


Rancangan Terdekat Aqsa Syarif
- Konvoi Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif Ramadhan di Gaza (A2G2) 20-28 Ramadhan 1432 / 20-28 Ogos 2011
- Konvoi Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif Ramadhan di Gaza (A2G2) 20-28 Ramadhan 1432 / 20-28 Ogos 2011
Aqsa Syarif telah memutuskan penghantaran Konvoi Misi A2G2 di atas. Salah satu misi penting di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ialah untuk ahli-ahli konvoi Aqsa Syarif menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia untuk keperluan rakyat Gaza yang begitu diperlukan. Dari sekarang sehingga tarikh pemergian sukarelawan misi di atas iaitu pada 20 Ramadhan 1432 / 20 Ogos 2011, tuan/puan boleh menghubungi Aqsa Syarif untuk menghulurkan sumbangan. Wang sumbangan tuan/pun Insya Allah akan kami serahkan dengan tangan kami di bulan yang mulia, bulan Ramadhan yang penuh barakah terus ke tangan yang sangat memerlukan di Gaza Insya Allah. Bertindak segera hubungi Aqsa Syarif untuk menyumbang.
Selain bantuan kemanusiaan yang akan di bawa para sukarelawan hasil sumbangan rakyat Malaysia, para sukarelawan telah merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa dibeberapa kem pelarian di gaza. Mereka dijangka bersolat tarawih dan bersyahur dengan penduduk.


Diharapkan projek dan program ini akan membolehkan para sukarelawan Aqsa Syarif mendokumentasikan keadaan di Gaza untuk dikongsikan kepada rakyat Malaysia apabila sukarelawan misi ini kembali ke Malaysia. Di samping itu program ini akan memberikan sedikit kegembiraan kepada anak-anak Gaza yang sedang melalui bulan ramadhan yang penuh barakah.
IMPLEMENTASI PROJEK DI GAZA BERSEMPENA MISI KEMANUSIAAN RAMADHAN DI PALESTIN BERSAMA AWSA SYARIF
DAPATKAN UPDATE SERAHAN BANTUAN DAN IFTAR RAMADHAN DI GAZA DALAM MISI A2G2 DI SINI http://aqsa2gaza2.blogspot.com/2011/08/majlis-berbuka-puasa-di-beberapa-kem.html
No comments:
Post a Comment