Saturday 16 July 2011

Projek Menyara Anak-anak Yatim Palestin

Rasulullah menggalakkan dan malah menuntut umat Islam agar mengambil berat tentang anak-anak yatim. Tambahan pula anak-anak yatim di Palestin yang ditinggalkan oleh ibu/bapa yang syahid di dalam perjuangan mempertahankan masjidil Aqsa dan bumi umat Islam Palestin.

Keganasan Israel yang berlarutan semenjak sebelum 1948 lagi telah menyababkan ramai keluarga berpecah disebabkan kematian yang ramai dikalangan ibu/bapa mereka. Israel yang ganas telah menangkap orang-orang dewasa sesuka hati dan memenjarakan dan menyiksa hingga puluhan tahun, menyebabkan ramai kanak-kanak yang kehilangan orang tuanya. Serangan bersenjata besar-besaran dan berterusan sehingga menyebabkan kematian orang-orang dewasa juga menjadikan kini anak-anak yatim meningkat di Gaza mencecah 5,000 orang.





Mereka sudah dikenalpasti dan kini di bawah pengawasan NGO-NGO di Gaza, Tebing Barat dan Kem-kem Pelarian di Lubnan. Sebuah badan pertubuhan kemanusiaan diwujudkan untuk mengurus dan memantau kehidupan mereka agar mereka terpelihara dan tidak terbiar serta menjadi nakal, maklumlah mereka adalah kanak-kanak yang masih belum matang. Oleh itu bantuan berterusan kepada mereka sangat-sangat diperlukan. Mereka perlu diberikan makan, pakai, bimbingan dan pendidikan sewajarnya.

Di Gaza khususnya ramai anak-anak yatim yang perlu kepada bantuan. Begitu penjelasan wakil Gaza yang telah datang ke Malaysia. Baca lanjut di http://aqsa2gaza.blogspot.com/2011/02/mujahid-anak-yatim-tahfiz-di-setiap.html

Semenjak penubuhan, Aqsa Syarif telah menjadikan projek bantuan dan saraan anak-anak yatim Palestin sebagai projek asas dan utama Aqsa Syarif. Sehingga Julai 2011, sejumlah 700 anak-anak yatim berjaya diurus keperluan dan sara hidup mereka melalui projek tajaan anak-anak yatim yang disertai oleh rakyat Malaysia melalui kempen-kempen penerangan oleh Pengurus-pengurus Aqsa Syarif Negeri & Daerah. 

Satu sistem pengkalan data telah dibangunkan dengan bantuan sistem perisian yang dibangunkan Aqsa Syarif dan tajaan ini diperolehi dari rakyat Malaysia untuk jangkamasa minima satu tahun dengan nilai RM170.00 sebulan untuk seorang anak yatim.

Bantuan ini diurus oleh pihak "Takaful for Child Welfare" yang beribu pejabat di Beirut (Lubnan) dan mempunyai pejabat cawangan di seluruh Palestin (Gaza dan Tebing Barat).

Aqsa Syarif berusaha memudahkan orang ramai untuk membantu anak-anak yatim Palestin yang terdiri daripada golongan berikut:-
1. Anak Yatim dari kalangan keluarga syuhada' Pejuang Palestin yang dibunuh rejim Israel.
2. Anak Yatim yang bapanya atau ibunya ditangkap, dipenjarakan di dalam penjara israel dan hilang tidak dapat dikesan oleh kaum keluarga.
Orang ramai yang berhajat untuk menyertai Penajaan Anak Yatim Palestin boleh mendapatkan maklumat lanjut, brosur dan borang penajaan secara on-line di http://www.aqsasyarif.org.my/penajaan/

Berapa kos untuk menaja Keluarga Miskin Palestin ?

Aqsa Syarif telah membangunkan sistem bagi membolehkan orang ramai menaja dengan mudah. Anda boleh menaja secara individu, berkeluarga atau berkongsi sesama rakan dipejabat. Seorang anak yatim memerlukan tajaan  bernilai RM170.00 sahaja sebulan. Anda boleh membuat tajaan seminima 1 unit tajaan sebulan dan tajaan anda harus mencapai 1 tahun tajaan secara terus atau ansuran bulanan.

Boleh mula menaja secara online



Sila daftar penajaan anda melalui link http://aqsasyarif.org.my/penaja/index.php?t=o







Sila daftar penajaan anda secara online melalui link http://aqsasyarif.org.my/penaja/index.php?t=o

Orang ramai yang berhajat untuk menyertai Penajaan Keluarga Miskin Palestin boleh mendapatkan maklumat lanjut, brosur dan borang penajaan secara on-line di http://www.aqsasyarif.org.my/penajaan/

Bagaimana Aqsa Syarif Menyampaikan Tajaan Ini ?
Wakil Aqsa Syarif telah beberapa kali ke Lubnan untuk urusan serahan tajaan Anak Yatim dan Keluarga Miskin. Serahan tajaan juga telah diterbitkan di dalam rancangan "Bersamamu Palestin" TV3 pada Ramadhan tahun 2010 yang lalu. Pihak pengurusan di Beirut Lubnan dan Palestin juga telah datang ke Malaysia.  Berita mengenai kunjungan WARFAH ke ibu pejabat Aqsa Syarif Malaysia. Sila klik http://aqsa2gaza2.blogspot.com/2011/07/welfare-association-for-palestinian-and.html



Rancangan Terdekat Aqsa Syarif 

- Konvoi Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif Ramadhan di Gaza (A2G2) 20-28 Ramadhan 1432 / 20-28 Ogos 2011


Aqsa Syarif telah memutuskan untuk menghantar Konvoi Misi A2G2 di atas. Salah satu misi penting di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ialah untuk ahli-ahli konvoi Aqsa Syarif menyampaikan tajaan Anak Yatim dan Keluarga Miskin di Gaza yang akan ditaja oleh rakyat Malaysia. Dari sekarang sehingga tarikh pemergian sukarelawan misi di atas iaitu pada 20 Ogos 2011, tuan/puan boleh menghubungi Aqsa Syarif untuk membuat tajaan anak-anak Yatim dan Keluarga Miskin di Gaza. Wang tajaan tuan/pun Insya Allah akan kami serahkan dengan tangan kami di bulan yang mulia, bulan Ramadhan terus ke tangan-tangan yang sangat memerlukan di Gaza Insya Allah. Bertindak segera hubungi Aqsa Syarif. Di bawah adalah contoh biodata anak yatim di Gaza yang berumur 4 tahun untuk tuan/puan sumbangkan penajaan.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...