Thursday 10 November 2011

Ahli Lembaga Pemegang Amanah, staf, A2G dan A2G2 bersama tetamu dari Emaar Association


 AQSA SYARIF


Kajang, 8 November 2011 - Aqsa Syarif Berhad telah menerima kunjungan 2 tetamu dari Gaza iaitu Mr. Ahmad Abu Ayesh An-Najjar dan Mr. Anwar Abu Mousa di ibu pejabat petang semalam. Mereka disambut oleh ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif Berhad dan beberapa staf dan aktivis Aqsa Syarif.
Pertemuan yang julung-julung kali ini juga adalah bagi memperkenalkan Aqsa Syarif Berhad secara lebih dekat, serta membincangkan beberapa bidang yang boleh dijadikan platform kerjasama antara kedua-dua belah pihak.
Para tetamu yang hadir mewakili Emaar Association, sebuah badan bukan kerajaan yang beribu pejabat di Khan Younis, Gaza. Mereka juga merupakan pihak yang bekerjasama dengan Aqsa Syarif Berhad dalam projek Kredit Mikro, iaitu projek pembiayaan perniagaan kecil-kecilan bagi penduduk di Gaza.
Setelah pertemuan, para hadirin telah dijemput ke Restoran Satay Kajang Haji Samuri di Jalan Cheras, Kajang bagi meraikan para tetamu. Sesi makan malam kali ini diserikan lagi dengan kehadiran beberapa aktivis Aqsa2Gaza dan Aqsa2Gaza2, yang sanggup datang dari pelbagai negeri di seluruh Malaysia.
Aqsa Syarif Berhad dan aktivis Aqsa2Gaza2 sempat menghadiahkan cenderahati kepada pihak Emaar Association sebagai kenang-kenangan.
Aqsa Syarif Berhad mengucapkan terima kasih kepada pihak Emaar Association atas kunjungan ini dan mendoakan agar segala urusan mereka diberkati Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...