Sunday 17 July 2011

Projek Bantuan di Hospital Rantissi Kanser Kanak-kanak di bandaraya Gaza


Hospital Rantissi adalah sebuah hospital yang menempatkan kanak-kanak Palestin yang menghidap penyakit kanser di Semenanjung Gaza. Serangan bertalu-talu rejim Israel terhadap rakyat Gaza secara langsung dan tidak langsung telah menyebabkan meningkatnya bilangan pengidap kanser. Dari kajian di Gaza beberapa sebab meningkatnya penyakit tersebut khususnya dikalangan kanak-kanak ialah hasil bahan-bahan kimia dari peluru-peluru senjata Israel, Infrastruktur yang musnah menyebabkan bekalan air yang tercemar dan keadaan persekitaran yang kotor dan diluar kawalan.

Sekembalinya sukarelawan Aqsa Syarif A2G dari Gaza pada Oktober 2010 setelah berkesempatan melawat pesakit-pesakit dihospital tersebut, Aqsa Syarif telah membuat keputusan untuk memberikan tumpuan kepada pemberian bantuan di hospial berkenaan melalui sebuah pertubuhan kemanusiaan Khatwa Youth Association.







Bentuk Bantuan

Fasa pertama bantuan yang disalorkan Aqsa Syarif adalah di dalam bentuk program keceriaan bersempena sambutan perayaan Hari Raya Aidul Adha. Khatwa Youth Association yang mengurus projek tersebut telah menggunakan bantuan kewangan dari rakyat Malaysia untuk penganjuran majlis dan pemberian hadiah-hadiah dalam bentuk pakaian dan hadiah-hadiah.

Penarah Hospital Rantissi dan beberapa pegawai dari Kementerian Kesihatan turut hadir di majlis berkenaan. Kanak-kanak dan para ibu bapa yang menjaga kanak-kanak di hospital berkenaan dihiburkan dengan aktiviti yang menceriakan bersama kehadiran badut.



Aktiviti mera'ikan kanak-kanak di Hospital Rantissi oleh ahli-ahli Khtwa dengan pembiayaan Aqsa Syarif.

Ahli-ahli Khtwa Association di Gaza secara berkala menziarahi para pesakit selain dari mengadakan aktiviti berkala. Terkini pada pertengahan Julai 2011, mereka datang menziarai para pesakit sambil membawa hadiah dan bunga. Tujuannya adalah agar mereka sentiasa ceria dan redha di atas ketentuan Ilahi.

Bunga berlogo Khtwa & Aqsa Syarif dihadikah kepada 'sicilik' yang sedang terlantar di hospital Rantissi.


Fasa Kedua bantuan dari Aqsa Syarif akan disalorkan pada tahun ini bagi membina ruang permainan dan ruang membaca kanak-kanak di hospital tersebut.


Di antara aktiviti yang berjaya dijalankan di Hospital Rantissi hasil sumbangan yang disalorkan Aqsa Syarif melalui sumbangan rakyat Malaysia dapat di baca melalui capaian ini http://aqsa2gaza.blogspot.com/2010/11/rakyat-malaysia-menggembirakan-keluarga.html


Rancangan Terdekat Aqsa Syarif

- Konvoi Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif Ramadhan di Gaza (A2G2) 20-28 Ramadhan 1432 / 20-28 Ogos 2011
Aqsa Syarif telah memutuskan penghantaran Konvoi Misi A2G2 di atas. Salah satu misi penting di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ialah untuk ahli-ahli konvoi Aqsa Syarif menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia untuk projek membina bilik permainan dan bilik bacaan di Hospital di atas serta sumbangan menjalankan aktiviti di bulan Syawal. Dari sekarang sehingga tarikh pemergian sukarelawan misi di atas iaitu pada 20 Ramadhan 1432 / 20 Ogos 2011, tuan/puan boleh menghubungi Aqsa Syarif untuk membuat sumbangan projek tersebut. Wang sumbangan tuan/pun Insya Allah akan kami serahkan dengan tangan kami di bulan yang mulia, bulan Ramadhan yang penuh barakah terus ke tangan yang sangat memerlukan di Gaza Insya Allah. Bertindak segera hubungi Aqsa Syarif untuk menyumbang. Aqsa Syarif kini telah memutuskan untuk memperuntukkan sumbangan berjumlah RM50,000.00 yang diterima dari rakyat   Malaysia dan akan di sampaikan di Gaza bulan Ramadhan ini Insya Allah.

IKUTI UPDATE LAWATAN MISI A2G2 
Misi A2G2 telah berjaya menyempurnakan lawatan dan serahan sumbangan rakyat Malaysia di Hospital Rantissi. Projek baru juga ditanda tangani bagi membantu menaiktaraf servis di Hospital ini.

Baca lanjur di capaian berikut:-






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...