Monday 13 February 2012

Wakil Palestin & George Gallowey Hadir Sesi Brainstorming



Bersempena dengan kehadiran kedua-dua tokoh di Malaysia, iaitu Mr George Gallowey (Viva Palestina UK) dan Sheikh Dr Muhammad Shehab (Ahli Parlimen Gaza, Palestin), Viva Palestina Malaysia (VPM) telah mengadakan sesi brainstorming di Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini. Sesi brainstorming di adakan setelah majlis makan tengah hari VPM yang di adakan di Subang Jaya. Selain AJK dan aktivis VPM, Dr Mohd Zin Kandar dari Aqsa Syarif turut hadir di sesi yang dikendalikan oleh Prengerusi VPM, Dato' Dr Musa Nordin.
Pelbagai isu terkini gerakkan sokongan terhadap Palestin diketengahkan dan dibincangkan selain ulasan mengenai pencapaian VPM dan usaha-usaha gerak kerja di Malaysia. Di antara yang penting ialah;
a. Kempen berterusan boikot barangan yang menyokong Israel,
b. Penubuhan Viva Palestina Indonesia - yang baru sahaja di hadiri oleh George Gallowey,
c. Projek Global March to Jedusalem.
d. Projek Konvoi Viva Arabia (Konvoi Viva Palestina ke 6).

Di dalam ucapannya, George Gallowey memuji pencapaian VPM dengan mengistilahkan sebagai RolRoyce. Terkini, VPM telah berjaya dengan cemerlangnya mengadakan program Kuala Lumpur Filam Festival on Palestine (KLFFP). 



Di hujung sesi brainstorming, Dato' Dr Musa membentangkan keseluruhan pelbagai pencapaian VPM di dalam kempen dan aktiviti dalam bentuk multi media presentation (Lihat SINI). Penyerahan bahan-bahan bercetak dan salinan 'soft copy' mengenai VPM kepada kedua-dua tetamu khas juga dibuat oleh pihak VPM dan disudahi dengan bertuakr-tukar pemberian cenderamata.

Beberapa liputan dapat di lihat di sini;
George Galloway di TV3,
KLPFF di TV 1,
KLPFF di NTV7,
KLPFF di Astro Awani & Lintas Langsung dengan Dr Hafidzi di Gaza.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...