Sunday 6 November 2011

Perkongsian Perjuangan di Bumi Palestin di Muar

29 Okt. 2011, IKRAM & Aqsa Syarif Muar terus maju ... Memperkasa Ummah Membebaskan Al-Aqsa. Kesedaran peri pentingnya isu Palestin terus disemarakkan dan generasi muda perlu faham dan menjiwai perjuangan Palestin. Alhamdulillah sesi ceramah telah dianjurkan di SMKA Mahad Muar & Sek Agama Lughatul Qur'an. Respond yang memberangsangkan dan pembentukan Kelab Sayang Palestin Aqsa Syarif di sekolah akan menjadi realiti. 

Dr Mohd Zin memberi penekanan;
a. Kefahaman berhubung dengan geografi Bumi Palestin yang sudah bertukar nama Israel di dalam peta dunia.
b. Kefahaman ringkas sejarah dari Palestin yang diperintah Kerajaan Islam Othamniah, perancangan Yahudi Antarabangsa dengan konspirasi penjajah British sehingga bumi Palestin menjadi kacau bilau dan rakyatnya dibuang negara dan tinggal dikemah-kemah.
c. Kezaliman zionis yang berasaskan perkauman ekstrim dan kebendaan serakah. 
d. Perjuangan rakyat Palestin bertahan mempertahankan bumi ambiya' untuk terus mengusir penduduk-penduduk haram yahudi yang datang dari merata dunia merampas hak penduduk  asli Palestin.
e. Misi bantuan kemanusiaan Aqsa Syarif ke bumi Palestin dan kewajipan generasi hari ini untuk terus membantu di dalam perjuangan Palestin.
f. Langkah praktikal; i. Tubuhkan Kelab Sayangkan Palestin Aqsa Syarif; ii. Boikot barangan dan makanan-makanan dari syarikat-syarikat yang membantu Israel.


Di sebelah petang pula di adakan ceramah Palestin dan perkongsian A2G2 di Masjid Nurul Hidayah Pt Raja Muar disampaikan Dr Mohd Zin Kandar. Dipenghujung majlis Pengerusi Masjid menyerahkan sumbangan kutipan derma Palestin kepada ketua Aqsa Syarif Daerah Muar iaitu En Saidi. Seorang ahli jamaah berjawatan Penolong Kanan Sekolah berminat dengan bahan-bahan yang disampaikan dan mencadangkan sesi perkongsian di adakan di perjumpaan Bulanan PPD Muar. 
Tahniah aktivis Muar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...