Monday 6 February 2012

Aqsa Syarif Bantu Jayakan Kayuhan Amal Palestin UTM

Ahad 4 Feb 2011, Kolej Perdana UTM Skudai bersama beberapa agensi kerajaan, badan-korporat dan khususnya Aqsa Syarif mengembling tenaga menganjurkan suatu projek Kayuhan Trans 1 Malaysia yang mempunyai beberapa objektif murni. Di antara lain ialah mengumpulkan dana untuk mambentu rakyat Palestin.

Aqsa Syarif telah menyumbangkan beberapa kelengkapan untuk menjayakan projek tersebut termasuk menyumbangkan kemeja T, mafla Palestin, fliers, tabung-tabung kutipan Palestin dan lain-lain lagi termasuk penceramah di beberapa check-point yang dikenalpasti di sepanjang kayuhan dari Johor Bahru merentasi beberapa bandar, kampung dan pekan.

Para pelajar UTM yang menjayakan projek dan program ini kelihatan begitu teruja dengan semangat untuk membawa misi UTM sebagai kampus hijau yang melaksanakan budaya berbasikal di kampus tersebut.

Selain itu juga semangat keprihatinan yang tinggi yang lahir dikalangan mahasiswa/i mengenai kesusahan rakyat Palestin yang ditindas semenjak 1948 dan serangan dahsyat oleh rejim Israel pada 2008/2009 telah mendorong mereka menjadikan projek kayuhan trans-1 Malaysia sebagai wahana mengumpulkan dana untuk membantu Palestin. Tahniah...! putra/putri Kolej Perdana...! Anda Cool..!

Di dalam majlis pelepasan para peserta, Pengerusi Aqsa Syarif Negeri, Prof Madya Dr Abdull Rahim telah diberi penghormatan untuk berucap dan mengalungkan mafla serta menyematkan button batch Aqsa Syarif.

Maklumat lanjut sila layari, 

Gambar-gambar Pelepasan dari UTM Skudai;
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.383667031650754.112482.100000223811259&type=1





Penganjur, Penaja & Kerjasama;

Laluan & Checkpoint;

Lain-lain;



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...