
Terharu dan tergamam apabila terserempak dengan satu tabung bantuan kemanusiaan Palestin di hadapan sebuah Restauran yang dilalui ramai manusia. Tertulis nama Muhammed dengan gambar kanak-kanak Palestin 8 tahun itu. Tentunya tabung yang sangat menarik ini adalah bagi kempen kesedaran Palestin dan kutipan derma untuk Palestin.

ISM Italy dalam konvoy tersebut menghantar pelagai kenderaan bersama barangan bantuan. Yang menariknya, merekalah satu-satunya negara yang menghantar kenderaan Ambulan yang sudah dilengkapi dengan pelbagai peralatan. Suasana meriah sepanjang perjalanan hampir 6000km itu terserlah kerana 3 buah kenderaan dari ISM Italy berwarna kuning memiliki bunyi siren ambulance dan ianya juga ditugaskan mengawal perjalanan konvoi A2GVP5 yang panjang. Aktivis Italy juga membawa tambahan beberapa kenderaan lain.



Usaha para aktivis di Italy bukannya mudah. Dengan latar belakang Italy yang begitu kuat berpegang kepada ugama Kristian, bagaimanakah para aktivis dapat menjalankan usaha-usaha menongkah arus berjuang untuk Palestin di tengah-tengah masyarakat yang mungkin seolah-olah tiada kena-mengena langsung tentang Palestin (geography, fahaan, agama dan sebagainya) ?
Banyak yang boleh dipelajari dari usaha-usaha aktivis Pro-Palestin.
Lihat capaian salah satu laporan A2G ketika di Italy di http://aqsa2gaza.blogspot.com/2010/09/konvoi-menuju-itali.html
Lihat capaian salah satu laporan A2G ketika di Italy di http://aqsa2gaza.blogspot.com/2010/09/konvoi-menuju-itali.html
No comments:
Post a Comment