Monday, 13 February 2012

Wakil Palestin Mengadakan Kunjungan Ke Pejabat Presidan IKRAM

Bersempena lawatan ke Malaysia, Syeikh Dr Muhamad Shehab (Ahli Parlimen Palestin) telah mengambil peluang membuat kunjungan ke Pejabat Pertubuhan IKRAM dan menemui Presiden IKRAM iaitu Dr Sheikh Ahmad Farid bin Sheikh Ahmad.

Pertemuan singkat tetapi penuh bermakna yang berlansung selama lebih kurang satu jam pada hari Isnin 6 Februari 2012 membincangkan isu-isu kerjasama yang dilakukan oleh Aqsa Syarif (salah sabuah agensi penting IKRAM Malaysia). 

Dr Shehab menyatakan rasa terima kasih di atas usaha-usaha IKRAM dan Aqsa Syarif yang berterusan menyampaikan pengetahuan tentang isu Palestin dikalangan rakyat Malaysia di dalam mahupun luar negara. Hubungan persaudaraan dan hubungan sebagai NGO yang berasaskan perjuangan Rasulullah adalah rahsia kerjasama erat yang terjalin.

Presiden IKRAM berikrar untuk terus membantu Palestin di melalui pelbagai kempen dan kutipan dana sehingga bumi Palestin dibebaskan dari cengkaman dan keganasan Israel.

Turut hadir ialah Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Nor dan Ahli BoT, Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar.
Rombongan dari Gaza juga sempat singgah di dewan di Pejabat IKRAM di mana ketua-ketua wanita IKRAM seluruh negara sedang berbengkel. Dr Muhammad Shehab diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata dan salam dari wanita-wanita di Gaza kepada wanita-wanita di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...