Hujan mulai turun seawal waktu Asar semalam (20 Nov 2011) di sekitar Tmn Bukit Indah dan Skudai Johor. Keadaan hujan semakin lebat mencurah-curah dengan sabungan kilat dan ribut petir silih berganti sehingga melampaui waktu Maghrib. Laluan dari Skudai ke simpang tiga Nusa Bistari mulai dinaiki air.
Beberapa kenderaan tersangut dek air yang mengalir deras seumpama aliran anak sungai.
Kereta yang ku pandu terus meredah hujan lebat ... sambil sesekali menalifon En Nizam (jawatankuasa Masjid Tmn Bukit Indah yang menjemputku) menanyakan arah laluan ke Masjid yang agak kelam dek curahan hujan sambil kupercepatkan gerakkan viper di cermin hadapan keretaku. Beberapa minit lagi Maghrib menjelang dan kereta ku pandu terus bersama 4 anakku yang setia membantu membawa misi suci berkempen untuk Palestin.
Beberapa kenderaan tersangut dek air yang mengalir deras seumpama aliran anak sungai.
Kereta yang ku pandu terus meredah hujan lebat ... sambil sesekali menalifon En Nizam (jawatankuasa Masjid Tmn Bukit Indah yang menjemputku) menanyakan arah laluan ke Masjid yang agak kelam dek curahan hujan sambil kupercepatkan gerakkan viper di cermin hadapan keretaku. Beberapa minit lagi Maghrib menjelang dan kereta ku pandu terus bersama 4 anakku yang setia membantu membawa misi suci berkempen untuk Palestin.
Sampai di perkarangan masjid hujan masih mencurah-curah. En Nizam sudah menunggu dengan payung di tangan - bersedia membantu kami agar kami tidak basah dek hujan yang lebat.
Selepas solat Maghrib, terus dimulai sesi perkogsian A2G2 . Kebisingan hujan lebat mencurah di bumbung masjid terpaksa diatasi dengan suara suara yang agak kuat agar didengari seramai sekitar 30 ahli jamaah yang hadir. Ku sangka hanya seorang dua sahaja yang dapat meredah hujan lebat beserta ribut di taman Bukit Indah, rupa-rupanya hebat sungguh mereka yang datang ... sambil berceramah, ku lihat seorang ibu meriba bayi !! Bagaimana agaknya dalam hujan begitu lebat dapat juga beliau tiba bersama bayi yang masih kecil ?!
Seperti biasa dalam ceramah-ceramahku, menyorot sedikit sejarah ringkas isu Palestin yang sehingga ke hari ini menjadi medan jihad para mujahid Palestin. Tajuk yang ku bawa kali ini ialah "Palestin: Kemenangan Yang Semakin Dekat", mengupas beberapa petanda yang kami sukarelawan Misi A2G dan A2G2 saksikan di bumi penuh keberkatan, khususnya di Gaza.
Peristiwa pertukaran tentera Israel Ghilat Shalet dengan 1027 tahanan Palestin oleh rejim Israel juga adalah gambaran jelas KEMENANGAN di pihak pejuang-pejuang Islam Palestin. Hasratku adalah untuk dapat ku kongsi sebanyak mungkin apa yang ada di hati ini agar dapat dirasai para jamaah, seolah-olah mereka juga bersamaku ke Gaza.
Alhamdulillah, masjid yang ku kunjungi ini sangat istimewa buat ku. Hujan lebat tidak menghalang misi berkongsi pengalaman dapat disempurnakan. Lebih terharu apabila pengerusi masjid Prof Madya Dr Mat Uzir Wahit membawa masuk tabung khas yang diwujudkan untuk kutipan sumbangan Palestin. "Kami akan terus membuat kutipan di masjid ini ... ianya bermula semenjak jumaat lalu" ujar Dr Mat Uzir.
Beberapa ahli jamaah terus menerpa dan memasukkan sumbangan. Kemudian secara simbolik majlis persetujuan wakil Aqsa Syarif dan Pengerusi Masjid melancarkan tabung tersebut. Sebelum bersurai, sumbangan yang sedia ada dikira dan sejumlah RM540.00 diserahkan kepadaku untuk tabung Palestin. Alhamdulillah ... Mudah-mudahan contoh yang ditunjukkan oleh AJK Masjid ini akan menjadi model kepada masjid-masjid yang lain. Walaupun pembinaan masjid sebenar masih di dalam pembinaan bersebelahan masjid sedia ada (surau yang dinaik taraf), tiada halangan untuk AJK memutuskan agar tabung Palestin juga diwujudkan.
Beberapa program fillow-up Insya Allah akan dianjurkan di masjid ini seperti karnival Palestin yang akan disertai oleh lebih ramai penduduk taman dan sekitarnya.
Tahniah dan Jazamumullahukhairan kepada semua AJK Masjid Tmn Bukit Indah Johor Bahru.
No comments:
Post a Comment