Tuesday, 24 January 2012

Misi Aqsa2Gaza2

Setelah beberapa kali usaha memasuki Gaza diusahakan bagi membantu rakyat Gaza gagal, Aqsa Syarif tidak putus asa untuk terus menggunakan pelbagai kesempatan. Ketika IHH, iaitu sebuah pertubuhan kemanusiaan Turki menganjurkan Flotila Mavi marmara pada pertengahan Mei 2010, Aqsa Syarif bersama 12 sukarelawan Malaysia menghantar dua orang sukarelawan. Usaha tersebut walaupun gagal untuk memasuki pantai Gaza sebagaimana yang dirancang setelah diserang diperairan antarabangsa di Laut Mediterranean tetapi peristiwa hitam itu telah membuka mata dunia khususnya para aktivis kemanusiaan antarabangsa yang selepas itu berterus terusan memberi ancaman dan tekanan terhadap Israel agar menghentikan sekatan terhadap Gaza.

Dengan gabungan lebih 40 NGO's antarabangsa, Viva Palestina UK telah menganjurkan Global Humanitarian Land Convoy bermula pada 18 Sept 2010 dari London, lihat di SINI
Aqsa Syarif telah menghantar 7 sukarelawan di dalam konvoi tersebut yang akhirnya berjaya memasuki Gaza setelah 18 hari di sekat di bandar Latakia Syria. Semenjak itu Aqsa Syarif telah membuat hubungan rasmi dengan pertubuhan kemanusiaan di Gaza dan beberapa projek kemanusiaan ditaja oleh Aqsa Syarif di Gaza.

Setelah hampir setahun projek dijalankan Aqsa Syarif telah memutuskan untuk menghantar sekali lagi misi ke Gaza. Kali ini dikenali sebagai Ramadhan di Palestin Bersama Aqsa Syarif atau singkatnya A2G2 yang membawa makna bahawa misi kedua Aqsa Syarif ke Gaza. Misi ini bertolak dari KLIA pada 20 Ogos 2011 dan kembali ke Malaysia pada 28 Ogos 2011.

Misi di sertai oleh gabungan aktivis dan pentadbir di ibu pejabat Aqsa Syarif (lihat di SINI) dengan membawa sejumlah RM1.5 juta untuk disalorkan di dalam pelbagai projek di Gaza (lihat di SINI).




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...