Tuesday, 15 November 2011

Wakil Palestin: Zionis Israel Boleh Ditundukkan ..!

Kalau Israel boleh ditundukkan, bermakna mereka juga lemah, mereka boleh dikalahkan ..! Begitulah keyakinan yang dinyatakan oleh Saudara Ahmad Abu Ayeish Al-Najjar wakil Palestin yang menziarahi ahli-ahli IKRAM Johor dan memberi ceramah di Kompleks IKRAM  Johor pada 9 Nov 2011 yang baru lalu. Sesi ceramah dan soal jawab dengan selang-seli tayangan slaids, video dan maklumat dari internet yang memakan masa sekitar dua jam di dewan al-Banna telah dimanfaatan oleh ahli-ahli IKRAM bertanyakan pelbagai soalan yang eksklusif kepada bekas tahanan di penjara Israel itu. Turut hadir ialah aktivis kemanusiaan dari 'Emaar For Development & Rehabilitation Gaza' iaitu Saudara Anwar Abo Musa.

Di dalam isu pertukaran tawanan Hamas iaitu Gilad Shalet (seorang tentera Israel muda yang ditawan selepas mereka menceroboh Gaza pada tahun 2006) dengan rakyat Palestin yang dipenjarakan Israel (sejumlah 1027 pada 12 Oktober 2011) Saudara Abu Ahmad telah memberi ulasan yang sangat menarik. Selama ini Israel telah menggunakan pendekatan dan tektik kotor serta tidak berperikemanusiaan di dalam menghadapi tentangan (resistance) rakyat Palestin terhadap pencerobohan yang mereka lakukan. Mereka sesuka hati memasuki kawasan-kawasan rakyat Palestin, menembak, mencederakan dan menangkap sesiapa sahaja bagi menakut-nakutkan rakyat yang bangun menentang mereka walaupun mereka hanya melawan menggunakan ketulan-ketulan batu...! Penentangan (upraising) yang dipimpin oleh Hamas sebenarnya adalah satu-satunya pilihan yang ada bagi rakyat Palestin selepas dunia memekakkan telinga akan kezaliman yang mereka hadapi yang dilakukan Zionis.
Menurut Sdr Ahmad Abu Ayeish, kekuatan Hamas berpegang kepada prinsip perjuangan, istiqamah, tekun dan sabar di dalam kebenaran dan di dalam mempertahankan hak mereka telah menampakkan kejayaannya di dalam berhadapan dengan pihak rejim Israel. Ketegasan di dalam tuntutan Hamas meminta dibebaskan tanahan-tahanan Palestin dari penjara-penjara dengan menahan Gilad Shalet telah mencabar keangkuhan Israel. Hamas telah membuat tuntutan besar agar pembebasan tahanan rakyatnya dari kalangan yang paling lama dihukum (walaupun hakikatnya tidak bersalah), termasuklah tahanan wanita akhirnya berjaya menundukkan Israel. Tahanan Gilad Shalet dimanfaatkan di dalam mengukur kekuatan Israel yang sehingga akhirnya gagal mengesan kedudukan Gilad disembunyikan untuk jangkamasa lebih lima tahun walaupun kononnya Israel memiliki kecanggihan dalam risikan dan peralatan pengesan. 

Tuntutan Hamas akhirnya dapat menundukkan Israel dan kejayaan pembebasan 1027 rakyat Palestin tentunya telah melegakan sejumlah keluarga yang sekian lama menderita dan menanti-nanti ahli kelaurga yang dipenjarakan Israel (lebih separus sudah dibebaskan sehingga kini).

Ramai yang beranggapan bahawa Gilad Shalet telah sekian lama dibawa keluar dari Gaza atau dibunuh semenjak hari pertama ianya ditawan. Tetapi kepakaran dan keupayaan mengeluarkan berita menganai keselamatan Gilad Shalet dan kemahiran 'menyimpan' sebagai tawanan perang yang berharga telah meletakkan Israel di dalam keadaan tertekan.

Banyak peristiwa membuktikan bahawa tentera-tentera Israel adalah pengecut dan penakut. Apa asas perjuangan mereka? jika bukan atas paksaan ketua mereka atau kerana habuan kebendaan semata-mata. Bayangkan sejumlah bahan letupan dan peluru-peluru yang setiap tentera mereka bawa bagi mempertahankan diri selain untuk menyerang penduduk biasa Palestin..! Dalam situasi mereka berhadapan dengan gerombolan rakyat Palestin, sering mereka melarikan diri dan apabila mereka dikepung, ramai yang terkencing kerana ketakutan.

Israel sememang menggunakan pelbagai tektik dalam mencapai misi mereka untuk menawan keseluruhan Palestin. Pendeatan undang-undang, paksaan, ugutan dan rampasan. Namun sehingga kini kepimpinan Hamas mengunakan asas ajaran Islam yang menganjurkan agar kita memiliki Kekuatan Iman, Kebenaran Ibadah, Keunggulan Akhlak dan Berpegang kepada Syari'ah. Pendekatan Tegas berasaskan prinsip Islam yang datang dari ALlah dan Sunnah Rasulullah di dalam berhadapan dengan musuh secara konsistent amatlah penting dan terbukti berkesan. Pendekatan kasih sayang sesama muslim di dalam menghadapi kemelut dalaman Palestin juga menjadi asas gerakan Hamas dan pentadbirannya. Itulah di antara faktor  bertambahnya sokongan rakyat keatas kepimpinan Hamas di Palestin hari ini.

Tidak mudah untuk berhadapan dengan realiti yang terlalu kompleks di Palestn sekarang. Namun asas yang jelas di dalam perjuangan memelihara Ad-Din dan kehormatan bumi Ambiya dan Masjidil Aqsa yang mulia, dan kejelasan misi dan visi serta pelaksanaan syura' di bawah kepimpinan para ulama' dan pemimpin yang sentiasa menjaga hubungan hati dengan Allah adalah di antara faktor penting kejayaan demi kejayaan perjuangan.

Apa lagi yang kami harapkan, kalau tidak Kemenangan di dalam perjuangan ini ATAU Mati sebagai Syuhada ? 

Begitulah sedikit sedutan penyampaian bersemangat kedua-dua wakil Palestin yang sempat berkongsi pengalaman hidup di medan perjuangan, yang tidak pernah keluar dari bumi Palestin seumur hidup mereka sehingga hari ini buat pertama kalinya mengunjungi Malaysia.
Turut hadir di dalam sesi yang rengkas tetapi penuh bermakna itu ialah TYDP IKRAM Johor, PM Ainollutfi, kepimpinan IKRAM negeri dan daerah-daerah serta Jawatankuasa Aqsa Syarif Negeri Johor dan daerah-daerah.


Sebelum bersurai, dua tetamu istimewa IKRAM dijamu dengan nasi arab kegemaran mereka di bilik mesyuarat Syekh Ahmad Yassin. Di akhir pertemuan pula, dakapan ukhuwah yang syahdu mengiringi perpisahan sebagai simbol ukhuwwah dan kebersamaan di dalam perjuangan ... Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa.

  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...