Saturday 16 July 2011

Projek Menyara Keluarga-keluarga Miskin Palestin



Aqsa Syarif terpanggil untuk memberikan penumpuan kepada usaha-usaha membantu keluarga-keluarga miskin di Palestin. Pelbagai serangan dan tekanan yang tidak berkesudahan oleh regim zionis Israel terhadap penduduk Palestin telah menyebabkan keadaan keluarga semakin tertekan. Keterbatasan peluang dan kemusnahan sumber-sumber ekonomi dan infrastruktur menyebabkan bertambah ramai bilangan kelaurga miskin di Palestin.




Surat dari agensi yang menguruskan saraan keluarga-keluarga miskin Palestin di luar dan dalam negara Palestin.

Keluarga Miskin Yang Dilawati Sukaralawan A2G di Gaza

Relawan Aqsa Syarif di dalam misi kemanusiaan ke Gaza pada Oktober 2010 telah berkesempatan melawat beberapa penempatan dan kem pelarian Palestin di Gaza. Lihat link ini;

Liputan Eksklusif Akhbar iLuveIslam

Siapa Keluarga Miskin Palestin itu ?

Aqsa Syarif berusaha memudahkan orang ramai untuk membantu keluarga miskin Palestin yang terdiri daripada golongan berikut:-




1. Keluarga syuhada' Pejuang Palestin.
2. keluarga yang bapanya ditangkap dan dipenjarakan di dalam penjara israel.
3. keluarga yang bapa mereka kurang upaya seumpama disebabkan serangan Israel.
4. keluarga yang kehilangan tempat tinggal kerana rumah dibedil Israel.




Berapa kos untuk menaja Keluarga Miskin Palestin ?

Aqsa Syarif telah membangunkan sistem bagi membolehkan orang ramai menaja dengan mudah. Anda boleh menaja secara individu, berkeluarga atau berkongsi sesama rakan dipejabat. Satu keluarga memerlukan tajaan di antara 50 hingga 80 unit tajaan (bergantung kepasa saiz kelaurga mereka) dan satu unit tajaan bernilai RM35.00 sahaja sebulan. Anda boleh membuat tajaan seminima RM35.00 untuk 1 unit tajaan sebulan dan tajaan anda harus mencapai 1 tahun tajaan secara terus atau ansuran bulanan.


Boleh mula menaja secara online

Sila daftar penajaan anda melalui link http://bit.ly/nFrV2z

Orang ramai yang berhajat untuk menyertai Penajaan Keluarga Miskin Palestin boleh mendapatkan maklumat lanjut, brosur dan borang penajaan secara on-line di http://www.aqsasyarif.org.my/penajaan/


Bagaimana Aqsa Syarif Menyampaikan Tajaan Ini ?

Wakil Aqsa Syarif telah beberapa kali ke Lubnan untuk urusan serahan tajaan Anak Yatim dan Keluarga Miskin. Serahan tajaan juga telah diterbitkan di dalam rancangan "Bersamamu Palestin" TV3 pada Ramadhan tahun 2010 yang lalu. Pihak pengurusan di Beirut Lubnan dan Palestin juga telah datang ke Malaysia.  Berita mengenai kunjungan WARFAH ke ibu pejabat Aqsa Syarif Malaysia. Sila klik http://aqsa2gaza2.blogspot.com/2011/07/welfare-association-for-palestinian-and.html


Rancangan Terdekat Aqsa Syarif 

- Konvoi Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif Ramadhan di Gaza (A2G2) 20-28 Ramadhan 1432 / 20-28 Ogos 2011

Aqsa Syarif telah memutuskan untuk menghantar Konvoi Misi Kemanusiaan A2G2 di atas. Salah satu misi penting di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ialah untuk ahli-ahli konvoi Aqsa Syarif menyampaikan tajaan Anak Yatim dan Keluarga Miskin di Gaza yang akan ditaja oleh rakyat Malaysia. Dari sekarang sehingga tarikh pemergian sukarelawan misi di atas iaitu pada 20 Ogos 2011, tuan/puan boleh menghubungi Aqsa Syarif untuk membuat tajaan anak-anak Yatim dan Keluarga Miskin di Gaza. Wang tajaan tuan/pun Insya Allah akan kami serahkan dengan tangan kami di bulan yang mulia, bulan Ramadhan terus ke tangan-tangan yang sangat memerlukan di Gaza Insya Allah. Bertindak segera hubungi Aqsa Syarif. Mari kongsikan keceriaan Ramadhan dan Hari Raya dengan menghulurkan sedikit dari rezeki kita kepada mereka yang memerlukan di Palestin.


IMPLEMENTASI DI GAZA KETIKA MISI KEMANUSIAAN A2G2 - Ramadhan di Palestin Bersama Aqsa Syarif

Sila ke capaian berikut untuk maklumat lanjut;

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...