Sunday 4 December 2011

Perkongsian A2G2 di MSD London


1 hb Dis 2011, jam 6.30mlm di  Malaysia Students Department (MSD) London, Dr Mohd Zin Kandar (Ketua misi A2G-2010 & A2G2-2011) diberi kesempatan oleh pihak MSD untuk menyampaikan perkongsian pengalaman mengetuai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 2010 & 2011.



Majlis yang diurus dan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Amar Sidque Mohd Amin (Education Attache) High Commission of Malaysia dihadiri oleh pulihan warga Malaysia yang belajar dan bekerja di London. Khamis Malam Jumaat itu adalah merupakan perjumpaan mingguan MSD dengan komuniti Malaysia dalam bentuk bacaan yasin, tahlil dan ceramah agama. Ia juga turut dihadiri masyarakat Melayu dari Singapura dan negara-negara jiran kita.



Dr Mohd Zin berkesempatan berkongsi sejarah ringkas isu Palestin, menerangkan misi Aqsa Syarif di dalam melibatkan diri dalam misi-misi bantuan dan kempen penerangan Palestin di Malaysia serta usaha penjanaan dana untuk membantu rakyat Palestin melalui tajaan-tajaan anak yatim, keluarga miskin, bantuan sarahidup, pelajaran, perubatan serta projek-projek yang dilaksanakan Aqsa Syarif di Gaza khususnya Kilang Roti, Ternakan Lembu Tenusu, Ternakan Ikan dan projek Mikro Kredit untuk usahawan-usahawan kecil.



Majlis ini juga sangat intimewa kerana ia turut dihadiri oleh aktivis Palestin di London yang turut sama di dalam konvoi global jalan darat A2G - VPM. Di antara yang datang khas secara mengejut menemui Dr Mohd Zin ialah Mdm Carol, rakannya & saudara Asif.

Turut hadir di dalam majlis yang ditemui Dr Mohd Zin ialah pegawai Kedutaan Malaysia di London, Warden MSD dan Executif CIMB Bank di London.



Kemuncak majlis ialah penyerahan GBP 1,000.00 (RM5000) oleh Ustaz Amar Sidque kepada Dr Mohd Zin untuk Palestin, iaitu hasil kutipan zakat masyarakat Islam melalui unit agama MSD. Ustaz Amar Sidque juga menyerahkan kutipan dari para hadirin pada malam itu yang jumlahnya GBP 350.00 (RM1,750.00).

Di akhir majlis, jamuan makan diadakan oleh pihak MSD. Nasi lemak dan roti canai pun ada ... !


Majlis ini diusahakan oleh Sdr Zaid Omar, pelajar PhD di London dan juga aktivis Pertubuhan IKRAM Malaysia (YDP IKRAM South, UK & Eire). Tahniah MSD dan terima kasih. Semoga kehidupan masyarakat Islam di London beroleh tambahan keberkataan dari Allah swt.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...