Saadiah N Sembilan (i kelas 1 bag untuk kawan Palestin)







Dipanjangkan di sini luahan hati pelajar As Saadiyah...
Assalamualaikum,
Buat saudara seIslamku di Palestin… Aku berbesar hati untuk mengucapkan Selamat Bersekolah kepada kalian. Walaupun banyak rintangan yang harus ditempuhi, Demi ilmu yang mulia, kalian sanggup mempertaruhkan nyawa. Itulah satu pengorbanan yang tidak ternilai harganya.
Saudaraku, Aku bukanlah seorang yang terlalu baik bagi menuturkan kata-kata nasihat. Aku hanya seorang hamba Allah biasa. Tetapi hanya satu kata hikmat daripadaku. Bersabarlah. Pasti akan ada keadilan buat kalian di akhirat kelak. Sekian daripadaku, saudaramu yang ikhlas
Siti Farhanah Hamizi
Semoga Pelukan kasihmu terhadap ilmu tidak terlerai
 Sekolah Rendah Islam As Saadiah N Sembilan (Back to School)
 Bazar Ramadhan Perlis
Sekolah Men Sri Kukup Pontian
Sekolah Rendah Pekan Nenas Pontian

17 OGOS 2011 / 17 RAMADHAN 1432]: Sumbangan untuk Palestin terus mencurah.
Assalamualaikum, untuk perhatian Ukht Hasyimah, Exec kewangan.
".... dan sumbangan keluarga dari puan Sabariah, Puchong sebanyak RM7900. Ana dah bank-in  dalam akaun Bank Islam 16 ogos 12.56 tghari. Beliau minta di keluarkan resit".
... begitulah sebahagian dari message dan transection dari aktivis dan masyarakat Malaysia yang begitu prihatin dan bertanggungjawab. Sebahagian rezeki kita rakyat Malaysia ada hak keatas rakyat Palestin yang sedang menjaga bumi Anbiya, bumi ummat Islam dan bumi terletaknya Masjidil Aqsa.

16 OGOS 2011 / 16 RAMADHAN 1432]: [aqsa2gaza2] [GAZA WATCH] Palestinian are not allowed to fish for their own food.


15-08-2011,12:58










Gaza- A Palestinian fisherman was slightly wounded on Monday when the Israeli occupation forces (IOF) aboard navy gunboats opened heavy machinegun fire at fishermen off the coast of Beit Lahiya northern Gaza city.
Adham Abu Salmiya, the spokesman for the medical services confirmed that the IOF firing wounded the 42-year-old man (Y.Z), adding that he was hospitalized.
Israeli occupation forces target Palestinian fishermen, imposing restrictions on fishing works, repeatedly it destroys their boats and prevent them from sailing so far for fishing.
Mostly, fishing is a work of poor people in Gaza, they can provide their families with the essential needs for life, while poverty in Gaza is now on high range because of the Israeli imposed siege.
Israel’s naval blockade of Gaza is a gross violation of international law and of the human rights of the people of Gaza.
The fishing industry employs some 3,500 people on 700 boats, according to labor statistics provided by the Palestinian ministry of agriculture in Gaza. The industry supports the livelihoods of some 70,000 Palestinians, it says.

16 OGOS 2011 / 16 RAMADHAN 1432]: [aqsa2gaza2] [GAZA WATCH] Another reality in Gaza
16-08-2011,10:16
Gaza - Israeli occupation F-16 fighter jets struck on Tuesday overnightseveral areas of Gaza Strip, the Palestinian medical sources reported that a Palestinian man killed and five Palestinians injured in the attacks.
Correspondent for al Qassam website reported that Israeli F-16 fighter jets have struck with at least two missiles a training site belongs to Ezzedeen al Qassam Brigades, the military wing of Hamas, at south of Gaza Strip in Khanypunis city.
Palestinian medical sources reported that there is no injuries in the attacks.
Also the Israeli F-16 fighter jets have struck an area in Az-Zaytoon neighborhoodPalestinian medical sources reported that three Palestinians were injured critically, all the injuries were moved to Ash-Shifa hospital.
The Palestinian medicals named the martyr as Mousa Ishteiwi, 29.
Eyewitnesses said that Israeli F-16 fighter jets targeted food tunnels in Rafah city with at least one missile.
The medical crews reported that two Palestinians, including a chilkd, was injured in the Israeli attack.
[15 OGOS 2011 / 15 RAMADHAN 1432]: Sokongan Padu Bonda Tersayang Untuk Palestin 
Di dalam kesibukkan jihad dan mujahadah, ziarah bonda jangan dilupa. Apalah kita tanpa bonda, do'a dan sokonganya angat membantu di dalam perjuangan ini. Syurga itu diperolehi dengan restunya. Hubungan yang baik, kasih sayang yang tulin memberi keberkatan di dalam hidup pejuang.

Mereka tidak akan terkilan malah akan menghulurkan bantuan sebagai tanda sokongan padu dalam perjuangan ini. Dr Tahir sempat menjenguk ibunda di Ramadhan Mubarak ini - Bonda menyampaikan sumbangan untuk Palestin. Tahniah.














Majlis bersejarah ini telah berlangsung sebentar tadi. Selamat Aliman menerima sumbangan bagi pihak Ahli Lembaga Pemegang Amanah AQSA SYARIF yang disampaikan oleh ustaz Dr Azhar, YDP IKRAM Hulu Selangor.

Catatan: Hulu Selangor mencatat sejarah sebagai Daerah IKRAM dengan kutipan terbesar setakat ini dengan jumlahnya mencecah RM80,000. Allahuakbar.

SBA melaporkan.
[14 OGOS 2011 / 14 RAMADHAN 1432]: Aqsa Syarif Kelantan tidak ketinggalam di dalam memberikan keceriaan anak-anak Palestin

Baru sebentar tadi telah bank in RM 1800.00, ke akaun Maybank Islamic Aqsa Syarif. Ini adalah hasil kutipan di Masjid Kg Landar, Pasir Mas, Kelantan. Selain dari itu lebih dari RM 10,000.00 berjaya dikumpul di sekitar Kota Bharu dan dari beberapa program IKRAM di Kelantan. InsyaAllah akan di bank in oleh bendahari Aqsa Syarif negeri, Ustaz Mohd Nuri.














Pagi tadi berkesempatan mengadakan taklimat di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kota Bharu. Pengarah IPGM turut serta dan melancarkan kutipan peringkat IPGM di Dewan Besar, di hadapan kira-kira 600 pelajar. InsyaAllah akan diterima sehari dua lagi.

Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu tempat Pengurus Aqsa Syarif Negeri bertugas juga sedang membuat kutipan dan alhamdulillah mendapat kerjasama dari pihak pengarah dan ketua-ketua jabatan. InsyaAllah akan diketahui jumlahnya dalam minggu ini. 

Di Kelantan, kempen dan kutipan bermula 1 ramadhan. Kali ini Aqsa Syarif mendapat kerjasama yang cukup baik dari pelajar IPT yang sedang bercuti. Lebih dari 40 siswa-siswi telah melibatkan diri, dan mereka membentuk beberapa kumpulan kecil dan mengadakan kutipan dan kempen di lokaliti yang mereka pilih. Kami, pihak ajk negeri dan daerah membantu sekiranya perlu seperti memberi ceramah pendek atau taklimat di tempat-tempat tertentu yang memerlukan kehadiran kami.

Semoga keberkatan bulan ramadhan ini memberi impak yang lebih dalam usaha kami di Kelantan untuk Palestin.

Update seterusnya akan menyusul

Wassalam

Dr Othman Md zain
Aqsa Syarif Kelantan














 [13 OGOS 2011 / 13 RAMADHAN 1432]: A2G2 di TV Hijrah


Pagi ini dua ahli misi A2G2 berpeluang ditemuramah secara langsung melalui rancangan Assalamualaikum di studio TV Hijrah berhadapan Masjid Negara Kuala Lumpur. PM Dr Mohd Zin (Ketua Misi) dan Che Norhashymah (Peserta wanita) menjelaskan onjektif misi serta bentuk-bentuk bantuan yang akan dibawa oleh peserta misi ke Gaza pada 20 Ramadhan ini Insya Allah. Pengacara rancangan ini dilaksanakan dengan amat baik oleh Sdr Shahrul & Shafiq Zulkifli. Salinan rakaman akan diperolehi tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...