Tuesday 19 July 2011

Projek Pembinaan Makmal Sains di Universiti Islam Gaza

Universiti Islam Gaza (IUG) terletak di tengah-tengah bandaraya Gaza yang sangat padat. IUG adalah sat-satunya universiti yang menawarkan peluang pembelajaran kepada pemuda pemudi di Gaza selain Al-Aqsa University di sini. Melaksanakan sistem pendidikan berasaskan Islam, kampus kelihatan dibahagi dua ketika waktu di luar kuliah, iaitu di hadapan bangunan Perpustakaan adalah laman mahasiswa, manakala di belakang Perpustakaan adalah laman mahasiswi.
Para pelajar dan pensyarah di sini benar-benar menjaga adab-adab pergaulan, walaupun ketika kuliah mereka bersama di dewan kuliah. Praktik Islam sebegini yang mungkin digeruni oleh regim zionis Israel.
Pada 2008, Universiti ini juga tidak terkecuali menerima curahan artilari bom-bom dari kapal serang Israel dan telah memusnahkan beberapa bangunan pentadbiran dan fakulti.

Ketika konvoi kemanusiaan Aqsa2GazaVP5, para sukarelwan Aqsa Syarif sempat melawat universiti ini dan dibawa melawat ke beberapa fakulti dan Perpustakaan.

Sebelum penubuhan Aqsa Syarif, agensi yang menjadi rakan Aqsa Syarif iaitu Palestinian Centre of Excellence (PACE) pernah menyumbang kepada pembinaan makmal di Universiti Islam Gaza (LIHAT LAPORAN DI SINI). Projek menaik taraf makmal-makmal tersbut yang merupakan keperluan di dalam pendidikan sains dan teknologi di Gaza akan disambung oleh Aqsa Syarif.

Perbincangan lanjut akan diadakan bersempena misi konvoi A2G2 kali ini Insya Allah.











Rancangan Terdekat Aqsa Syarif

- Konvoi Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif Ramadhan di Gaza (A2G2) 20-28 Ramadhan 1432 / 20-28 Ogos 2011
Aqsa Syarif telah memutuskan penghantaran Konvoi Misi A2G2 di atas. Salah satu misi penting di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ialah untuk ahli-ahli konvoi Aqsa Syarif menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia untuk projek-projek kritikal di Gaza. Dari sekarang sehingga tarikh pemergian sukarelawan misi di atas iaitu pada 20 Ramadhan 1432 / 20 Ogos 2011, tuan/puan boleh menghubungi Aqsa Syarif untuk membuat sumbangan projek tersebut. Wang sumbangan tuan/pun Insya Allah akan kami serahkan dengan tangan kami di bulan yang mulia, bulan Ramadhan yang penuh barakah terus ke tangan yang sangat memerlukan di Gaza Insya Allah. Bertindak segera hubungi Aqsa Syarif untuk menyumbang. Aqsa Syarif kini telah memutuskan beberapa pelan strategik untuk membantu di dalam beberapa aspek di Gaza Islamic University.

Lawatan dan perbincangan menganai peluang kerjasama di antara mahasiawa Gaza dan Malaysia adalah salah satu tajuk yang akan mula diteroka di dalam misi kemanusiaan A2G2 kali ini dengan penyertaan ketua pelajar dari Malaysia yang dalam rangka menyusun satu konvoi khas ke Gaza melalui misi MyGazaMission yang dijangka bertolak pada Januari 2012.


Di dalam ‘Malaysian Youth On Gaza Mission (MY Gaza Mission)’-Palestinian Needs Education Too ! Just Like The Rest of The World- yang sedang dirancang mempunyai tujuan murni yang antara lain ialah (a) Memupuk semangat persaudaraan antara mahasiswa yang berbilang kaum dari seluruh universiti dalam negara bagi menjayakan misi kemanusiaan. (b) Sebagai platform menggalakan pembudayaan ilmu dan nilai kemanusiaan dalam diri mahasiswa. (c) Memberi respon positif terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 8 Jun 2010 yang menyokong agar rakyat Malaysia terus menghantar sukarelawan dalam setiap misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dianjurkan di peringkat antarabangsa.

Untuk tujuan awal ke arah kejayaan projek tersebut, suatu pertamuan khas sedang disusun di antara misi A2G2 dengan pihak Universiti Islam Gaza dan wakil-wakil pelajar iaitu Khatwa Youth Association Gaza.

Alhamdulillah, Misi Berjaya Disempurnakan ..!

- Konvoi Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif Ramadhan di Gaza (A2G2) mengadakan pertemuan bersejarah dengan pihak IUG dan Khatwa Youth Association.

Dua pertemuan penting dan signifikan telah disempurnakan ketika misi A2G2 di Gaza. Ikuti berita penuh dicapaian di bawah;


Update Misi B2G Januari 2012, LIHAT DI SINI.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...