Wednesday 8 February 2012

Kayuhan Amal Palestin Trans 1 Malaysia UTM Dilepaskan di UKM oleh Ahli Parlimen Palestin





Rabu 8 Feb 2012, Kayuhan Amal Palestin anjuran Kolej Perdana UTM Skudai telah memasuki hari ke-4 dimana para peserta anak-anak muda yang sejumlah 100 orang telah meneruskan perjalanan pagi ini dari kampus UKM Bangi.

Semalam mereka berlepas dari Melaka dan mengikut laporan akhbar Utusan Malaysia, TNC Hal Ehwal Pelajar UTM telah mengumumkan bahawa kutipan untuk Palestin yang menggunakan tabung-tabung Aqsa Syarif sehingga kelemarin berjumlah RM5,000.00

Pagi ini pelepasan para pengayuh telah di adakan secara rasmi di perkaeangan dewan besar UKM dengan dihadiri Penegrua Koleh Perdana, Prof. madya Dr Ahmad Khalid, Ketua Belia 4 B Malaysia & Johor, Wakil BoT Aqsa Syarif dan Ahli Parlimen Palestin, Dr Muhammad Shehab yang berada di Malaysia bersempena Fastival Filem Palestin di Kuala Lumpur anjuran Viva Palestina Malaysia (VPM).

Dr Muhammad Shehab dan dua rakan dari Palestin kelihatan teruja bila berada ditengah-tengah pemuda Malaysia yang menyertai kayuhan trans-1 Malaysia dengan basikal masing-masing. Mereka segera meminta izin dan menaiki basikal beberapa ketika mengelilingi dataran di tempat pelepasan.

Di dalam majlis rasmi pelepasan, Dr Muhammad Shehab dijemput memberikan ucapan dan berterima kasih di atas usaha baik yang filakukan kerajaan Malaysia dan rakyat pelbagai lapisan di dalam membantu rakyat Palestin. Beliau mendo'akan agar ganjaran besar diperolehi di atas segara usaha dan semoga Al-Aqsa akan terbebas segera. 

Dr Muhammad Shehab bersama rakan Palestin yang turut bersama iaitu Dr Faek dan Dr Mahmoud Ahairthani (kedua-duanya pensyarah di Universiti Al-Aqsa Gaza) serta VVIP yang hadir turut melepaskan konvoi rombongan kayuhan trans-1 Malaysia dan seterusnya mengikuti konvoi yang menuju utara. 



Sedutan Dari Akhbar Utusan Malaysia.



MELAKA 7 Feb. - Ketika ada pihak tertentu di dalam negara yang seolah-olah cuba menyokong negara Israel, lebih 100 pelajar Kolej Mahasiswa Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula menganjurkan Kayuhan Amal Anak Merdeka 1Malaysia (Trans 1Malaysia) bagi mengumpul dana membantu rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi itu.
Melalui program itu, semua peserta terbabit berbasikal sejauh 1,014 kilometer dari Johor ke Perlis bermula Ahad lalu dan dijangka tamat pada 17 Februari ini.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa UTM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Tajuddin Ninggal berkata, program itu dianjurkan untuk mencari sebanyak mungkin dana bagi disalurkan kepada rakyat Palestin yang terus ditindas rejim Zionis itu.
Menurutnya, program itu menyasarkan pengumpulan dana sebanyak RM20,000 menerusi sumbangan pemimpin dan masyarakat di setiap destinasi yang disinggahi sepanjang kayuhan itu.
"Hari ini merupakan hari ketiga apabila kita sampai di Melaka dan dana yang terkumpul selepas melalui Benut, Batu Pahat dan Muar ialah sebanyak RM5,000.
"Peserta menyambung kembali kayuhan menuju Rumah Kanak-Kanak Rembau, Sekolah Kebangsaan (SK) Abu Bakar Hilir dan persinggahan terakhir di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi keseluruhan melalui 147 kilometer," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada majlis pelepasan Trans 1Malaysia yang disempurnakan Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron di Institut Koreksional, Tanjung Kling di sini hari ini.
Idris turut menyumbangkan RM3,000 kepada dana bagi membantu rakyat Palestin.
Mohd. Tajuddin berkata, program itu adalah kali ketiga diadakan dan ia mendapat kerjasama daripada Kementerian Pengajian Tinggi serta pihak swasta seperti Aqsa Syarif, Gin Huat Trading Berhad dan Malakoff Corporation Berhad.
Kata beliau, peserta yang terlibat terdiri daripada 20 urus setia, 40 pelajar Kolej Mahasiswa Perdana, 20 Belia 4B Johor dan 25 daripada alumni UTM termasuk kakitangan universiti berkenaan.
Sementara itu, Idris melahirkan rasa kagum dengan semangat kental yang dipamerkan oleh pelajar UTM dari Kolej Mahasiswa Perdana melakukan kayuhan basikal semata-mata ingin mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin.
"Semangat ini sewajarnya dipupuk di kalangan pelajar kerana ia dapat memupuk semangat kerjasama menghadapi cabaran lebih getir di masa akan datang," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...