Thursday 2 February 2012

Kepungan Terhadap Gaza Menyebabkan Banjir

"Inna lillah... tadi baru dapat sms seorang wakil Islamic Society of Beit Lahiya, Gaza mengatakan bahawa rumah sebuah keluarga yang terdiri daripada 12 ahli telah ditenggelami air hujan. Kini mereka tinggal sehelai sepinggang... dengan cuaca yang sejuk... Sama-sama doakan kesejahteraan mereka.. moga-moga diberi kemudahan daripada Allah, dengan penyaluran bantuan segera...."

"Semasa kami di Gaza, kami juga sempat melawat rumah lain, sebuah rumah keluarga miskin, yang selalu ditenggelami air, dek tiada longkang mahupun sistem saliran. Ketika itu, cuaca sangat sejuk, dan kami tak dapat bayangkan bagaimana anak-anak mereka tu dapat bertahan, sedangkan kami sendiri kesejukan.... Saudara-saudara kita di Palestin masih cekal di tanah air mereka, bumi Isra' , bumi berkat...."


Begitulah sedikit sedutan dari pengalaman Ust Kamaruzaman yang turut di dalam misi kemanusiaan Aqsa Syarif (Misi B2G). Sememangnya itulah di antara kesan-kesan yang terpaksa dihadapi oleh penduduk Gaza disebabkan Kepungan (Blockade) yang dilakukan oleh Zionis Israel terhadap semenanjung Gaza. Kepungan yang menafikan sebarang bahan-bahan pembinaan dibawa masuk atau di import ke Gaza. Begitu juga sumber bahan api yang sangat terhad telah menyebabkan Gaza tidak dapat menghasilkan bahan-bahan keperluan mereka sendiri.

Kesannya ialah banyak infrastruktur asas seperti longkang, saliran, jalan dan pembentungan yang tidak dapat dibaiki selepas serangan Israel 2008 & 2009.

Oleh itu usaha-usaha untuk memecahkan kepungan perlu terus diusahakan oleh masyarakat antarabangsa selain menghulurkan bantuan-bantuan asas dari semasa ke semasa melalui misi-misi kemanusiaan yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...