Sunday 6 November 2011

PROGRAM PALESTIN DI MASJID JAMEK AT-TAQWA, SG. TENGI KANAN, TANJUNG KARANG

Jumaat, 4 Nov. 2011, telah diadakan program Palestin di Masjid Jamek At-Taqwa, Sg. Tengi Kanan, Tanjung Karang. Program ini anjuran bersama Aqsa Syarif Kuala Selangor dan Masjid At-Taqwa. Masjid terletak di dalam kawasan kampung tidak berapa jauh dari jalan utama Kuala Selangor-Tanjung Karang menghala ke Sg Tengi Headworks. Anggaran jemaah ketika solat Jumaat, seramai 150 orang. Tazkirah Jumaat telah disampaikan oleh Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Daerah Kuala Selangor , akhi Mazlan Mohdi. Sejumlah RM180.15 telah dikutip semasa program.

Satu perkara yang agak melucukan berlaku ketika tazkirah Jumaat disampaikan. Seorang jemaah yang agak berusia ketika masuk dewan solat terus pergi ke penceramah, bersalaman dan terus kata,'Minta berhenti ye, nak solat dah ni.' Ana tengok jam masih ada lagi 10 minit sebelum masuk waktu solat dan tazkirah baru cover 90%. Memandangkan beliau tampak macam seorang kiyai, terpaksalah ana berhenti serta merta dan mula packing. Tension jugak ana dibuatnya. Selepas solat Jumaat, kami berjumpa dan kiyai ni tanya,'Encik ni dari mana'. Ana pun kata, 'Saya dari Aqsa Syarif, NGO Palestin.' 'Dari Palestin!. Jadi, apa yang Encik cakap tadi mengenai Palestinlah!,' katanya agak terkejut. 'Saya ingat Encik cakap mengenai Somalia. Saya minta maaflah kalau gitu.' Lepas tu kami berbual panjang walaupun hati kecil ni agak tergelak dengan gelagat kiyai ni. Tension tadi mula reda. Inilah dunia dakwah. Kita akan menemui berbagai-bagai gelagat manusia at grass root level.
Semoga Allah memberkati dan merahmati segala usaha kita yang tak sebarapa ini, Insha Allah.

Abu Aiman
Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Daerah Kuala Selangor
Senior Fellow, PACE Coordinator for Klang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...