Hari Pertama sukarelawan misi A2G2 Aqsa Syarif di Gaza (tiba di Khanyounis sekitar 3.00 petang) dihabiskan dengan menadakan mesyuarat penyelarasan dan penyusunan program untuk beberapa hari di Gaza. Selepas itu sukarelawan dibawa ke pejabat Emaar Association (Khanyounis) untuk perbincangan dan majlis berbuka puasa. Oleh kerana waktu berbuka puasa di Gaza (7.00ptg) bersamaan 12.00 tengan malam di Malaysia (lewat lima jam), para sukarelawan A2G2 begitu kelihatan letih, itu termasuk faktor perjalanan yang begitu jauh telah dilalui. Mereka tidak mempunyai aktiviti khusus pada waktu malam.
Hari Kedua sukarelawan misi A2G2 di Gaza dipenuhi dengan aktiviti lawatan dan serahan bantuan hasil derma rakyat Malaysia yang diperolehi semenjak awal bulan Ramadhan. Berikut adalah aktiviti-aktiviti sepanjang hari ke dua misi A2G2, dipersembahkan dalam bentuk artikel:-
Artikel di dalam Segmen ini:
1. Sekatan Israel Menambah Keperitan Keluarga Miskin Gaza.
2. Projek Sosio-Ekonomi : PINJAMAN MIKRO qardhul-hassan
3. Penyerahan Sumbangan pada Hari Pertama dan Kedua di Gaza
4. Iftar di Masjid di Kem Pelarian di Khanyounis
5. Khanyounis : Emaar Banyak Lakukan Aktiviti
Rehabilitasi Dalam Masyarakat.
6. Lawatan ke Pusat Pembangunan & Pemulihan di Khan Younis
Miskin Gaza
Sekatan makanan dan barang keperluan di Gaza oleh Israel yang tidak berperikemanusiaan semenjak 2006 telah menambahkan lagi keperitan hidup rakyat Gaza. Sekatan bermotif membunuh masyarakat Gaza telah menyebabkan kehilangan peluang pekerjaan dan terberhentinya sumber pendapatan ketua keluarga majoriti masyarakat Gaza.
Misi A2G2 berpeluang meninjau beberapa keluarga miskin di Khanyounis. Keluarga yang ramai dan keadaan rumah yang sempit, bumbung bocor, dinding retak dan sebagainya adalah di antara masalah lazim di Khanyounis Gaza.
Peserta misi A2G2 turut membuat pemeriksaan fizikal kediaman keluarga ini dan bagaimana Aqsa Syarif boleh membantu keluarga ini melalui inisiatif yang akan di usahakan sekembalinya mereka nanti ke Malaysia.
2. Projek Sosio-Ekonomi : PINJAMAN MIKRO qardhul-hassan
RM250,000.00 sumbangan rakyat Malaysia yang disalorkan melalui Aqsa Syarif di Malaysia telah diperuntukkan untuk projek pertama Aqsa Syarif di Khanyounis (selatan semenanjung Gaza).
Projek ini diutarakan pihak Emaar Association di Khanyunis ketika lawatan relawan Aqsa Syarif tahun 2010 bersempena penyertaan peserta Aqsa Syarif di konvoi global jalan darat A2G-Viva Palestina-5.
Projek dijalankan dengan kerjasama Aqsa Syarif dan Emaar Association bagi tujuan memberikan peluang perniagaan kepada penduduk yang baru berhasrat memulakan perniagaan dan yang ingin mengembangkan perniagaan.
Ketua misi A2G2 yang juga Anggota Pemegang Amanah Aqsa Syarif menanda tangani MoA bersama Dr Anwar (Pengerusi Emaar Association) dengan disaksikan oleh ahli-ahli misi dan Jawatankuasa Emaar. Sumbangan tunai berjumlah RM250,000.00 (Sekitar USD87,000.00) terus disalorkan bagi membiayaai projek tersebut.
Anggota misi A2G2 berkesempatan menziarahi calun-calun peniaga yang telah berjaya terpilih setelah permohonan mereka dikemukakan kepada Emaar dan diteliti. Di antara usahawan kecil yang dilawati ialah projek jahitan seorang isteri yang terpaksa menanggung keluarga yang mana suaminya mengalami penyakit tulang belakang dan sukar bergerak.
Projek kedua ialah sebuah kedai membaiki alat-alat elektronik kepunyaan saudara Mahadi.
"Ini adalah dana permulaan dari rakyat Malaysia bagi membantu membangun semula rakyat Gaza. Insya Allah, beberapa bulan lagi, tambahan dana aka salorkan bagi membiayaai lebih ramai peserta skim Qardhul assan ini" jelah Dr Mohd Zin.
Pembiayaan Qardhul-Hassan yang diterima wanita ini akan digunakan untuk membeli mesih jahit yang baru dan lebih efisyen di dalam menghasilkan pakaian yang dijahit.
Peserta Misi A2G2 menziarahi keluarga penerima Mikro-Credit Qardhul-Hassan. Ketua keluarga ini tidak mengalami sakit tulang belakang dan Isterinya menjalankan perusahaan jahitan di rumah sambil memelihara anak-anak.
Penerima pinjaman mikro ini mempunyai 3 orang anak dan tinggal di rumah yang sempit serta keadaan bilik air yang tidak sempurna.
3. Penyerahan Sumbangan pada Hari Pertama dan
Kedua di Gaza
Pada hari pertama dan kedua, Misi A2G2 tertumpu di daerah Khanyounis - daerah yang agak jauh dari pusat bandaraya Gaza dan sering ketinggalan dari segi oembangunan. Rombingan kami diurus oleh Emaar Association dengan aktiviti lawatan pendedahan terhadap aktiviti-aktiviti dan projek-projek bantuan kemanusiaan dan pembangunan sosio-ekonomi dan pendidikan masyarakat. Beberapa aktiviti penyerahan sumbagan daripada rakyat Malaysia untuk dua hari ini ditumpu di sini yang diselaraskan oleh Emaar Association. Berikut beberapa gambar yang sempat dikirim oleh relawan Aqsa Syarif di sana.
Majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Aqsa Syarif dan EMAAR (NGO di Selatan Gaza) untuk projek micro-credit, Qardhul-Hassan. |
Selain serahan secara sami RM250,000.00 untuk projek Micro-Credit Qardhul-Hassan, serahan untuk program Iftar dan Back-to-School juga dijalankan.
Gambar serahan sebahagian set bag-bag sekolah kepada para pelajar sekolah di pejabat Emaar Khanyounis. Peruntukan untuk berbuka puasa di kem-kem pelarian di Khanyounis di adakan di Masjid. Berita penuh sila lihat di bawah.
4. Iftar di Masjid di Kem Pelarian di Khanyounis
Sumbangan rakyat Malaysia yang disalorkan ke Aqsa Syarif samaada melalui wakil-wakil Aqsa Syarif di Masjid-masjid, surau, sekolah, pejabat dan dirumah-rumah secara peribadai dan berkumpulan telah berjaya di bawa ke Gaza dan dibelanjakan untuk jamuan Iftar (berbuka puasa). Majlis di Khanyounis di adakan di sebuah masjid di tengah-tengah kem pelarian yang padat.
Kelihatan para relawan misi A2G2 membahagi-bahagikan juadah yang ringkas (nasi bungkus maklubah) kepada pada penduduk sekitar masjid di perkampungan pelaraian Palestin di Khanyounis. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada rakyat Malaysia yang menyumbang. Tentunya besar dan berlipat ganda ganjaran yang diterima dari Allah swt Insya Allah.
Sebagaimana yang dijangkakan, kelihatan ceria dan berseri wajah anak-anak pelarian Palestin di kem-kem pelarian mendapat sumbangan juadah dari rakyat Malaysia.
Ketua Misi A2G2, Dr Mohd Zin bermesra dengan Dr Yaseer (tengah) iaitu Setiausaha Emaar Association (NGO di Khanyounis) dan pemimpin masyarakat tempatan di majlis Iftar tersebut.
Berbagai pusat dibangunkan oleh NGO-NGO di sini seumpama pusat terapi kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas. banyak kejayaan dicapai, namun banyak lagi bantuan diperlukan.
5. Khanyounis : Emaar Banyak Lakukan Aktiviti
Rehabilitasi Dalam Masyarakat
Rehabilitasi Dalam Masyarakat
Emaar Association dan agensi-agensi tempatan di Khanyounis begitu gigih di dalam usaha-usaha rehabilitasi di dalam Masyarakat. Walaupun hanya sebagai NGO kemanusiaan, pelbagai inisiatif diusahakan untuk membangun masyarakat di Selatan semenanjung Gaza. Sehari suntuk di Khanyounis, anggota misi A2G2 di bawa melawat di beberapa institusi kemasyarakatan.
Berasaskan bantuan dari masyarakat luar, pertubuhan-pertubuhan tersebut berusaha menyelesaikan pelbagai masyarakat dari peringkat kanak-kanak, remaja, wanita dan dewasa. Dari usaha memberikan bantuan untuk persekolahan anak-anak, membantu keluarga miskin, membantu wanita membangunkan aktiviti sosio-ekonomi hingga dari aspek rehabilitasi kanak-kanak istimewa dan kurang pendengaran dan bisu.
Penyerahan di BASMA, pusat rehab kanak2 yg mempuyai masalah pendegaran. Sebahagian mereka merupakan anak2 yatim.
6. Lawatan ke Pusat Pembangunan & Pemulihan Emaar. Khan Younis Oleh: Noorazian Anidin Hari pertama kami sampai di Bandar Khan Younis, yang terletak di Selatan Gaza, berhampiran Rafah disambut mesra oleh Pertubuhan Kebajikan ini yang terdiri dari kaum wanita yang cacat pendengaran & anggota badan akibat kecedaraan sewaktu kecil. Mereka ini amat bersemangat serta berdikari. Kebanyakan dari mereka yang tinggal di sekitar Pusat kemahiran ini terdiri dari kaum wanita tempatan yang berstatus miskin. Pusat ini menyediakan latihan bagi membimbing mereka untuk berdikari. Setelah mereka ini dilatih, mereka mampu melakukan kerja di Pusat ini secara bergaji & meneruskan sumbangan tenaga mereka sebagai pembantu kepada pesakit lain. Kenderaan Motor beroda tiga yang disumbangkan melalui Misi “Mavi Marmara” Flotila 1 pada tahun 2010 amat membantu mereka mempercepatkan pergerakan. Kaum Wanita di Pusat laihan Alamal menyambut kedatangan konvoi A2G2. Satu langkah bagi membantu menyusul bantuan oleh Aqsa Syarif adalah untuk menyalurkan bantuan bagi membeli kenderaan Motor Roda-3 ini bagi membolehkan lebih ramai kaum wanita bergerak aktif dalam membantu pertubuhan ini. Dicadangkan juga Aqsa Syarif menubuhkan salah satu unit sokongan moral bagi mempergiatkan proses latihan rehabilitasi wanita kurang upaya di Pusat Komuniti Wanita di Khan Younis yang bakal dibina kelak. |
No comments:
Post a Comment