Sunday 17 July 2011

Projek bantuan pembinaan sekolah dan projek perusahaan Domestik oleh wanita di Beitlahya, Utara Gaza.

Beithlahya ialah suatu daerah yang terletak paling utara di semenanjung Gaza dan mempunyai penduduk yang padat. Daerah ini bersempadan dengan Israel dan sangat mudah mendapat serangan oleh tentera rejim zionis Israel melalui kereta-kereta kebal mereka yang ganas. Penduduk di sini sememang begitu mempunyai tawakkal yang tinggi. Mereka sebenarnya tiada pilihan kecuali terus tinggal dan memeprtahankan kedudukan mereka dan tanah yang mereka duduki sekian lama semenjak bergenerasi.


Aqsa Syarif bersama Pertubuhan mawaddah Malaysia sebenarnya telah menghulurkan bantuan kepada Persatuan Wanita Ialam Bethlahya searal April 2010 sekitar RM100,000.00 bagi membantu pertubuhan ini mewujudkan sebuah sekolah pendidikan awal dan aktiviti perusahaan domestik oleh kumpulan wanita Beithlahya. 



Ketika Misi Aqsa2Gaza VP5 pada 22 Oktober 2010, sukarelawan Aqsa Syarif berkesempatan melawat projek tersebut dan telah berkesempatan menyalorkan sejumlah RM450,000.00 lagi untuk menaiktaraf sekolah yang dhaif serta bagi keperluan menambahkan modal untuk perusahaan domestik oleh wanita di sana. Berita ketika lawatan Misi A2G boleh di capai di SINI.

Sumbangan juga disampaikan bagi menaik taraf poliklinik di daerah tersebut.


Aqsa Syarif dengan kerjasama Pertubuhan Mawaddah Malaysia bercadang untuk sekali lagi melawat pertubuhan tersebut disamping membawa tambahan modal bagi membolehkan pertubuhan itu memperluas aktiviti dan menaiktaraf sosio-ekonomi setempat.

Orang ramai masih berpeluang untuk turut menjayakan projek dan program di Beithlahya. Sila berhubung dengan Aqsa Syarif atau wakil-wakil di seluruh negara.


Rancangan Terdekat Aqsa Syarif

- Konvoi Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif Ramadhan di Gaza (A2G2) 20-28 Ramadhan 1432 / 20-28 Ogos 2011
Aqsa Syarif telah memutuskan penghantaran Konvoi Misi A2G2 di atas. Salah satu misi penting di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ialah untuk ahli-ahli konvoi Aqsa Syarif menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia untuk projek Sekolah dan Perusahaan Industri Domestik di bandar Beitlahya. Dari sekarang sehingga tarikh pemergian sukarelawan misi di atas iaitu pada 20 Ramadhan 1432 / 20 Ogos 2011, tuan/puan boleh menghubungi Aqsa Syarif untuk membuat sumbangan projek tersebut. Wang sumbangan tuan/pun Insya Allah akan kami serahkan dengan tangan kami di bulan yang mulia, bulan Ramadhan yang penuh barakah terus ke tangan yang sangat memerlukan di Gaza Insya Allah. Bertindak segera hubungi Aqsa Syarif untuk menyumbang. Aqsa Syarif kini telah memutuskan untuk memperuntukkan sumbangan berjumlah RM50,000.00 yang diterima dari Pertubuhan Mawaddah Malaysia untuk projek ini dan akan di sampaikan di Gaza bulan Ramadhan ini Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...