Dengan kesungguhan AJK nya khususnya Nurul Aida bte Mohd.Habib, Rabiatul Atiqah bte Mohd Apandi, Mas Adiba Syahriah bte Mohd Yusoff dan Nur Irdayana bte Hambali satu progrem ringkas tetapi bermakna telah berjaya diadakan di dewan Masjid Kg tersebut.
Sekitar 2.30 petang hari Ahad yang cerah, kenderaan Ford Escape yang sarat dengan bahan-bahan pameran dan petugas AQSA meluru merentasi titi memasuki kampung yang indah permai itu.
Anak-anak kampung sudah sedia menunggu bersama keluarga masing-masing dengan beg di bagu yang mengandungi pensel warna dan alatan melukis. AJK Kelab bergegas membersihkan dewan dan pertandingan sedia dimulakan.
Ucapan alu-aluan dan penerangan ringkas dilakukan Dr Mohd Zin. Kertas lukisan di edar mengikut kelompok umur dan para pelukis cilik dengan bakat yang terpendam mula menyerlah.
Ada yang penuh gaya dengan teknik yang mengagumkan memukai urusetia pertandingan.

Ibu bapa, kakak dan abang turut datang memberi semangat kepada anak-anak.
Sesekali semangat dan penerangan menganai Palestin serta gambar-gambar berkaitan ditunjukkan dan dijelaskan oleh Dr Mohd Zin melalui bunting yang digantung dan buku A2G2 yang dihasilkan Sukarelawan Ar Syed Mohd Radhi.

Tentunya proses memaham, memikir dan kesedaran mula disuburkan dijiwa kanak-kanak ini. Pelbagai gaya terserlah. Ada yang begitu fokus, ada yang termenung, ada yang relax dan macam-macam lagi. Seorang kanak-kanak kelihatan termenung ... mungkinkan mula memikirkan rakan-rakannya di Palestin yang sedang menderita memerlukan bantuan ? ... Allah sahaja yang mengetahui. Jiwa kanak-kanak yang bersih, jika dididik dengan erti kebenaran, erti persahabatan, erti keprihatinan dan kasing sayang, Insya Allah bila besar nanti akan mampu melakukan suatu perubahan yang besar.
Kesemua pelajar Kampung hebat-hebat belaka. Menarik sungguh hasil lukisan dan warna yang dihasilkan. Berikut di antara gambar-gambar suasana aktiviti dan hasil masing-masing. Hadiah disampaikan pada sebelah malam selepas ceramah Palestin.
Apa pun, hampir dua jam dalam sesi peraduan mewarna dan melukis yang diadakan, sangat besar ertinya di dalam Perjuangan Palestin yang masih jauh.

Tahniah kepada Ketua Kampung, ibu bapa dan khususnya aktivis Kelab Sayangkan Palestin SMKPB-AQSA. Anda hebat dan cemerlang...!
No comments:
Post a Comment