Wednesday 15 February 2012

Ahli Parlimen Palestin & Pengurus Besar AQSA berceramah di Masjid Hj Mat Saman



Ahad 12 Februari 2012, Kajang, Pengurus Besar Aqsa Syarif, Encik Muhamad Munawer Ismail telah menyampaikan perkongsian Aqsa To Gaza 2 (A2G2) di Masjid Haji Mat Saman, Sungai Ramal Luar, Kajang selepas solat Maghrib. 
Ceramah yang didahului dengan pengenalan mengenai Aqsa Syarif itu disusuli dengan ceramah berkenaan perjuangan Palestin oleh tetamu Aqsa Syarif, Dr Muhammad Shehab yang merupakan pengasas Islamic Society of Jabalia (ISJ) dan Ahli Parlimen (MP) Palestin. Mengiringi beliau ialah Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif. Penyampaian beliau malam itu diterjemahkan oleh Ustaz Kamaruzzaman Abdul Rahim, Pegawai Perhubungan Aqsa Syarif. 
Selain perkongsian dan ceramah, meja jualan dan pameran oleh Sekretariat Aqsa Syarif Daerah Kajang turut dibuka. Pelbagai info berkenaan Palestin dan jualan produk Aqsa Syarif mendapat perhatian para jemaah. Jumlah kutipan sumbangan Palestin malam itu berjumlah RM1865.70 berserta 100 Dolar Singapura. 
Aqsa Syarif mengucapkan sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada Masjid Haji Mat Saman, Sungai Ramal Luar terutamanya kepada Imam 1 masjid, Dr Hj Ahmad Zainuddin atas kejayaan dan jemputan dalam menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...