Saturday 16 July 2011

Projek Ternakan Lembu Tenusu Rakyat Malaysia


Projek bermula seawal bulan Mac tahun 2010, apabila Pengerusi sebuah pertubuhan kemanusiaan di Jabalia City iaitu Eng Abdelrahem Shehab datang ke Malaysia berusaha mencari dana untuk cadangan projek ternakan lembu di Gaza. Pertemuan di ibu Pejabat Aqsa Syarif telah membuahkan satu persetujuan bahawa Aqsa Syarif bersedia menyalurkan sebahagian dari kutipan di dalam akaun Aqsa Syarif.


Sejumlah RM150,000.00 telah disalorkan dan usaha-usaha dijalankan di Jabalia (utara Gaza) untuk menjayakan ternakan lembu secara di dalam kandang dengan diberikan makanan rumput dan dedak.

Ketika lawatan misi Aqsa2Gaza Viva Palestina-5, sukarelawan Aqsa Syarif telah mengunjungi ladang ternakan lembu tersebut. Sebahagian hasil tenusu di jual dan seahagiannya lagi digunakan untuk diproses menjadi keju bagi keperluan masyarakat setempat.



Capaian berita ketika sukarelawan kemanusiaan Aqsa Syarif Aqsa2Gaza melawat projek ternakan lembu tajaan Aqsa Syarif di Jabalia Gaza: http://aqsa2gaza.blogspot.com/2010/10/gaza-ruang-beramal-terbentang-luas.html

Rancangan Terdekat Aqsa Syarif

- Konvoi Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif Ramadhan di Gaza (A2G2) 20-28 Ramadhan 1432 / 20-28 Ogos 2011
Aqsa Syarif telah memutuskan penghantaran Konvoi Misi A2G2 di atas. Salah satu misi penting di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ialah untuk ahli-ahli konvoi Aqsa Syarif menyampaikan sumbangan untuk projek Ternakan Lembu Tenusu di Gaza. Dari sekarang sehingga tarikh pemergian sukarelawan misi di atas iaitu pada 20 Ramadhan 1432 / 20 Ogos 2011, tuan/puan boleh menghubungi Aqsa Syarif untuk membuat sumbangan projek tersebut. Wang tajaan tuan/pun Insya Allah akan kami serahkan dengan tangan kami di bulan yang mulia, bulan Ramadhan yang penuh barakah terus ke tangan yang sangat memerlukan di Gaza Insya Allah. Bertindak segera hubungi Aqsa Syarif untuk menyumbang. 
Aqsa Syarif kini telah memutuskan untuk memperuntukkan sumbangan berjumlah RM50,000.00 dari tabung Palestin Aqsa Syarif untuk projek ini dan akan di sampaikan di Gaza bulan Ramadhan ini Insya Allah.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...