Hari ketiga di Gaza, Misi A2G2 tertumpu aktiviti bersama Islamic Society of Jabalia (ISJ). 8 aktiviti utama disempurnakan:-
1. Perasmian Kilang Roti Rakyat Malaysia di Gaza,
1. Perasmian Kilang Roti Rakyat Malaysia di Gaza,
2. Kilang Pembuatan Keju Jabalia,
3. Pembahagian sumbangan Ramadhan Gift Pack (RGP) untuk penduduk Jabalia,
4. Projek Ternakan Lembu Tenusu,
5. Iftar untuk para anak-anak syuhada/ dan penduduk perkemahan pelarian,
6. Rose-2-Rose,
7. Serahan Back-to-School,
8. Projek Ternakan Ikan ISJ.
Perasmian: 2 akhbar arab menerbitkan liputan ...!
Ikuti di link ini...
1. Palestin Al-A'an
http://paltimes.net/details/news/2457/
PERASMIAN KILANG ROTI AQSA SYARIF DI AKHBAR PALESTIN
Perasmian Kilang Roti yang ditaja rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif telah mendapat liputan diakhbar tempatan Palestine Times. Berikut adalah terjemahannya:
Islamic Society of Jabalia (ISJ), Gaza telah merasmikan kilang roti "Malaysian-Palestinian Friendship Bakery" yang dibina di kawasan Tal Al-Islam, selatan Bandar Gaza, dengan peruntukan dana daripada Aqsa Syarif Berhad, pertubuhan dari Malaysia, pada petang Selasa, 23 Ogos yang lalu. Majlis perasmian pembukaan ini telah diadakan dengan kehadiran wakil Aqsa Syarif Berhad, Dr Mohd Zin Kandar, selain Ahli Parlimen, Dr Mohamad Shehab, Pengerusi Majlis Perbandaran Jabalia-Nuzla, Ir Essam Jaudah dan Pengerusi ISJ, Ir Abdalrahim Shehab, beberapa orang kenamaan dan penduduk sekitar.
Dalam ucapan Pengerusi ISJ, Ir Abdalrahim menghargai peranan dan jasa Aqsa Syarif Berhad dalam membantu pengumpulan dana bagi pelabagi projek bagi keperluan orang-orang fakir dan yang memerlukan. Tambah beliau, bantuan ini khususnya dana bagi projek kilang kebajikan ini akan menyediakan roti bagi golongan fakir, golongan memerlukan dan anak-anak yatim di Gaza. Katanya lagi, kilang roti ini akan memudahkan lagi proses pengagihan bantuan kepada semua golongan yang tersebut. Beliau menegaskan bahawa projek ini bukan untuk membuat keuntungan, sebaliknya projek ini adalah projek pembangunan dan kebajikan.
Dalam ucapan Ahli Parlimen, Dr Mohamad Shehab, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada delegasi Malaysia ini atas apa yang disumbangkan mereka seperti bantuan dana dan sebagainya kepada rakyat Palestin yang sehingga kini terkepung di Gaza. Beliau amat menghargai usaha yang dijalankan ini.
2. Palestinian Press Agency
... tunggu selanjutnya...
.... OPS..! x dapat upload.
... tunggu penerbitan versi penuh dalam VCD A2G2 Insya Allah.
Kilang Roti Rakyat Malaysia dirasmikan bersempena A2G2
Tahniah rakyat Malaysia yang telah menanam saham untuk pembinaan kilang roti pertama rakyat Malaysia di Palestin. Bernilai RM630,000.00 kini kilang tersebut yang terletak di selatan bandaraya Gaza telah dirasmikan bersempena kehadiran misi A2G2.
Acara gilang gemilang tersebut lebih meriah dengan alunan bersemangat lagu Negaraku yang dikumandangkan ketika tirai dibuka oleh Dr Shidab, ahli Parlimen di Gaza.
Kilang Pembuatan Keju dari Hasil Susu Ternakan AQSA- ISJ
Selain untuk dijual terus, 40% dari hasil tenusu projek kerjasama Aqsa Syaruf dan Islamic society of Jabalia diproses untuk dijadikan keju. Kami dibawa mealwat di kilang keju yang terletak 1 km dari ladang ternakan. Ketika kami sampai di kilang, seorang pekerja sedang memungah turun tong-tong biru yang berisi susu segar dari ladang.
Susu-susu tersebut diproses untuk dijadaikan keju yang merupakan salah satu makanan asas penduduk Palestin bersama roti.
Anggota Misi mengedarkan Ramadhan Gift Pack untuk penduduk Palestin
Penduduk Islam di Jabaliyah dan kawasan perkhemahan Baitulahiyah antara yang menerima bantuan ini. Inilah yang kami aktivis Aqsa Syarif sentiasa ceramahkan dimasjid-masjid, surau-suaru, pejabat-pejabat dan di bazar-bazar Ramadhan, membuat rayuan kepada rakyat Malaysia agar sedikit sahaja rezeki yang Allah kurniakan kepada kita untuk dikongsi kepada rakyat Palestin yang sangat-sangat memerlukan.
Ketua konvoi dalam tulisannya di dalam poster, blog dan FB sebelu berlepas memimpin misi ini sering menulis "Berikan sedikit keceriaan di wajah anak-anak dan ibu-ibu palestin di Ramadhan dan Aidil fitri tahun ini" - Marilah menyumbang... ! Terima kasih dan tahniah kepada rakyat Malaysia yang menyahut seruan ini dan menghulurkan bantuan. Kamu semua telah memeprolehi ganjarah berbuka puasa orang-orang Palestin ...!
Lawatan Susulan Projek Ternakan Lembu Tenusu
Semua ahli rombongan misi tiba di ladang ternakan lembu tenusu yang diurus Islamic Society Jabalia di utara Gaza. Projek sudah berjalan lebih setahun dan kini bilangan lembu mencecah 50 ekor. Dua anak lembu berjaya dilahirkan tiga hari lalu.
Ahli-ahli rombongan misi A2G2 turut diperlihatkan bagaimana memerah susu lembu.
Pada hari ke 3 peserta misi A2G2, Satu majlis besar-besaran iftar telah dianjurkan dengan kerjasama Islamic Society of Jabalia. Majlis di adakan di kompleks rekreasi pantai di utara Gaza. Dengan anggaran kehadiran melebehi 500 tetami dikalangan anak-anak syuhada', keluarga dan tetamu, majlis berjalan dengan lancar dan sistematik mealui sistem pendaftaran berkomputer.
Sekitar 150 meja di susun rapi sebelum majlis Iftar dan beberapa meja makan di ruang makan berbumbung untuk para tetamu.
Aqsa Syarif menguntukkan sejumlah RM5,000 untuk ISJ. Selepas iftar dan solat Maghrib, kanak-kanak dihiburkan dengan lagu-lagu jihad dan persembahan badot bagi menghiburkan anak-anak para syuhada' yang sudah kehilangan ibu bapa kerana mempertahankan bumi barakah Palestin.
Para anggota misi turut bersama anak-anak di majlis tersebut dan edaran hadiah turut diberikan kepada mereka.
Projek Rose-2-Rose untuk Wanita Jabalia
Peserta wanita misi A2G2 begitu teruja untuk membantu muslimah mengembangkan aktiviti yang sedia berjalan di Jabalia. Sebuah pusat aktiviti wanita Jabalia yang sederhana tetapi aktif dengan aktiviti dan projek jahitan.
Rose-2-Rose adalah suatu bentuk sokongan berdasarkan ukhuwwah dan kemasusiaan dari wanita-wanita Malaysia kepada wanita-wanita Palestin. Wanita di Palestin adalah di antara yang paling terjejas dengan kerakusan dan keganasan regim biadab Israel. Ramai ketua keluarga dan anak-anak muda yang terkorban dari serangan-serangan Israel yang tidak berkesudahan. Wanita-wanita terpaksa meneruskan kewajipan mendidik dan membesarkan anak-anak.
Mereka perlukan sokongan dan bantuan. Rose-2-Rose adalah suatu inisiatif aktivis wanita Aqsa Syarif. Bersempena penyertaan wanita dalam misi A2G2, relawati membawa button dan menyematkan di tudung wanita aktivis Palestin sebagai lambang sokongan berterusan yang akan diberikan Insya Allah.
Projek Ternakan Ikan oleh Islamic Society of Jabalia
Pada hari ketiga misi di Gaza, pada sebelah petangnya, anggota misi dibawa melawat ke beberapa tempat projek ISJ seperti kolam projek ternakan ikan berhampiran dengan pantai Gaza. Projek ternakan ikan adalah sebagai langkah pragmatik NGO bagi memastikan rakyat dapat bekalan ikan setelah kepungan Israel terhadap Gaza telah menyebabkan nelayan-nelayan Gaza dihalang dari turun ke laut mencari rezeki. Pasukan tentera laut Israel sentiasa mengawal perairan pantai dan sering menembak para nelayan di perairan Semenanjung gaza.
Aqsa Syarif menyerahkan peruntukan tambahan RM12,000 yg disumbang oleh Koperasi Muslimin Malaysia, sebuah koperasi berasaskan muamalat Islam yang telah aktif beroperasi semenjak 30 tahun lalu.
Ikan-ikan yang dihasilkan dari pusat ternakan ini juga yang disumbangkan kepada penduduk melalui 'Ramadhan Gift Pack' tajaan Aqsa Syarif.
muga usaha antum beroleh redha Tuhan!
ReplyDeleteteruja dengan projek ikan air masin atas darat. inovasi kurniaan tuhan kepada umat islam yg tertindas. alhamdulillah...
ReplyDelete