Monday, 15 August 2011

Amanat, Taujih & Tazkirah

Ujian dan Syahid

Posting ini mungkin yang terakhir sebelum sahabat-sahabat kita bertolak ke Gaza. Ana kena rangkumkan dua perkara penting dlm posting ini, iaitu ujian dan syahid. Oleh itu, ianya mungkin panjang sikit.

1.  TUGAS MULIA. Perjalanan ke Gaza adalah satu tugas yang cukup mulia, tugas sebagai HAMBA kepada Allah swt. Tugas sebagai posmen kepada sumbangan rakyat negara ini yg prihatin soal Palestin. Antum yg berpeluang ke sana adalah golongan yg telah dipilih dan direncanakan oleh Allah untuk sampai ke bumi suci ini. Oleh itu pastikan NIAT YG SENTIASA BERSIH, dengan matlamat utama pembebasan masjid Al-Aqsa. 


2.  KETAQWAAN YG UTAMA. Tidak seperti A2G dulu dimana ramai yg hadir adalah dari bukan Islam. Mereka ke Gaza atas dasar Humanitarian. Sifat iman, taqwa, jihad dsbnya tidak wujud bagi mereka. (Semoga Allah swt memberi mereka taufik dan hidayah satu hari nanti). Bagi A2G2 ini, dasar kemanusiaan hanya sekelumit kecil dari perjalanan ini. Oleh itu jiwa perlu dibersihkan dengan memastikan niat perjalanan ini benar2 ikhlas, tawadhu, merendah diri, sabar dan tujuannya hanyalah untuk mendekatkan diri kepada Allah, memohon keredhan dan keampunanNya, dan yg paling penting sebagai jihad fi-sabilillah.

3.  JALAN SUKAR. Bila kita memilih jalan utk berjuang demi Allah, sejarah telah menunjukkan bahawa jalan ini akan penuh dgn cubaan dan ranjau duri. Tidak ada hamparan merah yg dibentangkan tapi yg ada adalah darah merah para syuhada. Kesabaran dalam menghadapi rintangan adalah perlu. 

4.  TIDAK ADA YG PASTI. Terlalu banyak faktor yg tidak dapat dipastikan dan berkemungkinan jadual yg telah dirancang lari dari asal. A2G dulu plan utk berada di Syria hanya 2-3 hari.....akhirnya menjadi 18 hari. Jadi, kemungkinan utk stranded tetap ada. Oleh itu, pastikan masa terluang digunakan sebaik mungkin.... solat sunat, quran, zikir dan taubat... Jangan buang masa tidak menentu dan yg penting sepertimana amanat Dr Hafidzi, jangan buat maksiat...maksiat mata, mulut, telinga dan hati.....Pemergian ke Gaza bukan utk bercuti makan angin. Keadaan mungkin tidak selesa macam pergi holiday dimana2 negara di dunia. Tambahan pula dlm cuaca panas dan kering, bulan Ramadhan.

5.  SABAR DAN TSABAT. Pada masa inilah kesabaran amat perlu. Kena tsabat dlm perjuangan. Kena patuh pada pimpinan dan semua keputusan. Bila stranded di Syria dulu, A2G membuat ketetapan akan tetap tunggu hingga sempadan dibuka dan Mesir beri laluan. Perlu diingat, masa tu kami ada international press dan juga perhatian dunia. Mesir akhirnya terpaksa give ini. Sekarang senario dah berubah, Mesir mungkin akan memudahkan tapi Israel pula mainkan peranan jahatnya. Perlu diingat, never underestimate kejahatan dan kebolehan Israel. Kejahatan Zionist yg dibelakangnya syaitan dan iblis. Mereka boleh dan akan buat apa sahaja hingga yg tak terfikir dek manusia.

6.  INGAT PERANG BADAR. Asal perang itu hanyalah utk menawan kabilah dagang dari Syam yg dipimpim oleh Abu Sufiyan. Menurut perisikan Rasul saw, selain membawa barang dagangan, Abu Sufiyan juga membawa bekalan senjata yang akan digunakan utk memerangi umat Islam di Madinah. Allah telah menyusun dan menukar rencana setakat dari bertembung dgn kabilah dagang ini kepada pertembungan dgn tentera Quraish yg dipimpin oleh Abu Jahal yg lengkap dgn senjata dan bilangan tentera yg ramai (1000 orang, 200 kuda, 600 unta dan 600 baju perisai). Memang disaat itu kaum Muslimin amat lemah (dan memang dinyatakan sedemikian dlm Quran)...... tambahan pula masa itu adalah Ramadhan yg pertama diwajibkan berpuasa. Kaum Muslimin hanya ada 2 ekor kuda, 70 unta (naik bergilir) dan tanpa seorang pun memakai baju besi. Malah ada diantara senjata mereka hanya pelepah kurma. Allah telah mengubah perencanaan asal Rasul saw ini menjadi satu sejarah yg unggul. 

Allah swt juga telah menyusun bahawa faktor2 spt bilangan, kekuatan fizikal, persediaan.....dan banyak lagi faktor kemanusiaan TIDAK MAMPU menentukan kemenangan TETAPI faktor pertolongan Allah kepada umatnya yg Dia kasehi, berkati dan redha...adalah faktor penentu kemenangan dlm perjuangan. Inilah yg dinamakan 'iradah Illahiyyah'. Justeru itulah, pada masa ini, walau macam mana kuatnya Israel, mereka tidak mungkin akan dapat mengalahkan tentera Allah dari kalangan umatNya yg ikhlas. 

Justeru itu, antum yg kesana sekadar menghantar bantuan kemanusiaan mungkin akan diubah oleh Allah swt bertembung dgn tentera Yahudi sepertimana kes Mavi Marmara, dimana 9 orang syahid dan 50 cedera. Perkara ini memerlukan persediaan mental dan iltizam yg kuat utk tsabat dlm perjuangan ini. 

7.  AJAL TAK MENENTU. Akhi Khalil telah menyatakan dlm posting 9 Ogos iaitu "Setiap saat kita adalah "bakal jenazah"...". Kita boleh mati dimana2 sahaja dan diketika mana pun. Soal kematian adalah soal ajal yg telah sampai dan telah ditetapkan oleh Allah sejak dahulu lagi. 

......Katakanlah: "Sekiranya kamu berada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu ke luar (juga) ke tempat mereka terbunuh". Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. (Al-Imran ayat 154)

Begitu juga soal perjuangan dan berpergian (perjalanan), ia tidak ada kena mengena dgn soal kematian. Allah telah peringatkan kita bahawa sikap sedemikian hanya datang dari kaum munafik dan musyrikin. 

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu seperti orang-orang kafir (orang-orang munafik) itu, yang mengatakan kepada saudara-saudara mereka apabila mereka mengadakan perjalanan di muka bumi atau mereka berperang: "Kalau mereka tetap bersama-sama kita tentulah mereka tidak mati dan tidak dibunuh." Akibat (dari perkataan dan keyakinan mereka) yang demikian itu, Allah menimbulkan rasa penyesalan yang sangat di dalam hati mereka. Allah menghidupkan dan mematikan. Dan Allah melihat apa yang kamu kerjakan. (Al-Imran - ayat 156)

Oleh itu, kita kena berhati2. Jangan fikir akibat pergi perang, pergi Palestin, pergi Iraq, pergi Gaza...waimma......kawasan yg sedang dalam kancah perang pun, tidak semestinya kita akan mati. Ini kerana soal perperangan dan perjalanan tidak ada sangkut paut dengan ajal dan kematian. Ia dua perkara yg berbeza. 

8.  KELEBIHAN MATI SYAHID. Cuma jika ajal menjemput antum semasa di Gaza atau dlm perjalanan ini, itu adalah satu bonus yg cukup tinggi. Dalam perang Badar pun sekitar 14-15 org sahaja sahabat yg dapat syahid. Tak sampai 5% pun dari jumlah yg turut serta. Cuba bayangkan, selama antum hidup ini, 30-50 tahun, mungkin ini adalah kali pertama antum dapat merasakan hampirnya bahang jihad fisalibillah. Kalau kebetulan ajal datang selari dgn antum berada disana, alangkah untungnya. Bulan Ramadhan, 10 mlm terakhir  yg ada lailatul qadar dan dibumi suci dengan membawa jasad dan jiwa yang diperniagakan utk jalan Allah. Betapa indahnya.

Sungguhpun begitu, syahid bukan satu perkara yg mudah dan dapat dicapai oleh mana2 manusia tetapi IA ADALAH KURNIAAN DARI ALLAH SWT. Keikhlasan untuk berjuang semata2 demi Allah dan RasulNya adalah prasyarat dalam memperolehi kurniaan ini, dan itu pun bukan jaminan pasti memperolehinya. Ia milik mutlak Allah semata2. Oleh itu, seringlah berdoa utk dikurniakan syahid. Semoga ia dimaqbulkan.

Khalid Al-Walid -Saifulllah (Pedang Allah) - Menurut riwayat, beliau telah terlibat dalam lebih dari 100 perperangan dan tidak pernah kalah, malah beliau dikatakan sebagai komandan tentera yg terbaik dalam sejarah. Beliau menangis ketika dekat dengan kematiannya kerana tidak dapat mati syahid. Antara kata2nya, "Lihatlah badan aku ini yg penuh luka, semuanya dihadapan dan tidak dibelakang. Aku tidak pernah lari dari musuh. Engkau tidak akan dapati walau selebar tapak tangan di seluruh badan aku yg tidak ada parut akibat pedang, panah atau tombak. Tetapi sekarang aku akan mati diatas katil sepertimana lembu mati."

Perlu diingat, nikmat terbesar di akhirat adalah "Melihat wajah Allah", manakala nikmat terbesar di dunia adalah "Mati syahid", satu nikmat yg tidak terhingga sehinggakan para syuhada memohon kepada Allah utk dikembalikan mereka semula ke dunia dan mereka nak mati syahid lagi 100 kali. 
Para syuhada akan melihat syurga & bidadari yang menanti sebelum ajal dan mereka meluncur menuju ke akhirat dlm masa yg sangat singkat....... terlalu singkat ibarat kesah Ainul Mardhiyah - dari waktu berpuasa hingga waktu berbuka sahaja....malah ada sahabat yg syahid, dijemput oleh isteri mereka dari syurga semasa mereka masih di dunia lagi. Masa (Time) adalah sesuatu yg abstrak yg wujud di dunia tetapi tidak semestinya di alam akhirat. 

Antara 2 titisan yang dicintai oleh Allah ialah darah yang mengalir kerana fi sabiliLlah. Titisan darah pertama di ampunkan seluruh dosa (melainkan syirik dan hutang) manakala titis darah yang seterusnya adalah kebajikan.
Nyawa syuhada dicabut dalam keadaan tidak melebihi kesakitan akibat digigit semut manakala kematian maunisa biasa ibarat kambing yg dikulit hidup2 atau ditusuk dgn 300 pedang (HR Tirmizi) atau ibarat kain sutera yg membalut pohon berduri, maka duri itu dicabut dengan merobekkan kain (HR Bukhari)
Para syuhada tidak mati tetapi tetap hidup disisi Allah (Al Baqarah: 154). Mereka tidak akan menerima azab di alam barzakh dan tidak akan melalui hisab di padang mahsyar. Malah pemiutang & mereka yang pernah dianiyai si syahid akan ditawarkan dengan ganjaran syurga sekiranya menghalal & mengampun si syahid.
Bagi kaum keluarganya yang tinggal, syuhada boleh memberi syafaat kepada 70 orang yang dikehendakinya dr golongan orang2 Islam. Oleh itu munafaat syuhada bukan utk diri mereka sahaja tetapi ahli keluarga dan sahabatnya.

Atas dasar dan cita2 inilah, umat Islam di Gaza tidak akan lari dari bumi yg diberkati ini. Mereka merindui syahid dan tetap tegar dalam perjuangan ini sehingga Allah memberikan keputusanNya.
Atas dasar dan cita2 inilah, kita berjuang bersungguh2 untuk bersama mereka dalam membebaskan bumi yg diberkati ini. Semoga kita juga dikurniakan syahid.

9. KESIMPULAN. Pemergian antum bukan sekadar menghantar bantuan tetapi bukalah hati dan minda untuk melihat kehidupan sahabat2 kita di Gaza dengan mata hati. Terlalu banyak yg boleh dipelajari bila antum berada bersama dengan mereka. Mereka adalah umat pilihan yang masih hidup dengan kita. Sebahagian yg antum akan temui adalah bakal syuhada dimana kedudukan mereka adalah ibarat bintang2 dilangit. Kecekalan, kesabaran, akhlak mereka....dan banyak lagi sifat2 terpuji boleh kita contohi dan bawa pulang sebagai pengajaran kepada kita untuk menaikkan semula umat di negara ini. Itu tugas utama kita.

Antum juga perlu ingat, pemergian antum ke sana bukan sekadar menghantar bantuan TETAPI YG LEBIH PENTING adalah utk memberitahu masyarakat dunia termasuk umat Islam lainnya dan terutama pihak kufar dan zionist Israel bahawa umat Islam ini adalah satu. BERSATU DIBAWAH PANJI2 ALLAH SWT. Rakyat Malaysia yg prihatin akan tetap bersama dengan umat Palestin sehingga Masjid Al-Aqsa dibebaskan. Perjuangan ini tidak akan tamat hingga matlamat ini dicapai. Dunia boleh memekakkan telinga dan tidak ambil kesah tentang isu Palestin; tetapi kita, sahabat2 kita dan keturunan kita akan tetap bersama mereka dan berjuang dengan mereka. Ingatlah, Gaza adalah api permulaan utk perjuangan yang panjang dan penamat.

Kami yang tinggal disini akan terus berdoa menantikan kepulangan antum atau menghidu bau syuhada.
Semua ini adalah susunan Allah semata2. Kepada Dia kita mohon doa utk dipermudahkan jalan antum sampai ke Gaza.
Semoga kita semua tsabat dalam perjuangan ini. Pohon antum semua mendoakan untuk kami yg tinggal ini. 
Ana memohon berbanyak kemaafan jika terlebih dalam kata2.

Kepada sahabatku, Dr Mohd Zin Kandar.
Semoga ana telah menepati tugasan yg anta amanahkan. 
Andaikata anta syahid, ana adalah org yg paling cemburu. 
Andaikata anta syahid, ana kena doakan utk ana syahid juga sebab anta masih hidup disisi Allah swt.
Selamat berjuang wahai sahabat yg aku kasehi. 
Jangan lupa doakan utk ana.

Sekian, wassalam.
Norazmi talib, 16 Ramadhan 1432

Pesanan buat Anggota Misi A2G2
Assalamualaikum,

Dengan Nama Allah Maha Pemurah lagi pengasihani.

Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekelian Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang menuruti jalan mereka itu sampai hari Kiamat.

Amma Ba'd

Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar dan ahli misi A2G2

Antum sukarelawan akan berangkat ke bumi Ghazzah, bumi penuh keberkatan dalam lapan hari dari hari ini insyaAllah. Oleh kerana ana akan berlepas ke Australia esok maka elok jugalah ana titipkan beberapa pesan kepada antum. Harapnya ia tidaklah terlalu awal, bimbang ana tidak berkesempatan bila dikekang oleh jadual yang padat di sana.

Pesan-pesan ini hanyalah pesan biasa-biasa sahaja. Tanpa pesan dari pengerusipun insyaAllah antum akan menjalankan segala amanah dengan cemerlang. Atas dasar itulah antum terpilih dengan izin Allah untuk menjejaki bumi para anbiya memikul amanat yang berat ini. Namun kita diperingatkan oleh Allah 'Berilah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna bagi orang-orang mukmin'. Kita juga dididik oleh Rasulullah SAW untuk menitipkan pesan kepada para sahabat setiap kali mereka dikirim untuk menjalankan misi-misi tertentu, samada ianya berkaitan dengan dakwah, sirriyah mahupun gahzwah. Itulah yang menjadi amalan sahabat Radiallahu anhum ajmain). Adakalanya Nabi memberi pesan yang sangat khusus kepada para komandan yang dikirimkan ke medan ghazwah termasuklah dalam soal pergiliran kepimpinan jika mereka tewas. Adakalanya pesan itu begitu tegas seumpama ketika melepaskan ekspedisi Usamah bin Zaid RA seperti pesan baginda 'jangan kamu hentikan perjalanan Usmah bin Zaid, samada aku gering atau wafat sekalipun.' Itu jugalah yang diwarisi oleh para sahabat seperti yang pernah dipesan oleh Umar al-Khattab kepada tentera muslimin 'Kamu akan dimenangkan kerana maksiat yang dilakukan oleh musuh-musuh kamu.'

Dengan kerangka seperti itu, maka ana sebagai pengerusi yang memegang amanah menitipkan beberapa pesan kepada ketua misi Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar dan anggota misi Aqsa2Gaza2 (Aqsa ke Gaza 2).

1. Marilah kita semua memperbaharui niat kita semua dalam melaksanakan misi yang besar ini. Semulia misi ini maka semurni itulah niat dihati kita. Tidak ada tempat sedikitpun niat selain dari untuk memikul amanah dari Allah SWT. Mereka yang menjunjung perentah dan amanah Allah akan bersikap amanah kepada manusia. Tidak ada sesuatupun yang dapat memesongkan niat mereka dalam menjalankan misi yang murni dan mulia ini. Maka kita diperingatkan oleh hadis Nabi SAW yang mulia 'Setiap amal itu adalah dengan niat, dan baginya apa yang diniatkan oleh seseorang. Barangsiapa yang berhijrah untuk Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah untuk Allah dan RasulNya. Barang siapa yang berhijrah kerana dunia atau wanita yang hendak dikahwininya maka hijrahnya adalah untuk itu.' Pegang eratlah pesan ini agar niat kita semua terpelihara sejak kita mengajak manusia untuk menyokong misi ini, sehingga kita selesai menyempurnakan misi ini bahkan sehingga selepas kita kembali ke tanah air. 

2. Setelah menyucikan niat kita peliharalah hubungan kita dengan Allah yang kerana Nya kita melakukan semua ini. Memelihara hubungan dengan Allah bererti mempertaut hati kita kepada Allah SWT sepanjang waktu. Antum akan berada di bumi Ghazzah pada sepertiga yang terakhir dari bulan Ramadhan. Ini bererti peluang untuk antum memperoleh ganjaran pahala yang berlipat ganda di ardhul anbiya cukup besar. Dengan memicingkan mata di malam hari beribadah kepada Allah sedang siangnya mengotori tubuh dan pakaian dengan debu-debu jihad pastilah menjadikan antum kelompok yang mempunyai peluang yang cukup besar untuk memperoleh keampunan, rahmah (kasih sayang) dan pembelaan dari Allah. Iman adalah kunci kepada petunjuk dan hidayah dan antum amat-amat memerlukan petunjuk dan hidayah dari Allah dalam melaksanakan amanah yang berat ini. Antum mungkin akan berdepan dengan krisis, ketidak tentuan, keadaan-keadaan cemas yang tidak dijangka. Semua ini memerlukan antum dipandu oleh Allah bagi menyempurnakan amanah yang dipikulkan ke atas pundak antum. Allah SWT berfirman 'Demikianlah kami ceritakan kepada kamu kesah dengan hak, mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman, lalu kami tambahkan petunjuk' (al-Kahfi). Lantaran itu perbanyakkan munajat kerana munajat adalah prasyarat kepada pertolongan Allah. "Iyya kana'budu wa iyya kanas tain" (KepadaMulah kami menyembah dan kepadaMu lah kami meminta pertolongan - al-Fatihah).

3. Kita semua dipesan supaya jauhilah sebarang bentuk maksiat yang bolih menjejaskan amal-amal antum. Antum hendaklah sentisa ingat antum berada di bumi ribat (bumi peperangan). Maksiat yang dilakukan oleh kita akan menyebabkan kita dikalahkan dalam peperangan ini. Hendaklah antum insaf bahawa antum sedang memberi bekal kepada para mujahid. Sabda Nabi amat jelas 'barangsiapa yang memberi bekal kepada para perajurit, maka dia juga perajurit' Janganlah kerana maksiat yang antum lakukan akan meletakkan para mujahid yang sedang berada di dalam ribat (kubu-kubu) mereka berada dalam keadaan bahaya dan ditimpa kesusuhan oleh musuh-musuh mereka dan musuh-musuh kita. Rasulullah SAW bersabda tentang Baitul maqdis "Sentiasalah umatku memerangi musuh-musuh mereka dari golongan kafirin, sehingga mereka, isteri mereka, anak-anak mereka, pembantu-pembantu mereka sentiasa berada di dalam ribat'. Hendaklah antum semua berkelakuan seperti orang-orang yang berada di dalam 'ribat'. Di mana mereka dan kita akan sama-sama mempertahankan itu tersebut sampai kiamat.

4. Untuk anggota wanita yang menyertai antum, pengerusi mempunyai pesan yang khusus. Untuk mereka pengerusi mengutip satu hadis Nabi SAW kepada Asma Bite Yazid RA. Asma Bte Yazid dilantik oleh wanita Madinah untuk menjadi jurucakap bagi pihak mereka. Asma datang menemui Nabi SAW yang ketika itu bersama para sahabat RA. Asma lalu membuka bicara bagi pihak wanita Madinah. "Wahai Rasulullah SAW kami wanita beriman kepadamu sebagai para lelaki beriman kepada mu. Kami menjaga harta suami-suami kami, memuaskan nafsu mereka dan mengandungkan anak-anak mereka. Sedang mereka menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, megerjakan haji setelah mereka kembali dari menunaikannya (mengerjakan haji setiap tahun) dan yang lebih besar dari itu mereka berjihad pada jalan Allah. Maka apakah bahagian untuk kami, ya Rasulullah SAW'
Nabi menoleh kepada para sahabat dan bertanya 'apakah engkau pernah mendengar aduan seorang wanita yang begitu kemas dalam tutur bicaranya menyuarakan hak mereka? di jawab oleh sahabat, belum pernah ya Rasulullah SAW'. Maka Nabi memandang kepada Asma dan berkata 'apa yang dilakukan oleh suami-suami anda, pahalanya akan dapat kepada anda tanpa dikurangi sedikitpun.' Pulanglah Asma membawa berita gembira ini kepada wanita di Madinah. Bahawa mereka bolih tetap tinggal di rumah menjaga amanah suami mereka dan tetap mendapat pahala sebagaimana pahala para suami mereka.
Asma kemudiannya diriwayatkan terlibat sama dalam peperangan Yarmouk pada tahun 636M (setahun sebelum jatuhnya Baitul Maqdis) bukan sebagai perawat tetapi sebagai combatant (pahlawan tempur) dan beliau berjaya membunuh 9 orang askar Rum.
Messagenya di sini wanita bolih sahaja kekal di rumah menjaga harta dan amanah suaminya tetapi ada di kalangan mereka seperti Asma yang memilih untuk berada di barisan depan. samasekali ini tidaklah mencabar kedudukan dan kemuliaan seorang wanita kerana Nabi pernah berkata kepada Ummu Amarah ketika wanita hebat ini melibaskan pedangnya ke kiri dan ke kanan mempertahan Nabi dari tetakan musuh di medan Uhud. Ketika pahlawan lain sudah gugur dan cedera Ummu Amarah tetap menerkam bagai singa yang tangkas, ketika itu Nabi bersabda 'Wahai Ummu Amarah, selepas ini lakukanlah apa yang hendak engkau lakukan (untuk Islam). Tradisi jihad bukanlah asing bagi para wanita muslimah. Ummu Haram adalah seorang wanita yang meminta agar beliau turut serta dalam peperangan pertama di laut iaitu ekspediri bahr (laut) ke pulau Crete, dan Nabi sudi untuk mendoakan beliau agar berada bersama di atas kapal dalam jihad di laut.    

Antuma yang memilih untuk bersama dalam misi ini, maka tabik hormat kami kepada antum dan kepada suami dan keluarga antuma. Semuga antuma menjadi contoh-contoh serikandi yang tetap menyinari jalan jihad menuju pembebasan al-Aqsa. 

Kepada para isteri dan keluarga yang ditinggalkan, pahala yang antum akan dapat dari keterlibatan suami, ayah dan anak dalam misi yang besar ini akan dikongsi oleh isteri, ibu-bapa dan anak yang ditinggalkan tanpa dikurangi sedikitpun. Allahu Akbar, Maha Besar Engkau, Tiada pujian selain dari pujian kepadaMu ya Allah.

5. Antum akan bergerak pada 20 Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan jihad, bulan perjuangan. Selain dari Peperangan Badar yang mahsyur itu, bulan ramadhan juga mencatat pelbagai peristiwa penting yang lain. Pada 20 Ramadhanlah rasulullah SAw dan para sahabat memasuki Mekah dalam peristiwa Fathul Makkah. Anggaplah misi antum ini adalah salah-satu dari usaha yang sedang berjalan di seluruh dunia ke arah fath (pembukaan) Baitul Maqdis. pada 28 ramadhan Tariq bin Ziad menyeberang masuk ke Andalus melalui Gibraltar (jabal Tareq) dan menyinari bumi eropah dengan cahaya iman. Andalus disinari cahaya Islam selama 800 tahun dan kini setelah 500 tahun lebih 'bumi itu kembali hijau setelah kemarau yang panjang' (maksud andalus). anggaplah misi antum  sebagai membebaskan Baitul Maqdis sebagai 'rumput yang kembali hijau setelah kemarau yang panjang' (penjajahan yang panjang). Dalam jihad ada bekal, sebagaimana yang ditulis oleh al-Marhum Syeikh Mustafa Mashyur dalam tulisan beliau 'Bekalan di sepanjang jalan dakwah'. Pastinya antum pulang dengan penghayatan takbir eidul Fitri yang jauh lebih bermakna - laungan takbeer yang berkumandang di medan jihad!

7. Pengerusi mengingatkan kembali peringatan yang disampaikan oleh ketua misi, Dr Zin - penuhilah amanah antum kepada keluarga yang ditinggalkan. Berwasiatlah kepada mereka akan perkara-perkara yang akan memudahkan urusan mereka sepeninggalan kalian (samada sementara atau selamanya) dan sebaik-baik wasiat ialah wasiat iman. Penuhilah hak saudara-saudara antum samada yang menyangkut soal hutang-piutang dan yang lainnya. Mohon restulah pada ibu-bapa kalian kerana merekalah yang telah menjadikan kalian seperti hari ini. 

8. Akhirnya Pengerusi memohon maaf kepada antum semua (juga bagi pihak BOT dan staf ibu pejabat) atas apa jua kesalahan, kecuaian dan kelemahan kami. Antum adalah sebahagian kami dan kami adalah sebahagian antum. Pada hakikatnya kami turut bersama antum dalam safar ke bumi Ghazzah tetapi Allah mengurniakan antum kelebihan-kelebihan sehingga antum mendahului kami di dalam amal. Sebahagian kami hanya mampu berada di medan kata-kata, sedang antum berada di medan amal dan di medan jihad. Mudah-mudahan kelebihan yang dikurniakan Allah kepada antum terpercik juga kepada kami yang tinggal menguruskan kubu-kubu pinggiran untuk meyokong antum yang akan memasuki kubu (ribat) yang sebenar.

Sirru ala Barakatillah.

Allahu Akbar walillahil hamd.

Prof Madya Dr hafidzi Mohd Noor
Pengerusi 
Aqsa Syarif Bhd 



[1 OGOS 2011 / 1 RAMADHAN 1432]: PERUTUSAN KHAS RAMADHAN AQSA SYARIF
Assalamualaikum wrt bth.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah menunjukkan jalan kebenaran dan cahaya Islam.
Aqsa Syarif mengucapkan tahniah kepada seluruh umat Islam kerana kita sedang bertamu di bulan Ramadhan yang agung. Bulan yang menjanjikan pelbagai ganjaran dan keistimewaan. Bulan di mana berlaku pelbagai peristiwa besar. Bulan yang menyatukan umat Islam ini tanpa mengira batas sempadan geografi, budaya dan bahasa. Bahkan Ramadhan menyatukan umat Islam untuk bersama melaksanakan syariat Allah iaitu menunaikan ibadah puasa dan berlumba-lumba untuk mencapai darjat taqwa yang disediakan bagi orang-orang yang ikhlas dan mengharapkan keampunan Allah semata-mata.
Sebagaimana Ramadhan menyatukan umat Islam, maka begitu jugalah Tanah Suci Baitul Maqdis adalah simbol penyatuan umat Islam diseantero dunia. Meskipun umat Islam berkumpul di Tanah Haram di Mekah untuk menunaikan haji saban tahun, namun tanah suci Baitul Maqdis yang berdiri padanya Masjid al-Aqsa membentuk ikatan yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Jika umat Islam disatukan di Mekah kerana manasik haji. Umat Islam di satukan oleh Masjid al-Aqsa oleh jihad untuk membebaskannya dari belenggu penjajahan. Masjid al-Aqsa menyatukan umat Islam pada minda dan perasaan meskipun mereka tidak pernah berkumpul secara fizikal sebagai mereka bolih sahaja melakukannya di musim haji di Mekah atau pada bila-bila masa sepanjang tahun ketika menunaikan umrah.
Begitulah umat Islam di seluruh dunia dirangkul oleh ikatan ‘syuur’ (perasaan) mendalam yang diterjemahkan dalam bentuk cinta dan rindu kepada kekaseh yang hanya bolih digapai dari jauh. Sedang hati orang-orang yang beriman terpaut hatinya pada masjid al-Aqsa dengan satu tekad dan iltizam untuk membebaskannya. Demikianlah setiap muslim memegang kemas akan pesan Rasulullah SAW kepada para sahabat “Ziarah dan solatlah di sana”. Halangan untuk berziarah dan solat di sana tidak pernah melunturkan cinta kepada al-Aqsa bahkan ia menggerakkan umat ini serentak untuk melaksanakan pesan yang berikutnya dari Rasulullah SAW “jika kamu terhalang, kirimkan minyak untuk lampu-lampunya”.
Didorong oleh rasa ‘hubb’ (cinta abadi terhadap Masjid al-aqsa) Aqsa Syarif telah mengerah segala kekuatan dan sokongan yang ada untuk menggerakkan misi bantuan ke Gaza untuk sekian kalinya. Aqsa Syarif bersempena dengan bulan Ramadhan ini akan mengirim sebuah misi besar yang akan dipikul oleh 12 orang pejuang-pejuang Aqsa Syarif. Dengan izin dan perancangan dari Allah SWT mereka insyaAllah akan memasuki Gaza yang berkah itu pada 20 Ogos (bertepatan 20 Ramadhan) dan akan berada di sana selama 8 hari. Mereka akan bersama-sama rakyat palestin pada sepertiga yang terakhir dari bulan Ramadhan, sepuluh malam terakhir yang terkandung padanya malam Lailatul Qadar.
Misi yang dinamakan misi Aqsa2Gaza2 ini adalah siri kedua misi memasuki Gaza yang melibatkan pejuang-pejuang Aqsa Syarif. Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar yang merupakan ketua misi VP5 @ Aqsa2Gaza yang berjaya memasuki Gaza pada bulan Oktober 2010, kini memikul kembali amanah yang berat ini untuk memasuki Gaza dalam misi yang diterajui sepenuhnya oleh Aqsa Syarif. Misi kami sekali ini juga istimewa kerana turut disertai oleh tiga orang anggota misi wanita. Mereka membawa amanah yang cukup besar di bawah inisiatif Rose2Rose (R2R) di mana wanita Palestin akan dihubungkan dengan wanita Malaysia bagi membantu menyediakan pusat-pusat komuniti untuk memperkasa wanita Palestin. Misi kali ini juga akan menziarahi Kelaurga miskin yang ditaja oleh Aqsa Syarif melalui kerjasama dengan Wafrah. Di samping itu misi ini akan membawa 1000 buah beg sekolah yang lengkap dengan buku-buku dan alat-alat tulis yang akan diagih-agihkan kepada kanak-kanak sekolah di Palestin.
Sebesar harapan Aqsa Syarif untuk membantu rakyat Palestin dalam kerangka menghayati pesan Rasulullah SAW ‘Kirimkan minyak untuk lampu-lampu masjid’ begitu jugalah besarnya harapan kepada sokongan umat Islam. Aqsa Syarif berdoa dengan baroqah bulan Ramadhan yang mana infaq (mengeluarkan harta untuk tujuan fisabilillah) adalah satu amalan utama di samping amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat, untuk membawa tidak kurang dari RM1 juta untuk melaksanakan semua projek-projek yang digariskan di atas.
Sempena bulan Ramadhan al-mubarak ini, Aqsa Syarif akan bersama-sama umat Islam mencontohi Rasulullah SAW dalam hal ketangkasan bersedeqah.   Ibnu Abbas RA, berkata:
Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadan, lalu tadarus al-Quran (dengan Nabi SAW). Sungguh Rasulullah ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin. (Hadis Bukhari dan Muslim).
Marilah kita semua mengambil peluang ini untuk bersedeqah di bulan Ramadhan untuk membela dan mempertahankan tanah suci dan Masjid al-Aqsa. Cuma ada satu jalan sahaja buat masa ini untuk kita berperanan dengan berkesan untuk memikul tanggungjawab mempertahankan Masjid al-Aqsa iaitu dengan kita membantu saudara-saudara kita di Palestin untuk melakukan tanggungjawab ini bagi pihak seluruh umat Islam. Oleh kerana mempertahankan Masjid al-Aqsa ini adalah kewajipan yang akan ditanyakan oleh Allah ke atas setiap muslim, maka membantu umat Islam Paletsin tidak syak lagi menjadi kewajipan setiap kita yang bergelar muslim. Ayuh bersegeralah infaq untuk Palestin dan rebutlah pahala yang disediakan oleh Allah SWT. Ingatlah akan pesan Nabi SAW.
Sabda Rasulullah yang bermaksud, Jagalah kalian dari neraka, meskipun hanya dengan separuh kurma. (Hadis Bukhari).
Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi Aqsa Syarif
1 Ramadhan 1432H/1 Ogos 2011



Persiapan Untuk Anggota Konvoi A2G2

Perjalanan konvoi kemanusiaan ke Gaza sebenarnya adalah suatu perjalanan mujahadah, perjalanan ibadah, perjalanan mahabbah, perjalanan pengorbanan dan perjalanan mencari redho Allah SWT.

Berikut adalah nasihat yang dinukilkan oleh Tn Hj Norazmi Talib, salah seorang sukarelawan konvoi kemanusiaan A2G-VP5 tahun 2010. Beliau ditugaskan sebagai JK Tugas-tugas Khas di dalam JK Perancangan Konvoi Kemanusiaan A2G2.

Sahabat-sahabat,
Ana nak mulakan perkara yang tersirat dalam perjalanan antum semua nanti. Moga-moga ianya boleh membantu antum dalam perjalanan ini.Tersirat 1 : Banyakkan membaca Al-Quran sebelum dan semasa dalam perjalanan ini.

1. Quran itu satu mukjizat, ia akan banyak membantu antum terutamanya dalam menghadapi pelbagai kesulitan dan rintangan. Ingat, mukjizat Nabi Musa, digunakan semasa memerlukan pertolongan. AlQuran ini adalah mukjizat Nabi Muhammad saw dan ia ada dalam tangan antum sekarang hingga kiamat. Oleh itu gunakanlah ia sebaik2nya.
2. Ia akan melembutkan hati utk mudah mengharap pada Allah dan memohon pertolonganNya. Lakukan doa ini setiap kali sebelum mula membaca Quran.
3. Kalau pun tak boleh baca dgn baik, cuba usahakan juga. Berdoa sebelum baca, mohon dimudahkan dan Insyallah akan dipermudahkan oleh Allah. Cuba sedaya upaya kerana bagi yg membaca merangkak, Allah akan kurniakan double pahala dari yg membaca lancar. You will be suprise betapa cepatnya antum akan dapat menguasai AlQuran dlm masa yg singkat. Yang penting hati benar2 ikhlas.
4. Pastikan antum mula baca dari sekarang dan jangan tunggu Ramadhan (bagi yg belum konsistent membaca). Bila Ramadhan nanti, kalau boleh khatamkan sekali sebelum kesana dan disana, khatam sekali lagi (kalau sempat). 
5. Laluan utk masuk mungkin akan menemui kesukaran dan banyak menunggu. Oleh itu pastikan Quran sentiasa ada disamping antum. Jangan biarkan masa terbuang dengan borak kosong dan tidak buat apa2. Kalau dah lancar, tak sampai 10 minit boleh habis satu muka surat.
6. Amalkan sentiasa ada wudu'. Ini bagi mendapatkan lebih keberkatan semasa membaca AlQuran. Utk lebih mudah, boleh gunakan kaedah menyapu khaus.
7. Perlu diingat, anak2 di Gaza dapat menghafal Quran dlm masa 4 bulan. Ini bukan soal bahasa Arab. Ana pernah tanya org Arab lain, mereka juga sama macam kita, menghafal antara 2-6 tahun, atau lebih. Ini soal keberkatan bumi Palestin. Keberkatan ini akan terserlah semasa antum berada disana.
8. Oleh itu, bagi yg kurang lancar membaca, usahakan semasa disana. Buat halaqah dan semak bacaan masing2. Tanya bab tajwid dari mereka yg mahir. Perbetulkan sebutan (makhraj) huruf. Insyallah bila disana, perkara2 ini akan menjadi mudah. Tambahan pula, bulan Ramadhan. Keberkatan akan berlipat kali ganda. Yakinlah pertolongan dan bantuan Allah.
9. Paling penting... perbetulkan Al Fatihah masing2. Saling semak dgn yg lain. Ini kerana kebanyakkan kita membaca fatihah dengan hafalan masih kecil (termasuk surah lazim). Mungkin ada kesalahan yg kita tidak perasan. Semasa ana di Syria, ada ikhwah Arab yg semak fatihah ana. Dia suruh ana baca utk dia dengar.

Cukup setakat ini dulu. Nanti ana sambung lagi dlm Tersirat 2.

Wassalam.
(Norazmi Talib)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...