Sudah lebih 63 tahun mereka berhadapan dengan Yahudi Zionis yang sewenang-wenang bermaharajalela. Gerakkan penentangan Intifadah 1987 yang digerakkan secara konsisten oleh para pejuang Palestin, dari semua golongan umur, laki-laki dan wanita telah menyebabkan rejim zionis terasa terancam. Mereka melipatgandakan tekanan dan serangan sehingga puluhan ribu rakyat Palestin terkorban dan dicederakan. Lebih 6000 pula ditangkap dan dipenjarakan, hanya kerana semata-mata mereka mempertahankan tanah air mereka yang sah.
Walaupun mereka mendapat sokongan dan bantuan dari luar atau tidak, mereka akan terus berjuang, walaupun hanya dengan bersenjatakan ketulan-ketulan batu, bagi mengusir tentera=tentera yang sentiasa datang menceroboh tanah-tanah Paalestin bagi tujuan membesarkan penjajahan.
Mr Najjar membentangkan ceramah dengan tayangan slides yang dipilih dari simpanan beliau sendiri. Di anaranya ialah slides gambar Prof Dr Hatta Shahrom bersama rombongan MERCY Malaysia yang berkunjung ke Gaza ketika serangan 2008/2009 yang mana telah membawa bantuan perubatan ketika itu. Beberapa contoh projek yang dilaksanakan oleh Aqsa Syarif di Gaza seperti Bantuan Micro Credit (lihat di SINI), Bantuan Makanan, Persekolahan dan lain-lain juga ditayangkan. Itu adalah salah satu bentuk bantuan yang sangat dihargai penduduk Gaza. Bantuan-bantuan tersebut perlu diteruskan dan menggesa agar lebih banyak lagi projek dihulurkan bagi memastikan rakyat Palestin dapat hidup seperti manusia biasa dan mereka mampu menyediakan para pejuang-pejuang yang berwibawa.
Kepimpinan rejim zionis sememang bimbangkan akan kekuatan penduduk Palestin yang kini dipimpin oleh kepimpinan yang jelas prinsip perjuangannya dan tegas pendirian di dalam berhadapan dengan regim zionis yang sombong. Mereka tahu benar bahawa masjid-masjid adalah tempat pendidikan keagamaan yang telah ramai melahirkan para cerdik pandai dan para pejuang, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di dalam sirah pembangunan ummah contoh lebih 1400 tahun yang lalu. Oleh itu di dalam serangan 2008-2009, zionis bukan sahaja memusnahkan sekolah-sekolah amlah masjid-masjid di Gaza. Dalam serangan 'cast lead' tersebut lebih 100 masjid diserang dan rosak dimana 45 masjid ranap sepenuhnya.
Serangan keatas penduduk telah memusnahkan 2,500 rumah pada hari pertama dan meragut 250 nyawa yang mana membunuh 21 nyawa dari sebuah kelaurga.
Tentera zionis juga membunuh 'paramedic' dan mengebom ambulance yang bertugas memberikan bantuan dan mengangkut para mangsa serangan. Satu jenis jenayah kemanusiaan yang bersifat kebinatangan.
Serangan terhadap sekolah-sekolah (termasuk sekolah yang diurus oleh UNWR) telah dihujani dengan bom-bom phosforus yang membakar tubuh !
Sejumlah 113 sekolah telah diserang dan 7 sekolah rosak sepenuhnya. Sehingga kini kemudahan sekolah-sekolah tersebut tidak dapat dikembalikan sedia kala dan pelajar-pelaajar bersekolah dengan serba kedhoifan.
Namun uhaha-usaha tersebut tidak langsung melemahkan rakyat Gaza. Murid-murid terus kesekolah walaupun terpaksa diajar oleh para guru yang gigih di atas rimbunan konkrit di tapak sekolah masing-masing.
Mereka terus melipatgandakan usaha. Keberkatan bumi Ambiya, yang telah mula melahirkan natijah-natijah perluangan sudah mereka rasai dan mereka bersyukur kerana menjadi penduduk bumi Ambiya.
Kejayaan menawan tentera muda Gilad Shalet ketika sekumpulan tentera Zionis mengadakan operasi pada 2006 ditangani dengan begitu profesional dan teliti oleh kepimpinan tentera dan politik Hamas sehingga akhirnya pada November 2011, rejim zionis terpaksa tuntuk dengan tekanan Hamas dan zionis bersetuju (tanpa pilihan) untuk membebaskan 1027 tahanan di penjara-penjara Israel yang tidak mempunyai kesalahan, yang mana 27 dari mereka adalah tahanan wanita.
Oleh itu bantuan dan sumbangan anda yag berada jauh juga adalah penting di dalam perjuangan membebaskan bumi ambiya'. "Jika anda menolong para mujahid, anda juga adalah mujahid" jelas En Ahmad.
Begitulah sebahagian dari sedutan dari ceramah wakil Palestin tersebut yang dikongsikan kepada para hadirin di Masjid Ainuddin Wahid dengan penterjemahnya PM Dr Mohd Zin Kandar. Sebelum bersurai penceramah dan En Anwar Mosa dari Emaar Association di Khanyounis sempat bergambar bersama tuan Imam masjid dan JK Masjid. Kutipan derma tabung palestin kemudiannya diserahkan kepada Wakil Aqsa Syarif Negeri Johor.
No comments:
Post a Comment