Thursday, 15 September 2011

Perkongsian Pasca Misi A2G2 di Seluruh Malaysia, Sep. 2011













Aqsa Syarif Johor "Mengembling Pemuda - Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa". Tapak Pesta Konvo UTM sekali lagi menjadi medan para aktivis pemuda mencurahkan tenaga, masa dan fikiran dicelah-celah kesibukan kuliah, assignment dan tutorial menjalankan program pameran dan penjanaan dana Palestin. Membentangkan isu ummah untuk dikongsi kepada masyarakat. Maklumat dikongsi, diri dilatih, hati di didik, dana dijana ... Al-Aqsa pasti kita bebaskan...!!!
Jadual menjaga gerai di tapak konvo di susun agar mahasiswa-mahasiswi UTM berpeluang menyumbang tenaga dan melatih diri menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Pada siang hari, gerai dijaga ooleh para akhawat, manakala pada sebelah malam oleh ikhwah.
Pameran, jualan produk, edaarn fliers A2G2 dan tayangan video Palestin diadakan di Tapak Pesta Konvo.
Alhamdulillah ... masyarakat kampus dan sekitarnya memberikan kerjasama yang sanggat menggalakkan. Tahniah...!


Bolehtak buat Kilang Roti Untuk Kami di Pontian ?

Bersempena Jamuan Hari Raya IKRAM Pontian, sedikit perkongsian ringkas A2G2 dibentangkan kepada para tetamu yang datang iaitu di kalangan ahli-ahli IKRAM Pontian, ibu-ibu tunggal, pelajar-pelajar sekolah berdekatan, wakil-wakil JK Masjid, Pengerusi YADIM Johor dan wakil Darul Ukhuwwah (Saudara Baru) Pontian.
Salah satu projek yang sempat dibentangkan dalam sesi rengkas A2G2 ialalh projek Kilang Roti yang ditaja rakyat Malaysia di Gaza.
Selepas sesi perkongsian, beberapa orang makcik menemui sukarelawan A2G2 dan menyatakan rasa tertarik dengan projek kilang roti yang berjaya diusahakan oleh Aqsa Syarif. 
"Kami dari pertubuhan Kebajikan Pontian dan menjalankan projek Pusat Pemilihan Dalam Komuniti (PPDK) yang mengambil peduli akan pemuda pemudi yang ada kelainan upaya ... bolehtak tuan bantu kami untuk bagunkan kilang roti macam di Gaza tu... apa resepi roti tu ye ? ... tentu bagus jika dapat dibina sebuah kilang di Pontian ini? ... boleh menyediakan pekerjaan untuk peserta-peserta kami yang kurang upaya? .." Begitulah ekspresi yang sungguh-sungguh Pn Hjh Bariah Sa'adon dan rakannya Pn Rozita.
Perbincngan sekitar 10 minit akhirnya bersetuju untuk mengadakan follo-up suatu masa nanti.
Wah... nampaknya idea di Gaza ni telah menjadi model untuk projek komuniti di Malaysia. Cuma IKRAM Pontian perlu memperincikan bagaimana projek sebegini boleh direalisasikan sebagai aktiviti robtul-Am.

LAPORAN CERAMAH PALESTIN & PERKONGSIAN A2G2 DI SM TEKNIK KAJANG

12 Ogos 2011 & 23 September 2011

Kajang, 23 September 2011 - Satu sesi ceramah Palestin telah disampaikan oleh Ustaz Noorsyazly Rameli, Penolong Pegawai Perhubungan Awam Aqsa Syarif Berhad di Sekolah Menengah Teknik Kajang. Ceramah yang bermula seawal jam 7.40 pagi itu telah dihadiri lebih 400 orang pelajar dan 40 orang guru. Sesi pagi ini adalah kesinambungan dari sesi pertama yang telah disampaikan pada 12 Ogos 2011, iaitu pada bulan Ramadhan lalu.

Ceramah tersebut disampaikan dalam 2 segmen: segmen pertama adalah penerangan perkaitan antara penjajahan Yahudi di Palestin dan penjajahan British di Tanah Melayu/Malaysia. Penceramah lebih memfokuskan berkenaan kisah Sir Henry Gurney, yang pernah menjawat jawatan Ketua Setiausaha Mandat British di Palestin sehinggalah penglibatannya dalam pentadbiran British di Tanah Melayu. Selain itu, penceramah turut menyelitkan isu-isu semasa berkaitan Palestin terutamanya hal-hal berkaitan suasana menjelang undian di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.

Manakala pada segmen yang kedua, penceramah berkongsi pula berkenaan perjalanan misi kemanusiaan Aqsa To Gaza 2 (A2G2) pada Ramadhan lalu dengan tayangan slaid yang memaparkan semua projek Aqsa Syarif di Gaza, selain perkongsian aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh anggota misi di sana.

Penceramah turut menyampaikan poster A2G2 kepada Tuan Penolong Kanan, Cikgu Osman sebagai cenderahati dari pihak Aqsa Syarif Berhad.

Aqsa Syarif Berhad mengucapkan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Teknik Kajang atas inisiatif yang sangat baik ini bagi mengetengahkan isu Palestin di kalangan para pelajar sekolah.


Tanda-tanda pertolongan Allah jelas kelihatan di Gaza 


Palestin bukan sebarang nama, bukan pula dapat disamakan dengan mana-mana negara di atas muka bumi. Ia hakikatnya adalah bumi pilihan Allah yang jelas disebut di dalam Al-Qur'an sebagai bumi penuh keberkatan (al-Isra': 1). Beruntung mereka yang menjadi rakyat kepada negara bernama Palestin. Lebih beruntung bagi mereka yang telah mewakafkan diri mereka untuk mempertahankan bumi penuh keberkatan sehingga bergelar Syuhada'. Nama-nama seperti Syeikh Ahmad Yasin, Dr Abdul Aziz Rantissi, Anakanda Faris Audah, Muhammad dan Hasan Said al Husainy yang keluarganya sempat kami misi A2G2 ziarahi adalah diantara mereka yang dipilih Allah syahid di bumi penuh keberkatan.
Telah sekian lama bumi ini membina dan mengorbankan para pejuang-pejuang ummah. Kini perjuangan diteruskan generasi hari ini di bumi Palestin. Perjuangan di dalam pelbagai lapangan sama ada di dalam aspek ketenteraan, kemanusiaan, pendidikan, ekonomi, politik, kesihatan mahupun kebajikan.

Misi A2G2 telah berkesempatan didedahkan dengan beberapa aktiviti di Semenanjung Gaza, Palestin. khususnya di dalam bidang bantuan kemanusiaan. Sumbangan wang rakyat Malaysia yang diserahkan melalui Aqsa Syarif telah disalurkan ke Gaza semenjak awal tahun 2010 dan selepas misi konvoi jalan darat A2G pada tahun 2010. Melalui projek-projek yang dilaksanakan di Gaza oleh para NGO tanda-tanda pertolongan Allah kelihatan dengan jelas. 

Walaupun kelihatan biasa projek-projek yang dijalankan, namun hasilnya begitu signifikan dan diluar dugaan. Umpamanya projek ternakan lembu tenusu yang kelihatan biasa, tetapi keberkatan jelas dilihat. Lembu-lembu yang cepat membiak dan menghasilkan susu-susu yang begitu luar biasa kuantitinya memukau kami para misi A2G2. Dengan bilangan sekitar 60 ekor lembu yang dibela di Jabalia (utara Gaza) sejumlah 1,500 liter susu sehari berjaya dihasilkan dengan sistem pemerah otometik. Produk susu tersebut telah dapat memenuhi keperluan masyarakat yang sedang dikepung Israel tanpa dibenarkan membawa masuk bahan-bahan makanan dari negara jiran. 


Begitu juga dengan ternakan ikan yang dijalankan ditepi pantai oleh Persatuan Islam jabalia. Dengan teknologi yang biasa, menggunakan air masin, ikan-ikan talapia berwarna merah bersaiz lebih setelapak tangan berjaya dibesarkan di kawasan yang dibina beberapa kolam buatan. 


"Tangan-tangan" Allah sebenarnya yang merialisasikan kesemua kejayaan-kejayaan laur basa penduduk Palestin di Gaza. Dengan serba kekurangan, setiap sumbangan dari luar khususnya dari Malaysia telah digunakan sebaik mungkin di dalam projek-projek pembangunan sosio-ekonomi dan penghsailan makanan-makanan asas di Gaza. Hasil komitmen yang bersungguh-sungguh dengan niat untuk membantu mereka yang susah dan keluarga para Syuhadah, Allah telah mengurniakan natijah yang luar biasa. Jelas keberkatan di atas segala usaha mereka. Jelas kelihatan pertolongan Allah SWT terhadap mereka yang berjihad dan bermujahadah di jalanNya.

Begitulah sebahagian dari perkongsian yang dibentangkan oleh dua sukarelawan A2G2 di Surau Taman Dawami Senai, Kulai Jaya Johor iaitu Dr Mohd Zin dan Ust Hairozi pada 23hb. Sept. 2011. 


Ustaz Hairozi turut menyentuh kemuliaan akhlak dan ketaatan rakyat Gaza di dalam kehidupan seharian mereka. Semangat juang para rakyat yang sentiasa berada dibelakang kepimpinan di Gaza begitu terserlah. Mereka tidak kecewa di atas keputusan-keputusan untuk terus menentang Israel oleh kepimpinan negara mereka dari Parti Hamas, walaupun terpaksa menerima tekanan dan ancaman serangan oleh Israel. Itulah kesan dari dakwah dan tarbiyah berasaskan Al-Qur'an yang menjadi sistem pendidikan di Gaza.




Strategi Menarik Mengumpulkan Sumbangan Untuk Palestin


Al-Fadhil Ustaz Aminuddin Ruskam sebagai Pengurus Sekretariat Aqsa Syarif Kulai Jaya dan juga Imam di surau Taman Dawami telah dengan kreativiti beliau menyediakan tabung-tabung Aqsa Syarif yang dikelaurkan oleh Aqsa Syarif Johor. Sebaik sesi perkongsian dipenghujung, Ust Aminuddin telah mengedarkan tabung-tabung secara percuma kepada para ahli jamaah yang hadir ceramah. Ini adalah usaha "mengembling ummah" bagi membantu rakyat palestin dari segi kutipan kewangan secara berkesan. Para hadirin yang hadir tentunya telah dapat kefahaman yang asas tentang perjuangan di Palestin dan keperluan memberikan bantuan kepada perjuangan ini. Para Jamaah dianjurkan untuk membuat kutipan melalui tabung-tabung yang diedarkan di kawasan perumahan dan ditempat mereka bekerja. Mudah-mudahan sumbangan kewangan berterusan akan dapat di salorkan secara berterusan di dalam membantu pelbagai sektor yang musnah dari serangan rejim zionis yang zalim.



Perkongsian A2G2 & Penerangan Situasi Di Somalia di Masjid Al-Mujahideen


Sesi Perkongsian A2G2 & Penerangan Situasi Di Somalia telah diadakan oleh Aqsa Syarif Petaling Jaya di dewan solat Masjid Al-Mujahideen, Damansara Utama pada malam 25 September lalu. 
Dua ahli panel iaitu En. A. Khalil Khamis, ahli misi A2G2 dan juga Ketua Sekretariat Aqsa Syarif Hulu Selangor dan Ir. Zairul Saifuddin, Country Director, Islamic Relief Malaysia (IRM) telah dijemput untuk menerangkan dan menjawab soalan-soalan berkaitan misi dan isu tersebut.
Aqsa Syarif telah berjaya mengumpul sebanyak RM 1,990.00 dan IRM pula sebanyak RM 1,970.00. Aqsa Syarif Petaling Jaya juga telah membuka gerai jualan untuk para jemaah mendapatkan barangan berkaitan dengan Palestin. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.
Mohd Najmi Bin Dawam
Aqsa Syarif Petaling Jaya


Berkongsi Pengalaman Misi A2G2 di Tadika Khalifah Bestari, Desa al-Amin,Bangi

Pada 20 september, saya telah dijemput oleh pihak Tadika Khalifah Bestari, Desa al-Amin,Bangi, untuk perkongsian pengalaman ke Gaza bersama anak-anak tadika tersebut. Majlis bermula pukul 10.15 pagi, dihadiri oleh 160 orang pelajar dan 18 guru serta staf. Kehadiran yang agak ramai bersempena dengan majlis sambutan hari raya di tadika tersebut.

Memulakan perkongsian dengan memperkenalkan diri sebagai "makcik Siti" dari Aqsa Syarif , membawa anak-anak menghayati konsep persaudaraan Islam yang lebih luas, bukan terbatas dikalangan mereka yang disekeliling sahaja. Memperkenalkan saudara mereka yang berada di bumi Palestin yang sekarang ini sedang dizalimi dari pelbagai sudut. Dengan bantuan gambar-gambar, makcik Siti terpaksa berhempas pulas mencari ayat paling mudah untuk memahamkan anak-anak tentang situasi di sana. Di sambut dengan pelbagai soalan dari anak-anak yang pintar ini. Suasana agak meriah.
Namun selepas disiarkan tayangan video lakunan semula dari turki tentang pencerobohan Israel keatas rumah-rumah diPalestin, suasana menjadi sunyi sepi. Mereka begitu menghayati video tersebut.kemudian kedengaran suara dibelakang. "Makcik,kesiannya dia...".Ya, sangat kesian, berbeza dengan kehidupan kita di sini. Seterusnya dikongsikan juga gambar-gambar ke mana sumbangan disalurkan.(tadika ini turut menyumbang untuk tabung palestin). Atas permintaan guru besar, disiarkan gambar-gambar yang dekat dengan mereka seperti lawatan ke ladang lembu, kilang roti, ternakan ikan.

Sebagai penutup, mengajak anak-anak untuk sama-sama membantu suadara-saudara di Palestin kerana mereka juga adalah saudara-saudara kita melalui
1) Doakan mereka. Anak-anak memaklumkan selepas solat mendoakan ibubapa,minta ditambahkan satu lagi doa kepada saudara di palestin agar diberi kekuatan dan kemenangan.
2) Sama-sama menabung untuk palestin.
3) Boikot barang-barang keluaran Israel dengan memberi penekanan 3 yang besar McD, coca-cola, nestle. Ada seorang bertanya,"mak cik,saya beli coca-cola dengan orang melayu? "Ya,yang menjualnya orang melayu sayang, tapi syarikat yang mengeluarkan coca-cola adalah milik Israel" OH!!!anak manis ini kelihatan sangat terperanjat.Ya Allah masih banyak lagi kerja yang perlu dibuat untuk menyedarkan masyarakat.

Semoga perkongsian ini dapat menyemai rasa kasih sesama saudara Islam, terutama menginsafi kesusahan saudara di Palestin dikalangan anak-anak. Juga menjadi batu loncatan untuk anak-anak mendesak ibubapa sama-sama melaksanakan boikot pada barangan Israel.

Wallahu A'lam

Siti Ramlah
Peserta Aqsa2Gaza2
juga aktivis Aqsa Syarif Subang Jaya



Perkongsian A2G2 : En. Munawer di Masjid al-Muttaqin 9 Sep 2011


Wangsa Melawati, Jumaat, 9 Sep 2011 - En. Muhamad Munawer, Pengurus Besar Aqsa Syarif Berhad, yang juga peserta misi Aqsa2Gaza2 telah memberikan perkongsian isu Palestin dan pengalaman di Gaza kepada para jemaah di Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati.

Program bermula lebih kurang jam 12.45 tengahari, sebelum azan Zohor berkumandang. Dalam masa yang agak terhad, beliau sempat berkongsi dua perkara utama :
1) Pencerobohan Israel terhadap Palestin - Kenapa Israel tak boleh diiktiraf - Kenapa kita (ummat Islam) bertanggungjawab membantu Palestin.
2) Perjalanan A2G2 - beliau sempat bercerita dan memaparkan gambar aktiviti/pengalaman melawat dan menyampaikan bantuan kpd saudara-saudara kita di Khan Younis dan Jabalia

Selepas tamat, seorang jemaah 'menahan' beliau daripada memasuki saf jemaah.. Rupanya ingin meminta kad nama beliau. Seorang lagi ahli jemaah berjumpa dengan beliau selepas solat untuk minta perkongsian yang lebih banyak pada slot maghrib dalam masa terdekat.



20 Masjid sudah dilawati, 30 menjadi sasaran Aqsa Syarif di Kuala Selangor  













Alhamdulillah, pada Jumaat 16 Sept 2011 telah diadakan Program Palestinanjuran bersama Masjid Al Hidayah, Kg. Sg. Terap, Tg Karang dan Aqsa Syarif Kuala Selangor. Tazkirah Jumaat - Tazkirah Palestin telah disampaikan oleh Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Kuala Selangor Akhi Mazlan Mohdi. Kalau tak silap perkiraan masjid ini merupakan masjid yang ke 20 di lawati oleh AS Kuala Selangor bagi daerah Kuala Selangor. Insya Allah Aqsa Syarif Kuala Selangor merancang untuk menjejakki lebih 30 masjid di dalam perancangannya. 

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar walaupun Nazir masjid di beri notis pendek. Alhamdulillah sumbangan sejumlah RM737.70 telah di perolehi.

Bagi pihak Aqsa Syarif Kuala Selangor, ribuan terima kasih diucapkan kepada Nazir Masjid, Tuan Hj. Tohiron bin Dimyati serta AJK Masjid kerana telah memberi lanluan kepada Aqsa Syarif Kuala Selangor untuk mengadakan program ini.

Semoga Allah memberkati dan merahmati sedikit usaha jihad kita ini Insha Allah.

Abu Aiman
Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Kuala Selangor
Senior Fellow, PACE Klang


Apakah Faktor-faktor Penduduk Gaza Begitu Hebat?














Kehebatan, kecemerlangan dan keindahan sememang tidak dapat dilihat di Gaza sebagaimana indahnya bangun pencakar langit !, Kompleks membeli belah yang menarik dan berwarna-warni !, atau pencapaian canggih di dalam teknologi permotoran di Gaza ...! 
Al-Maklum ya, Gaza telah diganyang dengan begitu dahsyat oleh peluru-peluru buatan Amerika dan Eropah... yang bukan sahaja telah memusnahkan jiwa-jiwa orang awam, malahan bangunan-bangunan dan infrastruktur asas sebuah negara pada tahun 2009..! Oleh itu yang dapat dilihat, umumnya adalah jalan berdebu, batu-batu yang hancur dan bangunan-bangunan yang masih ada kesan peluru dan tembakkan bom..!

Namun apakah kehebatan dan kecemerlangan yang dilihat para peserta misi A2G2 ketika mereka berada di Gaza tu ?
Ya..! bukan semua di atas tu..., tetapi adalah kecemerlangan dan kehebatan rakyat Gaza di dalam melalui hidup yang serba kepayahan, tetapi begitu tangkas dan cergas. Kecemerlangan meneruskan kehidupan dan bingkas nya bangun mereka dari bencana serangan zionis jelas kelihatan. Seolah-olah mereka tidak pernah melalui angkara ngeri itu. Tiada riak muka kesedihan dan kekecewaan, yang ada ialah semangat untuk terus hidup sebagai bangsa yang merdeka ! Hidup menuju kemenangan !, Hdup sebagai pasukan 'bola sepak' yang akan menawan keseluruh 'padang permainan'.

Gaza cemerlang kerana hidupnya para syuhada' yang meninggalkan mereka, memangat para ulama' dan syuhada' jelas menjadi inspirasi kehidupan para pemuda-pemudi untuk terus maju kehadapan, hidup berpandukan al-Qur'an dan sentiasa mengimarahkan masjid-majid yang pada zahirnya belum kelihatan sempurna dibangunkan semula selepas serangan zionis Israel. 
Ramainya para jamaah solat Subuh seumpama jamaah Solat Jumaat di Malaysia..!  (lihat gambar sebelah).
Usaha-usaha memangun sosio ekonomi pula begitu progressif. Setiap ringgit dan sen yang kita berikan lebih setahun dahulu kini menatijahkan hasil usaha yang diluar dugaan. Ternakan lembu tenusu yag begitu berjaya menghasilkan hasil tenusu yang cukup lumayan, juga kilang roti bernilai RM630,000.00 yang telah beroperasi dengan cemerlangnya. Begitulah kehebatan rakyat Gaza di bumi Ambiya' yang penuh keberkatan itu.

Begitulah sedikit sedutan dari perkongsian dua anggota misi dari Johor iaitu Ust Hairozi dan Dr Mohd Zin di Kompleks IKRAM Johor pada Isnin malam 12 Sep. 2011.



Perkongsian Misi A2G2 di Surau Mawaddah Subang Jaya


















Dr Tahir A. Rahman, salah seorang peserta misi A2G2 dan juga ahli Board of Trustee Aqsa Syarif telah dijemput manyampaikan perkongsian misi A2G2.  Ceramah disampaikan dengan penuh semangat.  Kisah-kisah kehebatan semangat rakyat Palestin serta projek Aqsa Syarif di sana menjadi intipati ceramah.
Selesai ceramah, wakil kepada Pengerusi Surau Mawaddah telah menyerahkan cek sumbangan para jemaah.  Surau Mawaddah telah membuat kutipan awal di kalangan jemaah (mungkin sepanjang Ramadan). Gambar masa penyerahan cek RM5k.  
Bunting, meja jualan dan tabung turut beroperasi macam biasa. 
Yazid Ramli
Aqsa Syarif Subang Jaya



Perkongsian Misi A2G2 di Surau Darul Muhajirin Gombak

Alhamdulillah, pada hari Khamis 9 Sept 2011, Ar Syed Mohd Radhi, salahs eorang ahli misi A2G2 telah menyampaikan 'report card' misi A2G2 kepada jemaah surau Darul Muhajirin Gombak. Jamaah surau ini telah menderma sebanyak RM11,840.00 kepada misi yang lepas. Pada mulanya jumlah jemaah agak lesu tetapi bertambah ramai bila waktu Isya' menghampiri hingga memenuhi bahagian belakang surau. Pengerusi surau sangat berbesar hati terhadap penyampaian tersebut dan mencadangkan diadakan program seterusnya setiap 2 atau 3 bulan untuk menambahkan kesedaran jemaah tentang keadaan di Ghazzah dan Palestin. 
Laporan Sdr. Isa Maaroff
Gombak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...