Thursday 18 August 2011

Peserta-Peserta Misi Kemanusiaan Ramadhan di Palestin bersama Aqsa Syarif

Paparan Mengenai Peserta-peserta Misi 

Gandingan Mantap Mewakili Pelbagai Lapisan Masyarakat


Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif kali ini dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang menepati tuntutan semasa dan keperluan masa hadapan yang lebih berkesan. Hanya seorang sahaja ahli misi yang pernah menjejakkan kaki ke Gaza dipilih iaitu Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar. Pemilihan beliau sebagai ketu misi adalah kerana pengalaman dan hubungan yang beliau terus lakukan di antara Aqsa Syarif dan badan-badan Kemanusiaan di Gaza. Harapannya adalah agar misi ini dapat menyambungkan segala program, projek dan perancangan yang telah terjalin. Mohd Zin juga adalah salah seorang ahli lembaga pemegang amanah Aqsa Syarif. Di dalam kerjaya, beliau adalah Pensyarah Seni Bina, penyelidik dan Pentadbir - iaitu Ketua Jabatan Pengajian Siswazah dan Penyelidikan di Fakulti Alam Bina UTM Johor.
Pemilihan golongan yang lebih 'senior' di dalam isu Palestin di dalam misi ini di buat kerana peranan besar yang telah mereka mainkan di dalam mengenengahkan isu Palestin di Malaysia melalui pelbagai projek dan program yang mereka telah sumbangkan melalui Aqsa Syari. Di antara mereka itu ialah Tn Hj Yusof Suratman dan Dr Tahir, yang mana kedua-dua mereka adalah juga ahli lembaga pemegang amanah Aqsa Syarif.

Pemilihan anggota misi yang mewakili ahli-ahli profesional di Malaysia jelas diketengahkan pada kali ini. Beliau ialah Prof Dr Mohd Roslan Hashim, iaitu seorang saintis dan profesor di Universiti Sains Malaysia. Ar (Arkitek) Syed Mohd Radi Syed Sakaf, iaitu seorang Arkitek Praktis yang mempunyai sebuah firma arkitek di ibu negara. En Khalil Khamis, iaitu seorang pengurus fasiliti bangunan kompleks yang menjadai pakar perunding kepada puluhan bangunan-bangunan kompleks (besar dan canggih) di Malaysia. En Muhammad Munawir, seorang pentadbir iaitu Pengurus Besar Aqsa Syarif. 

Misi ini juga unik kerana buat pertama kali menampilkan seorang pemimpin mahasiawa iaitu Sdr Muhammad Mus'ab Muzahar. Memegang jawatan sebagai Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak, beliau juga adalah ahli Jamaah YDP/Presidan Majils Perwakilan Mahasiswa seliuruh Malaysia yang kini menjadi pimpinan kepada 1.3 juta mahasiswa/i seluruh IPT di Malaysia. Beliau dipilih kerana telah melibatkan diri di dalam isu kemanusiaan sebelum menjejak kaki ke Unimas. Mahasiswa tahun 1 ini memang mempunyai tokoh kepimpinan yang membolehkan beliau dipilih menjadi Presiden seawal itu. Beliau sebenarnya telah memiliki gagasan untuk membawa mahasiswa seluruhnya memiliki sifat, minda dan semangat keprihatinan dan kemanusiaan yang tinggi sebagai pemimpin masa hadapan. Di antara projek yang diilhamkan beliau adalah MyGaza - iaitu Malaysian Mission to Gaza yang akan membawa misi Mahasiswa ke Gaza awal tahun 2012. Penyertaan beliau tepat pada masanya dan peluang beliau ke Gaza akan membuka ruang untuk hubungan kemanusiaan mahasiswa Malaysia dan universiti-universiti di Palestin.
Seorang lagi individu penting di dalam misi kali ini ialah al-fadhil Ustaz Hairozi. Beliau adalah seorang pentadbir, pendakwah dan pendidik. Bekerja di jabatan Pelajaran Johor, beliau juga aktif dengan kerja-kerja menghidupkan masjid-masjid dan surau-surau sebagai imam dan AJK masjid Tmn Sri Pulai Indah Kangkar Puai Johor. Aktif dengan NGO, iaitu Pertubuhan IKRAM Malaysia yang mana beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Tarbiyah IKRAM Johor dan pakar rujuk tarbiyah IKRAM Pusat. Selain boleh berbahasa Arab, beliau mewakili warga pendidik membawa bantuan hasir program membangunkan gagasan 'keperihatinan' masyarakat pedidik dan murid-murid khususnya di Johor.
Misi kali ini juga unik kerana penyertaan tiga srikandi aktivis Aqsa Syarif. iaitu Pn Noorazian, Pn Siti Ramlah dan Che Noorhasyimah. Aqsa Syarif sebenarnya sudah memulakan projek-projek berkaitan wanita dan peranan ibu-ibu di dalam pendidikan di rumah dan di dalam masyarakat. Selain projek kerjasama Mawaddah-Aqsa Syarif yang dijayakan pada tahun 2010, Kini projek Rose2Rose - dari wanita Malaysia kepada wanita Palestin adalah di antara projek mega yang akan meemberi fokus kepada peranan besar yang wanita boleh mainkan di dalam isu kemanusiaan dan pembangunan semula sosio-ekonomi Palestin.

Keseluruhannya, Aqsa Syarif menampilkan ahli-ahli misi yang akan dapat bergabung secara berkesan di dalam memberikan khidmat terbaik bagi mewakili rakyat Malaysia untuk Palestin.




Iringi Do'a Untuk Abah Membawa Misi Untuk Membantu Rakan-rakan Mu di Gaza 

Hari raya semakin hampir... namun amanah perlu dipikul, Syura' memutuskan abah perlu mengetuai misi A2G2, membawa sumbangan dari segenap pelusuk rakyat Malaysia untuk disampaikan ke Gaza - bumi Anbiya' yang terus terusan menjadi sasaran kezaliman Israel. Kita tak boleh membiarkan dan mendiamkan diri.... Saban tahun kita semua menunggu
 kedatangan aidil fitri dengan penuh kegirangan ..! 


Sedangka saudara-saudara di Palestin terus-terusan bersedih, ... entah apa untuk disuap kepada anak-anak yang ditinggalkan bapa kerana terkorban atau dipenjarakan Israel ! ... entah apa nak dihidangkan untuk berbuka puasa... entah apa menjadi pemanis bibir di pagi aidil fitri nanti ??!  Rakyat Malaysia sudah mula sedar, wang dihulur untuk "Ramadhan di Palestin bersama Aqsa Syarif" ... tentunya wakil perlu dihantar untuk membawanya ke tangan-tangan di Gaza yang sedang menanti. Abah harus pergi ... mentaati qiyadah, membawa amanah. Walau apa rintangan yang cuba menghalang ... do'a dan harapan tetap dipanjatkan. Allah jua yang  akan memakbulkan, RM1.2 juta mesti di salurkan... untuk makanan, perubatan, persekolahan dan bantuan anak-anak dan rakyat Gaza yang memerlukan. Teruskan berdo'a agar yang terbaik Allah takdirkan.
/http://aqsa2gaza2.blogspot.com/







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...