Monday 13 February 2012

Wakil Palestin dari Gaza di Pelancaran Festival Filem Palestin di KL


Di anjurkan oleh Viva Palestina Malaysia (VPM), turut dihadiri oleh Pengerusi Viva Palestina UK, George Galloway dan dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Muhammad, Festival Filem Palestin Kuala Lumpur (KLPFF) telah berjaya dianjurkan dan berjaya menarik ramai pengunjung dan penonton. 


Di adakan pada 4 - 6 Feb 2012, ia bertujuan untuk memberikan kesedaran dan mengumpul dana untuk beberapa projek bantuan oleh VPM di Gaza. 

Wakil kerajaan Hamas turut hadir di hari pelancaran yang di adakan di Pawagam Golden Screen Pavilion Bukit Bintang Kuala Lumpur. Mereka adalah Dr Muhammad Shihab (Ahli Parlimen Gaza dan juga pengasas Islamic Society of Jabalia - ISJ). Turut besama beliau ialah Dr Mahmoud al-Hirtani dan Prof Dr Fayek al-Nouk, kedua-duanya ialah pensyarah di Universiti Al-Quds di Gaza.


Wakil-wakil Palestin berpeluang menonton bersama vvip filem Tears of Gaza dan kemudian beramah mesra dengan para tetamu lain. Dr Mohd Zin Kandar (Ahli Pemegang Amanah) dan Ar Syed Mohd Radhi Syed Sakaf (Pengurus Aqsa Syarif Gombak) adalah diantara yang turut hadir. Turut sama hadir ialah wakil Palestinian Curturl Centre Malaysia (PCOM).


Beberapa capaian berakitan Festival Filem VPM di senaraikan berikut;


a. Interview di TV2 RTM,
b. Bernama TV,
c. George Galloway di NTV7,
d. George Galloway di Astro Aqani,
e. Di TV 1 RTM.























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...