B2G yang bererti Board of Trustee (BoT) Aqsa Syarif to Gaza, semalam (22 Jan 2012) berlepas dari dua lokasi iaitu di KLIA dan dari Heathrow Airport di London menuju ke Cairo Airport dan seterusnya ke Gaza membawa misi mewakili para penyumbang Malaysia dan luar negara untuk membantu rakyat Gaza, Palestin.
 Rombongan diketuai oleh Pengerusi BoT Aqsa Syarif sendiri iaitu Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan turut disertai oleh bendahari BoT Aqsa Syarif iaitu Dr Ir Hj selamat Aliman, Timbalan Amir Pertubuhan IKRAM UK&Eire iaitu Sdr Mohd Azim Ismail dan Ustaz Kamaruzaman A.Rahim iaitu Eksekutif Hubungan Luar di Ibu Pejabat Aqsa Syarif.
Rombongan diketuai oleh Pengerusi BoT Aqsa Syarif sendiri iaitu Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan turut disertai oleh bendahari BoT Aqsa Syarif iaitu Dr Ir Hj selamat Aliman, Timbalan Amir Pertubuhan IKRAM UK&Eire iaitu Sdr Mohd Azim Ismail dan Ustaz Kamaruzaman A.Rahim iaitu Eksekutif Hubungan Luar di Ibu Pejabat Aqsa Syarif.Aqsa Syarif memfokus kepada empat (4) sektor utama membantu rakyat Gaza yang telah dikepung rejim zionis Israel semenjak 2006 dan diserang dengan dahsyatnya pada 2008 & 2009. Sektor-sektor yang menjadi tumpuan ialah;
a. Makanan,
b. Pendidikan,
c. Kesihatan,
d. Sosio Ekonomi.
Semenjak usaha kali pertama penyertaan Aqsa Syarif di dalam Mavi Marmara yang diserang Israel di laut Mediterranean, Aqsa Syarif menghantar beberapa misi bantuan ke Gasa dan antaranya ialah Misi Global Land Convoy 2010 dan berjaya memasuki Gaza. Diikuti dengan misi Ramadhan Bersama Aqsa Syarif di Palestin pada Ogos 2011 dan kini Misi B2G, Aqsa Syarif telah berjaya mengadakan hubungan intim dengan beberapa organisasi kemanusiaan di Palestin dan berbagai projek telah berjaya dijalankan di Gaza. Berikut di senaraikan badan-badan kemanusiaan dan projek-projek yang dijayakan Aqsa Syarif di Gaza.
| Islamic Soc of Jabalia | 1.   Ternakan Lembu | Mac   2010 | 
| Sumbangan tambahan A2G2 | Ogos   2011 | |
| Sumbangan tambahan B2G | Jan-12 | |
| 2.   Kilang Roti | Mac   2011 | |
| Sumbangan tambahan B2G | Jan-12 | |
| 3.   Ternakan Ikan | Ogos   2011 | |
| Sumbangan tambahan B2G | Jan-12 | |
| 4.   B2S (Back2School) A2G2 | Ogos   2011 | |
| 5.   Iftar Ramadhan A2G2 | Ogos   2011 | |
| 6.   Ramadhan Food Pack A2G2 | Ogos   2011 | |
| 7.   Kilang Keju  | Mac   2010  | |
| 8.   Qorban 2011 | Nov-11 | |
| 9.   Bantuan Pembinaan Pusat Anak yatim | Jan-12 | 
| 1.   AGHSAN & AFNAN  SCHOOL | Mac   2010 | |
|  Sumbangan   Tambahan | Ogos   2011 | |
| 2.   Klinik & Projek-projek umum A2G | Okt   2010 | |
| 3.   Projek Bantuan Awal Ternakan Lembu B2G |  Jan   2012 | 
| 1.   Micro Credit | Ogos   2011 | |
| Tambahan stage 2 | Jan-12 | |
| 2. B2S   (Back2School) A2G2 | Ogos   2011 | |
| 3.   Iftar Ramadhan A2G2 | Ogos   2011 | |
| 4.   Nasaem Al-Amal Association (10 children)  | Ogos   2011 | |
| 5.   Ramadhan Food Pack A2G2 | Ogos   2011 | |
| 6.   Basma Centre | Ogos   2011 | |
| 7.   Harun AlRashid School | Jan-12 | |
| 8.   Women Centre | Jan-12 | 
| Khatwa Youth Association | 1.   Pendahuluan Pejabat Aqsa Syarif (A2G) | Okt   2010 | 
| 2.   Program Keceriaan Aidil Adha 2010 | Okt   2010 | |
| 3.   Program Keceriaan Aidil Fitri 2011 | Ogos   2011 | |
| 4.   Program Keceriaan Aidil Adha 2011. | Ogos   2011 | |
| Ogos   2011 | ||
| 6. B2S   (Back2School) A2G2 | Ogos   2011 | |
| 7.   Projek UPS for Rantissi Hospital | Jan-12 | 
| 1   Tajaan anak yatim (35 orang) | Ogos   2011 | |
| 2. B2S   (Back2School) A2G2 | Ogos   2011 | |
| 3.   Iftar Ramadhan A2G2 | Ogos   2011 | |
| 4.   Sumbangan Pejabat Rawafid | Ogos   2011 | |
| 5.   Ramadhan Food Pack A2G2 | Ogos   2011 | |
| 6.   Tambahan sumbangan anak yatim | Jan-12 | 
| Ministry of Health | 1   Sumbangan ubat-ubatan A2G2 | Ogos   2011 | 
| lawatan   B2G & sumbangan | Jan-12 | 
| Pusat   Komuniti Wanita R2R | 25-Nov-11 | |
| Lawatan   B2G & sumbangan | Jan-12 | 
| Kilang   Roti ke 2 (Ausie) | Ogos   2011 | |
| Lawatan   B2G & sumbangan | Jan   2012 | 
| Kunjungan,   perbincangan B2G & Sumbangan | Jan-12 | 
Di antara misi penting B2G Aqsa Syarif kali ini iaitu dari 22 - 29 Jan 2012 selain menziarahi rakyat gaza, menghulurkan sumbangan bagi pihak rakyat Malaysia, ialah melakukan program audit kesemua projek-projek di atas sejajar dengan misi Aqsa Syarif sebagai organisasi yang telus dan profesional.
 Di harapkan niat Aqsa Syarif untuk memanfaatkan setiap sen sumbangan orang ramai untuk membantu rakyat Palestin yang sedang di dalam penjajahan akan terlaksana dengan berkesan.
Di harapkan niat Aqsa Syarif untuk memanfaatkan setiap sen sumbangan orang ramai untuk membantu rakyat Palestin yang sedang di dalam penjajahan akan terlaksana dengan berkesan.

Aqsa Syarif sedar bahawa mereka penduduk di Gaza bukan sekedar mempertahankan tanah mereka, tetapi hakikatnya adalah mempertahankan marwah umat Islam iaitu memeprtahankan bumi ambiya' milik umat Islam seluruh dunia dan yang terpenting, penduduk Palestin tidak berganjak terus berjuang untuk merampas kembali Masjidil Aqsa, masjid terpenting umat Islam dari kepungan dan usaha-usaha memusnahkan oleh rejim zalim zionis Israel.
 Semoga usaha-usaha murni yang berterusan oleh para aktivis Aqsa Syarif dan masyarakat umum yang membantu dan menghulurkan sumbangan melalui tabung-tabung Aqsa Syarif akan mendapat ganjaran dan pertolongan Allah SWT.
Semoga usaha-usaha murni yang berterusan oleh para aktivis Aqsa Syarif dan masyarakat umum yang membantu dan menghulurkan sumbangan melalui tabung-tabung Aqsa Syarif akan mendapat ganjaran dan pertolongan Allah SWT. 
















 

No comments:
Post a Comment