Thursday 2 February 2012

Misi B2G Teruskan Sumbangan Perubatan Kepada Kementerian Kesihatan DI Gaza


Pada hari ke 3 (25 jan 2012), delegasi B2G Aqsa Syarif mengadakan lawatan ke Kementerian Kesihatan Gaza sebagai susulan kepada sumbangan ubat-ubatan yang diserahkan oleh delegasi A2G2 Aqsa Syarif (ketua misi Dr Zin Kandar) pada Ramadhan yang lalu.

Kami disambut oleh Dr Medhat Abbas , pemangku Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza. Di dalam ucapan beliau telah menerangkan tentang situasi kesukaran yang dihadapi oleh sektor perubatan/kesihatan di Gaza. Keperluan yang paling kritikal ialah bekalan ubat-ubatan yang kehabisan stok dan kekurangan yang amat kritikal, di samping masalah pengendalian alat-alat kerana ketiadaan alat-alat ganti dan penyenggaraan. Israel juga sudah disahkan menggunakan senjata yang sengaja ditambah dengan bahan kimia dan radio actif yang bolih menyebabkan kanser dan juga kecacatan/kemandulan. Kerana itu kita dapati insiden cancer di kalangan kanak-kanak adalah tinggi. Ini tidak termasuk lain-lain kecacatan kpd janin akibat terdedah kpd bahan radio aktif. Ini memang sengaja dilakukan untuk membunuh generasi akan datang. 

Beliau juga menceritakan pengalaman yang amat memilukan semasa serangan pada tahun 2008/2009 di mana kementerian kesihatan diberi keizinan oleh pihak berkuasa Mesir untuk memindahkan pesakit yang tercedera akibat serangan Israel untuk menerima rawatan di Mesir. Malangnya apabila sampai ke sempadan Rafah bilangan tersebut dikurangkan kepada 300 orang. Selanjutnya bilangan seramai 300 orang ini dikurangkan lagi kepada 70 pesakit sahaja. Berliau tidak dapat membayangkan betapa terseksanya jiwa beliau apabila terpaksa memilih 70 orang dari 1200 yang kesemuanya berada di dalam keadaan yang kritikal. Akhirnya pesakit-pesakit tersebut meninggal dunia di sempadan rafah akibat dari polisi zalim Mesir yang tunduk kepada Israel.

Dalam kunjungan kami di Kementerian Kesihatan kami telah menyerahkan USD15,000 untuk keperluan Hospital Rantissi untuk mengatasi masalah bekalan elektrik yang selalu terputus (akibat embargo dan kepungan Israel). Sumbangan ini adalah dari sebuah syarikat di Malaysia UPS (Uninterrupted Power Supply) bagi memastikan mesin dan peralatan seperti mesin hemodyalisis yang amat bergantung kepada bekalan elektrik yang berterusan tidak terjejas fungsinya. Pihak Aqsa Syarif mengucapkan JZKK kepada pihak UPS dan kepada salah seorang anggota misi A2G2 Aqsa Syarif iaitu Sdr Khalil Khamis (beliau juga adalah Pengurus Aqsa Syarif Hulu Selangor) yang juga merupakan staf UPS. Peraturan Pihak Berkuasa Palestin di Gaza menetapkan semua bantuan (samada wang atau ubat-ubatan) perlu diserahkan kepada Kementerian Kesihatan yang akan mengeluarkan peruntukan tersebut kepada pihak beneficiary (dalam kes ini untuk Hospital Rantissi)

Maklumat berkaitan sila klik di SINI


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...