Sunday 26 February 2012

Perjuangan Palestin disampaikan di ceramah MaulidurRasul Surau Al-Firdaus, Batu 4, Kg Sawah Pekan Nenas.



26 Feb 2012 (Ahad), YDP IKRAM Pontian merangkap Ahli Pemegang Amanah (BoT) Aqsa Syarif dijemput memberi ceramah bersempena sambutan MaulidurRasul Surau Al-Firdaus, Batu 4 Kg Sawah Pekan Nenas, Pontian Johor.

Turut hadir ialah TYDP, S/U, P S/U dan Ketua Belia & Remaja IKRAM Pontian. Majlis pada pagi yang cerah dimulai dengan bacaan do'a oleh Imam surau al-Firdaus iaitu Tn Hj Kasnin Abdul Jalal kemudian diikuti oleh bacaan ayat-ayat Qur'an oleh adik Noradlina, ucapan alu-aluan oleh Ketua Kampung Hj Paimin Sapun dan majlis marhaban oleh kesemua yang hadir sebelum ceramah Maulid yang disampaikan oleh YDP IKRAM Pontian iaitu Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar.

Dr Mohd Zin menyampaikan caramah bertajuk "Peribadi Rasulullah S.A.W. dan Perjuangan Di Palestin Hari Ini" dengan terlebih dahulu menghuraikan akan keunggulan pribadi Rasulullah S.A.W. dengan mengenengahkan sifat-sifat Rasulullah yang unggul dan perlu menjadi contoh dan tauladan seluruh umat hari ini. Kehebatan Rasulullah di dalam menjalani hidup sebagai Rasul dan pemimpin masyarakat lebih 1433 tahun yang lalu sangat dikagumi kawan mahupun lawan sehingga sukar untuk menafikan bahawa bagindalah merupakan individu terbaik pernah lahir di muka bumi ini.

Kehebatan Rasulullah boleh dilihat di dalam pelbagai sudut dan peranan yang dipikul oleh Rasulullah S.A.W. Beliau telah begitu cemerlang sekali memainkan peranan sebagai ketua keluarga, guru (pendidik) atau murabbi, sebagai pemimpin masyarakat, sebagai ketua tentera, sebagai imam, sebagai pemimpin politik dan sebagai pemimpin ummah.

Kehadiran Rasulullah telah membawa rahmat seluruh alam sehigga mampu membentangkan Islam sebagai ad-din (cara hidup) yang menyeluruh merangkumi kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara serta antarabangsa. Baginda telah mengajar dan menunjukkan secara praktikal bagaimana beriman dengan sebenar-benar iman iaitu dengan hanya mengambil ALlah S.W.T. sebagai Tuhan yang disembah dan ditaati. Baginda juga telah berjaya mempraktikan hakikat Ibadah, Akhlak & Syariah di dalam kehidupan.

Jadikanlah Rasulullah sebaik-baik ikutan dan contoh kehidupan, niscaya kita akan berjaya di dunia dan akhirat.

Bagi membina sebuah keluarga dan membangunkan anak-anak yang soleh dan solehah, Dr Mohd Zin mengenengahkan 4 perkara penting sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. iaitu;
a. Menjadikan AL-Qur'an dan Hadith sebagai Manhaj (silibus) atau rujukan,
b. Berusahakan menjadikan setiap diri sebagai Murabbi (Pendidik) yang berwibawa di dalam keluarga.
c. Berusaha menjadikan diri sebagai Khudwah Hasanah (Ikutan terbaik) bagi anak-anak.
d. Berusaha mewujudkan Beah Solahah (Suasana yang baik) di dalam rumah.

Di bahagian kedua ceramah, Dr Mohd Zin menerangkan secara ringkas mengenai Aqsa Syarif menjelaskan akan perlunya perjuangan yang ditunjukkan Rasulullah dilihat sebagai suatu kewajipan untuk membantu perjuangan di Palestin di mana hari ini bumi ambiya dan masjidil Aqsa di dalam tawanan zionis Yahudi yang zalim. 

Tayangan pendek berhubung Palestin dan 4 misi Aqsa Syarif ke Palestin dari tahun 2010 sehingga 2012 dipersembahkan. Tayangan menjelaskan misi Mavi Marmara yang disertai dua anggota Aqsa Syarif di dalam kapal Mavi-Marmara yang diserang tentera Israel. Kemudian tayangan menunjukkan misi jalan darat A2G-VP5 dan Misi A2G2. Ulasan ringkas mengenai tayangan dihuraikan.

Umat Islam berkewajipan menghulurkan bantuan bagi memastikan Masjidil Aqsa dibebaskan dan seluruh umat Islam akan berupaya menziarahinya selain dua masjid yang sedia boleh diziarahi iaitu Masjidil Haram dan Masjid-Nabawi.

Dengan bantuan anak-anak, isteri dan Pak Im (Pengerusi JK Belia-Remaja IKRAM Pontian), pamiran, jualan produk dan kutipan dana Palestin dijalankan dipenjuru kemah. Kempen memperkenalkan Ikram-Teen dan Aktiviti Remaja IKRAM turut dijalankan.

Masyarakat setempat yang hadir kelihatan teruja dengan penyertaan Aqsa Syarif dan IKRAM Pontian. Insya ALlah program susulan akan diadakan di surau FIrdaus.

Tuesday 21 February 2012

Nasihat Kepada Ahli Politik Islamis Menegnai Isu Palestine/Israel


Advice to Islamist Politicians on Palestine/Israel

It is perfectly understandable that Islamists recently elected to rule in Tunisia, Morocco and Egypt or those that aspire to rule in other Arab and Muslim countries should focus on domestic problems and the immediate needs of their people. The Palestinian issue and the relations with Israel need not become obstacles to the efforts aimed at rebuilding state institutions that for many years rotted in corruption and despotism. Yet, if asked about Palestine or Israel, Islamists should not contradict what everyone knows to be their fundamental position on the issue. Anwar Ibrahim, a leading Malaysian Islamist, has recently been quoted by the Wall Street Journal as committing to support efforts aimed at securing Israel. This is utterly unworthy of an Islamic leader. http://online.wsj.com/article/SB10001424052970203363504577184631682335306.html


Having seen some of my other fellow Islamist leaders also fall into similar blackmail traps on the issue of Palestine/Israel, I would recommend to them all that when asked about the issue they should adhere to the following themes:

  1. Palestine is an Arab Islamic territory that was invaded by the Western powers who established therein a Zionist state with the aim of serving their colonial ends and resolving Europe's chronic Jewish problem. The Zionist project in Palestine is an aggression that is abhorred by all justice-loving people. 
  2. The problem in Palestine is not caused by a religious conflict between Muslims and Jews. For centuries the two religious communities lived in peace and harmony side by side. The conflict is with the Zionists who occupied Palestine, dispossessed its people and established a state that is hostile to the peoples of the region. 
  3. The Zionist regime is a racist (Apartheid) entity that poses a threat to the entire humanity. We aspire to see a Middle East in which the inhabitants of the region (Muslims, Christians, Jews and followers of other faiths) coexist peacefully and securely under a system of good governance that is based on sanctifying justice and human dignity. 
  4. As a matter of principle we are open to cooperation and communication with all nations including those of the Americas and Europe. However, we do not tolerate being blackmailed by certain parties here and there so as to bestow legitimacy on what is illegitimate in exchange for friendly relations.  
  5. As for the peace treaties concluded by some Arab regimes, such as Egypt and Jordan, with the Zionist state in Palestine, we believe that these treaties are unfair and illegitimate. These treaties were concluded by corrupt and undemocratic regimes against the will of their people. Therefore, we deem it appropriate that these treaties should be put to the referendum in order for the people in each one of these countries to decide what to do with them (amending or revoking them).  
  6. We do not accept the illegal siege imposed on the people of Palestine, both in the West Bank and the Gaza Strip. We shall spare no effort to bring such a siege to an end. 
Dipetik dari;




Terjemahan dalam BM:


1. Palestin adalah sebuah kawasan milik orang Islam Arab yang telah dicerobohi oleh kuasa-kuasa Barat yang kemudiannya telah mewujudkan sebuah negara Zionis di kawasan tersebut. Tujuan pencerobohan itu ialah untuk menjajah serta untuk menyelesaikan masaalah yang berlarutan di Eropah akibat wujudnya komuniti Yahudi dikalangan mereka. Projek Zionis ini adalah ditentang oleh semua orang yang cintakan keamanan.
2. Masaalah di Palestin adalah bukan akibat dari konflik agama antara orang Islam dan orang Yahudi. Ini kerana kedua-dua komuniti tersebut telah hidup bersama dalam suasana aman dan harmoni selama berkurun-kurun sebelum ini. Konflik ini hanya melibatkan puak Zionis yang telah menakluki Palestin, menghalau penduduk asal negara tersebut dan mendirikan sebuah negara yang bencikan komuniti disekeliling mereka di rantau itu.

 3. Rejim Zionis adalah sebuah entiti yang bersikap perkauman (Apartheid) dan merupakan ancaman kepada seluruh umat manusia. Adalah menjadi cita-cita kami untuk melihat Timur Tengah menjadi sebuah rantau di mana penduduknya (orang Islam, Kristian, Yahudi, dan pengikut ugama lain) hidup dalam keadaan aman dan harmoni dan selamat di bawah pemerintahan yang baik yang menghormati prinsip keadilan dan kehormatan manusia (human dignity). 

 4. Adalah menjadi prinsip kami untuk sedia berkerjasama dan berkomunikasi dengan mana-mana negara, termasuk dibenua Amerika dan Eropah. Namun kami tidak mahu menjadi mangsa peras ugut oleh pihak-pihak tertentu supaya kami memberi pengiktirafan kepada apa yang tidak sah dan tidak layak menerima pengiktirafan, semata-mata untuk menjalin hubungan baik dengan pihak-pihak tersebut.

 5. Berkenaan perjanjian-perjanjian damai sebelum ini, yang telah dimeterai oleh beberapa rejim Arab seperti Mesir dan Jordan, dengan negara Zionis Israel yang menakluki Palestin, kami berpendapat bahawa perjanjian-perjanjian tersebut adalah tidak adil dan tidak sah. Perjanjian tersebut adalah melibatkan rejim-rejim yang korup dan tidak demokratik. Perjanjian tersebut adalah bertentangan dengan kehendak rakyat mereka. Oleh itu, kami merasakan bahawa perjanjian tersebut perlu diserahkan kepada rakyat untuk diputuskan melalui pungutan suara ramai (referendum) supaya rakyat di negara-negara tersebut boleh menentukan sama ada akan meneruskan perjanjian tersebut atau memansuhkannya.

6. Kami tidak meredhai sekatan haram yang sedang dilakukan terhadap rakyat Palestin, sama ada di Tebing Barat atau di Semenanjung Gaza. Kami tidak akan berhenti dari berusaha untuk menghapuskan sekatan tersebut.

------------------------------------------
Terjemahan oleh:
Prof. Mohd Nazari Ismail, PhD.,
Faculty of Business and Accounting
University of Malaya
50607 Kuala Lumpur

Sunday 19 February 2012

AQSA SYARIF KELUANG ANJUR PAMERAN


Alhamdulillah Aqsa Syarif Kluang telah berjaya mengadakan satu pameran Gaza di perkarangan Masjid Jamek Al-Mukmin, Kg. Melayu Chamek, Kluang pada 18 Februari 2012. Turut diadakan di majlis tersebut ialah pertandingan mewarna dan kuiz untuk anak-anak. Majlis ceramah Maulidurrasul diadakan pada sebalah petang.

Jazakallahu khairan diucapkan kepada Ustaz Fadhil (ahli baru IKRAM Kluang) yang telah mengendalikan majlis dengan jayanya. 

Disertakan beberapa keping gambar sekitar pameran dan juga Ustaz Fadhil mengendalikan program anak-anak.

Kutipan derma untuk Gaza juga turut dibuat tapi jumlah  belum dikira lagi.

Hashimy
SU IKRAM Kluang

Saturday 18 February 2012

Israel To Demolish Palestinian Solar Energy Program


Israel To Demolish Palestinian Solar Energy Program

- Common Dreams staff
A sustainable energy program in 'Area C' of rural West Bank is being threatened by Israeli authorities. The program, which recently installed solar panels and wind turbines in 16 communities, is providing 1,500 Palestinians with electricity -- who were formerly without reliable energy.(Photo: AFP/Menahem Kahana)
The foreign aid program, thus far successful, has become a new target for Israel as it threatens to demolish the structures that supposedly lie within Israeli 'administration'.
baca lanjut di;


Thursday 16 February 2012

As Syahid Sheikh Ahmed Yassin: Syahidmu Mengugah Jutaan Jiwa


Renungan tajam seorang pejuang abad ini


Memperingati tokoh mangsa kekejaman Israel





Hanya 40 hari selepas kematian Sheikh Ahmed Yassin seorang lagi pemimpin pejuang Hamas, Dr. Abdul Aziz Rantisi (kiri) mengikuti jejak mati syahid dibedil roket rejim Yahudi seperti Sheikh Ahmed Yassin.



Sheikh Ahmed Yassin atau nama sebenarnya Sheikh Ahmed Ismail Hassan Yassin adalah nama yang cukup besar dalam perjuangan jihad di jalan Allah. Terutama mempertahankan Palestin - bumi suci ketiga umat Islam. Beliau umpama pahlawan Islam silam.
Moga nama besar itu menikmati apa yang dijanjikan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang mati; bahkan mereka itu orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (al-Baqarah: 154)
Sheikh Ahmad Yassin syahid pada 22 Mac 2004, tarikh yang tidak akan dilupakan oleh sesiapa juga terutama rakyat Palestin.
Beliau adalah mangsa pembunuhan paling keji apabila ditembak dengan tiga bedilan roket dari helikopter Apache tentera Israel.
Peristiwa berdarah itu berlaku pada subuh hening sejurus Syeikh Ahmed Yassin keluar dari masjid setelah menunaikan solat Subuh.
Tindakan Israel itu memang cukup kejam kerana pemimpin Palestin itu hanya seorang tua yang lumpuh dan lemah. Pergerakannya hanya menggunakan kerusi roda selain mengalami pelbagai lagi keuzuran. Namun, pada Israel beliau dilihat sebagai ancaman kepada rejim zionis itu dan perlu dihapuskan dengan apa cara sekalipun.
Mengenang kembali peristiwa pembunuhan terkutuk itu, pasti ada yang mengalir air mata. Bagaimanapun, siapakah yang lebih mengalirkan air matanya setiap kali nama tokoh pejuang suci Islam ini disebut-sebut?
Sudah tentu mereka yang menyimpan kenangan sama-sama berjuang dengan Sheikh Ahmed Yassin.
Salah seorang daripada mereka ialah Ahli Parlimen yang juga Ahli Majlis Perundangan Palestin (PLC) - bertindak sebagai Pihak Berkuasa Palestin yang mempunyai 132 ahli yang dipilih dari Tebing Barat dan Gaza - Dr. Mohammed Shihab, 55.
Ketika ditemui Mega dalam kunjungannya ke Malaysia, baru-baru ini, Kelihatan wajah yang sayu apabila Mohammed diajukan mengenai hubungan dengan Sheikh Ahmed Yassin - pemimpin yang pengaruhnya sangat kuat terhadap seluruh umat Islam sehingga kini.
Dr. Mohammed adalah antara yang paling awal direkrut dalam satu gerakan jihad pertama, iaitu Hamas yang ditubuhkan oleh Sheikh Ahmed Yassin di Palestin untuk menentang rejim Israel.
"Saya dan allahyarham Sheikh (Ahmed Yassin) sama-sama berjuang. Cuma sudah rezeki dan takdir Allah, almarhum lebih dahulu masuk ke syurga Allah," ujarnya.
Ini membuktikan Mohammed bukan calang-calang tokoh politik. Beliau sungguh bertuah kerana mempunyai kenangan yang hidup dan berjuang bersama-sama Sheikh Ahmed Yassin.
Dr. Mohammed berada di ibu negara sempena Festival Filem Palestin Kuala Lumpur (KLPFF) 2012 selama tiga hari yang berakhir pada 6 Februari lalu.
Festival itu telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Dr. Mohammed yang berasal dari Bandar Gaza, Palestin ditemani dua lagi rakyat Gaza, iaitu Dr. Mahmoud Mohamad Alhirthani dan Dr. Fayik An Naouk yang kedua-duanya merupakan pensyarah di Universiti Al Aqsa, Gaza.
Dr. Mahmoud juga adalah Naib Pengerusi Persatuan Islam Jabalia Palestin bertindak sebagai penterjemah sepanjang mereka berada di Malaysia.
Menurutnya, Allah sahaja yang tahu azabnya tekanan perasaan yang mereka alami dalam hidup bagai di neraka dunia akibat 1,001 perbuatan kejam rejim Israel terhadap rakyat Palestin.
"Tetapi semua tekanan dan air mata yang berlinang dengan sendirinya akan terhapus apabila kita berada dekat dengan almarhum Sheikh.
"Duduk bersama beliau dan mendengar nasihat serta pujukan beliau bagaikan seorang bapa yang memujuk anak-anaknya yang dalam kesedihan itu," katanya.
Begitulah pentingnya peranan seorang pemimpin, apatah lagi seorang ulama, guru, seorang ayah seperti Sheikh Ahmed Yassin.
Sekalipun hanya berada dekat dengannya mampu membuatkan orang di sekeliling rasa tenteram dan selamat.
Namun mengimbas kembali sejarah perjuangan para pejuang muda Hamas itu, Mohammed berkata, sekembalinya dari Mesir setelah tamat pengajian dalam bidang farmasi, beliau terus menganggotai Gerakan Islam (Hamas).
"Bukan sahaja saya, malah ramai lagi yang pulang belajar dari Mesir, England dan lain-lain negara di dunia setelah bergelar doktor perubatan, pensyarah, peguam dan lain-lain jawatan terus menganggotai Hamas dengan Sheikh Ahmed Yassin sebagai mentor kami.
"Tugas utama kami ketika itu mengumpul senjata sebanyak mungkin bagi memperkuatkan lagi gerakan menentang Israel," katanya.
Dilatih mengguna senjata
Walaupun serba kekurangan termasuk kesukaran mendapat bekalan senjata api, ia tidak melemahkan semangat juang para anggota Hamas.
Berbekalkan senjata yang ada, mereka giat berlatih dan mempelajari taktik-taktik peperangan melalui bekas anggota tentera Palestin yang pernah menganggotai gerakan pembebasan Palestin sebelum ini.
Sehinggalah ketika berlakunya detik dan tarikh hitam yang meragut nyawa pemimpin kesayangan, Sheikh Ahmed Yassin, Dr. Mohammed tidak berada di tempat kejadian.
Ketika itu, beliau berada di rumah. Berita itu diterima dengan hati yang remuk dan kesedihan yang tidak boleh diungkap melalui kata-kata.
Pemergian Allahyarham amat dirasai kerana beliau sangat akrab malah hubungan silaturrahim itu terjalin sebelum terbentuknya Hamas.
Sehinggakan Sheikh Ahmad Yassin ditahan dan dihukum penjara selama 13 tahun oleh Israel, Dr. Mohammed adalah satu-satunya individu yang mendapat kepercayaan sepasukan peguam untuk bertemu dan berbincang dengan Sheikh Ahmad Yassin di penjara.
"Para peguam meminta saya memujuk Sheikh Ahmed Yassin supaya bersetuju dengan usaha-usaha untuk membebaskan beliau daripada meringkuk dalam penjara.
"Beliau sudah tua dan dalam keadaan yang sangat lemah dan uzur. Maka adalah sangat zalim untuk orang yang dalam keadaan seperti ini dipenjara lalu pihak peguam merancang menjadikan keuzuran Sheikh Ahmed Yassin untuk layak menjalani rawatan dan berubat di luar negara.
"Mereka hendak memindahkan Sheikh ke mana-mana negara luar agar beliau tidak perlu ditahan dan dipenjara," katanya.
Lalu Dr. Mohammed menemui Sheikh Ahmed Yassin dipenjara yang akhirnya menyaksikan beliau keluar dari penjara itu dengan muka yang kecewa dan hampa.
"Sheikh menolak bulat-bulat cadangan pihak peguam itu. Beliau enggan keluar dari penjara walau apa pun yang bakal terjadi dan saya sememangnya gagal walaupun puas memujuknya.
"Saya katakan beliau masih boleh memimpin para pengikutnya walaupun berada di luar negara sebagaimana kebanyakan para pemimpin dan pejuang Palestin sebelum ini," katanya.
Sheikh Ahmed Yassin dengan tegas memberitahu beliau tidak akan sesekali meninggalkan Palestin, apatah lagi meninggalkan orang yang dipimpinnya.
"Bukan namanya seorang pemimpin yang sanggup meninggalkan rakyatnya ketika dirinya sangat diperlukan dan walaupun dipenjara namun saya tetap ingin berada bersama-sama dengan kamu semua di sini, di tanah air kita ini!
"Tidak akan saya tinggalkan kamu sekalipun kita sudah terpisah jasad dan nyawa," katanya.
Demikianlah antara kata-kata yang tegas diungkapkan oleh Sheikh Ahmed Yassin kepada Mohammed.



al-Quran Braille berkomputer





DEMI persaudaraan dan menegakkan Islam... Dari kiri Bendahari VPM, Datin Normah Hashim, Dr. Mohammed Shihab, Mah Hassan Omar, Dr. Fayek, Dr. Mahmoud dan sukarelawan Dr. Mohd. Zin Kandar dari Aqsa Syarif Malaysia.



KIRA-kira 10 tahun lalu, beliau yang ketika itu merupakan Presiden Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia, menerima sepucuk surat bertulisan Braille daripada pengirim yang mendakwa dirinya seorang cacat penglihatan kekal yang berasal dari Gaza, Palestin.
“Saya tidak pasti sama ada dari Gaza atau Tebing Barat, tetapi pemuda ini menulis surat kepada saya merayu supaya pihak kami dapat memberi sumbangan al-Quran versi Braille kerana beliau sangat memerlukannya,” kata Datuk Mah Hassan Omar.
Mah Hassan yang kini Presiden Persatuan Braille Malaysia mengakui amat terkejut dan terharu dengan permintaan yang datang dari jauh itu.
“Mungkin beliau menulis surat kepada saya atas kapasiti saya ketika itu juga merupakan wakil negara ke Pertubuhan World Blind Union dan pemuda itu merupakan antara mangsa kekejaman Israel yang menyebabkan matanya buta kekal,” kata Mah Hassan.
Malangnya ketika itu, tidak ada mana-mana pihak termasuk persatuannya yang mampu dan terlibat dalam pengeluaran mushaf al-Quran Braille.
Namun permintaan pemuda Palestin itu sebenarnya menjadi titik tolak yang membakar dan meniupkan semangat kepada Mah Hassan untuk mula mengusahakan penerbitan dan pengeluaran mushaf al-Quran Braille secara komersial.
Matlamat utamanya membantu golongan cacat penglihatan seperti pemuda Palestin tersebut.
“Bukan tidak ada al-Quran diterbitkan secara Braille ketika itu tetapi penerbitannya adalah secara manual dan sangat terhad.
“Perlu disalin satu persatu dan ia akan memakan masa sehingga setahun lamanya untuk siap lengkap 30 juzuk,” tambah beliau.
Sehinggalah baru-baru ini sahaja, permintaan pemuda buta dari Palestin itu akhirnya dapat dipenuhi.
Persatuan Braille Malaysia dengan kerjasama Viva Palestina Malaysia (VPM) akhirnya berjaya menyumbang empat naskhah al-Quran versi Braille untuk dibawa ke Gaza, Palestin.
Setiap naskhah bernilai RM240 dan ia disumbangkan kepada Persatuan Islam Jabaliya, Gaza ketika wakil-wakil persatuan penduduk Gaza itu berada di Malaysia, baru-baru ini.
Sumbangan diterima oleh Ahli Parlimen yang juga Ahli Majlis Perundangan Palestin, Dr. Mohammed Shihab. Turut hadir, Timbalan Pengerusi Persatuan Islam Jabaliya, Dr. Mahmoud Muhammad Alhirthani dan Pensyarah di Universiti Al Aqsa Gaza, Prof. Fayek An Nouk.
Suasana bertukar pilu apabila melihatkan wakil-wakil penduduk Gaza itu sangat gembira dan tidak putus-putus mengucapkan syukur dan bertakbir memuji Allah atas sumbangan yang sangat besar maknanya ini.
Menurut Dr. Mohammed Shihab, sumbangan al-Quran Braille itu umpama mereka mendapat segunung intan.
Katanya, set al-Quran itu akan digunakan sepenuhnya oleh penduduk Palestin terutama mereka yang mengikuti pengajian di Darul Al Quran Al Kareem Wa Sunnah yang mempunyai cawangan di 13 lokasi di seluruh Palestin.
“Terdapat lebih 1,000 pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang yang mengikuti pengajian di institusi ini.
“Sebahagian daripada mereka adalah cacat penglihatan yang rata-ratanya akibat kekejaman Israel yang menggunakan senjata kimia beracun,” katanya.
Institusi itu kini diterajui oleh seorang tokoh ulama terkenal mempunyai bacaan al-Quran terbaik, Sheikh Dr. Abdul Rahman Jamal.
Ia adalah Darul Quran utama di Palestin bagi melahirkan mereka yang tidak sahaja hafiz al-Quran tetapi para pejuang yang akan membebaskan Palestin daripada cengkaman Israel.
“Baru-baru ini salah seorang pelajar kami, seawal usia 7 tahun, Usama Abu Wardah berjaya memukau para hadirin dalam satu majlis ujian tahfiz al-Quran di Khartoum, Sudan.
“Beliau bukan setakat hafiz 30 juzuk al-Quran malah mampu melepasi pelbagai ujian tahfiz dan bacaannya diakui baik dan tepat,” jelas Mohammed.
Mendengarkan alunan bacaan surah al-Fatihah dan sedikit daripada surah al-Baqarah oleh Mah Hassan sangat menyedarkan betapa pentingnya al-Quran versi Braille ini kepada golongan cacat penglihatan.
Walaupun mereka dikatakan mampu menghafaz apa juga terutamanya ayat-ayat al-Quran dengan lebih baik dan pantas berbanding mereka yang normal namun versi Braille ini tetap penting buat yang cacat penglihatan.
Pertama, kata Mah Hassan, bukan semua yang cacat penglihatan mampu menghafaz melalui teknik pendengaran, kemampuan untuk menghafaz dengan baik ini sebenarnya, berbeza-beza bagi tiap seseorang itu.
“Keduanya, versi Braille adalah sangat penting bagi menjaga mutu dan ketepatan bacaan terutamanya dari aspek tajwid dan makhraj huruf.
“Sentuhan hujung jari itu pula menjadikan mereka lebih dekat dengan al-Quran untuk mereka mudah merujuk kembali berbanding sekadar mendengar berulang kali,” katanya.
Sejak diciptakan al-Quran Braille yang boleh disimpan dalam data komputer, ini membolehkan mushaf ini diterbitkan secara ulang cetak.
Menurut Mah Hassan, dalam tempoh lapan jam keseluruhan naskhah al-Quran itu boleh dicetak tetapi kosnya agak tinggi.
Ini kerana ia melibatkan kualiti kertas yang bermutu tinggi, mesin cetak Braille yang perlu diimport, kualiti penjilidan khas untuk al-Quran Braille di samping perlu mendapatkan semakan dan pengesahan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Bagi meringankan bebanan kepada golongan cacat penglihatan memiliki al-Quran Braille ini, umat Islam diharap memberi sumbangan kepada Persatuan Braille Malaysia bagi membolehkan lebih banyak mushaf-mushaf al-Quran versi Braille ini dapat diterbitkan.
Mah Hassan berkata, pihaknya sentiasa menerima permintaan dari individu, persatuan-persatuan dan sekolah-sekolah pendidikan cacat penglihatan untuk memiliki al-Quran Braille tetapi kebanyakan mereka tidak mampu untuk membelinya.
“Jadi saya sangat berharap masyarakat Islam Malaysia dapat menyumbang bagi membantu golongan cacat penglihatan ini memperolehi al-Quran Braille,” katanya.

DJ Razak meninggal dunia akibat kemalangan


Assalamualaikum,
Innalillahi-Wa-Innailaihi Rojiun,
"Semoga Roh almarhum DJ Abdul Razak bersemadi dengan teang dan ditempatkan Allah SWT bersama para solihin."
Kami warga dan suakrelawan Aqsa Syarif terkejut dan sedih di atas pemergian Dj Abdul Razak yang kami kasihi. Beliau adalah seorang yang sangat baik dan segala usahanya di bidang penyiaran khususnya di IKIM.fm telah banyak membantu orang ramai mendekatkan diri kepada Islam dan perjuangan kemanusiaan khususnya perjuangan Palestin. Saya dan rakan-rakan Aqsa Syarif pernah bersama beliau bersiaran di IKIM.fm khususnya dalam pra-misi Aqsa2Gaza2 (A2G2). Beliau sesungguhnya seorang DJ yang berdidikasi dan berusaha sedaya upaya memberikan kerjasama yang terbaik bagi tercapainya maklumat misi A2G2.
Pemergianmu tidak menghentikan misi murnimu, akan kami teruskan perjuangan membawa obor kebenaran.

Mohd Zin Kandar (Aqsa Syarif).
Allahyarham DJ Razak
KUALA LUMPUR – Penyampai terkenal Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia IKIMfm, Abdul Razak Arbain meninggal dunia pagi tadi apabila motosikal yang dinaikinya terlibat dalam pelanggaran dengan sebuah lagi motosikal. Kemalangan tersebut berlaku di Bukit Jalil dan Allahyarham meninggal dunia pada usia 46 tahun
Berita yang dipetik dari status facebook Ikim.fm mengatakan, memang menjadi rutin Allahyarham untuk menghantar anaknya ke sekolah setiap pagi dengan motosikalnya.
Allahyarham yang merupakan juruhebah sambilan di IKIMfm telah berkhidmat sejak 3 Julai 2006. Sebelum berkhidmat di IKIMfm, beliau merupakan anggota tentera dan pernah ditempatkan di beberapa kem tentera seperti di Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Di-Raja, Kem Rasah, Kem Wira Waja Janda Baik dan lain-lain. Beliau juga pernah bertugas sebagai juruhebah Radio Kementah (Mindef) di Cawangan Perhubungan Awam (PR).
Allahyarham yang lebih dikenali sebagai DJ Razak cukup disenangi peminat kerana begitu mesra melayan setiap panggilan dan permintaan pendengar. Beliau seorang yang tidak lokek senyum dan amat mesra dengan setiap orang ditemui. Dalam kalangan rakan sekerja, beliau merupakan rakan yang suka menolong dan membantu orang lain, walaupun ada ketikanya menyusahkan diri beliau sendiri. Perkara ini diakui sendiri oleh Pengarah Radio IKIMfm, Encik Nik Roskiman Abdul Samad, yang menyifatkan Allahyarham sebagai antara rakan sekerja terbaik yang sentiasa mudah mengikut arahan.
Allahyarham juga sentiasa ikut serta turun padang bersama para penyampai IKIMfm yang lain. Yang terbaharu dan terakhir ialah apabila beliau bersama dalam program “Bonanza Amal Hope 2 Walk” di Muzium Negara, program anjuran Islamic Aid Malaysia dan IKIMfm dalam mencari dana membantu adik Annur yang mengidap Celebral Palsy.
Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar untuk IKIMfm dan bukan sahaja ditangisi oleh rakan sekerja tetapi oleh ribuan pendengar setia IKIMfm dan peminat beliau yang sentiasa ternanti-nanti kemunculan beliau di ruang udara.

Beliau yang dilahirkan pada 13 Mac 1966 meninggalkan seorang balu, Rosnani binti Haji Dali dan tiga orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki.



Gambar-gambar kenangan ketika sukarelawan A2G2 berada di konti IKIM.fm bersama DJ Abdul Razak, tahun lalu (Ogos 2011)

Wednesday 15 February 2012

Ahli Parlimen Palestin & Pengurus Besar AQSA berceramah di Masjid Hj Mat Saman



Ahad 12 Februari 2012, Kajang, Pengurus Besar Aqsa Syarif, Encik Muhamad Munawer Ismail telah menyampaikan perkongsian Aqsa To Gaza 2 (A2G2) di Masjid Haji Mat Saman, Sungai Ramal Luar, Kajang selepas solat Maghrib. 
Ceramah yang didahului dengan pengenalan mengenai Aqsa Syarif itu disusuli dengan ceramah berkenaan perjuangan Palestin oleh tetamu Aqsa Syarif, Dr Muhammad Shehab yang merupakan pengasas Islamic Society of Jabalia (ISJ) dan Ahli Parlimen (MP) Palestin. Mengiringi beliau ialah Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif. Penyampaian beliau malam itu diterjemahkan oleh Ustaz Kamaruzzaman Abdul Rahim, Pegawai Perhubungan Aqsa Syarif. 
Selain perkongsian dan ceramah, meja jualan dan pameran oleh Sekretariat Aqsa Syarif Daerah Kajang turut dibuka. Pelbagai info berkenaan Palestin dan jualan produk Aqsa Syarif mendapat perhatian para jemaah. Jumlah kutipan sumbangan Palestin malam itu berjumlah RM1865.70 berserta 100 Dolar Singapura. 
Aqsa Syarif mengucapkan sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada Masjid Haji Mat Saman, Sungai Ramal Luar terutamanya kepada Imam 1 masjid, Dr Hj Ahmad Zainuddin atas kejayaan dan jemputan dalam menjayakan program ini.

Monday 13 February 2012

Ahli Parlimen Palestin Hadir Majlis Maulidur Rasul di Kg Maju Jaya Pekan Nenas Johor


Penduduk Kampung Maju Jaya begitu bertuah pagi ahad lalu 12 Feb 2012, apabila sambutan Maulidur-Rasul yang mereka anjurkan di Masjid kampung mereka dikejutkan dengan kunjungan ahli Parlimen Palestin iaitu Sheikh Dr Muhamamd Shehab dan rombongan Aqsa Syarif serta ahli jawatankuasa IKRAM Pontian. 

Majlis yang dihadiri lebih 250 orang penduduk di kalangan para pemimpin masyarakat setempat, penduduk kampung dan para pelajar sekolah adalah merupan program tahunan sambutan Maulidur Rasul kampung tersebut. Penceramah jemputan pada tahun ini ialah Prof. Madya Dr Mohd Zin Kandar dengan tajuk "Kehidupan Rasulullah S.A.W. dan Perjuangan di Palestin Kini" disampaikan dengan bantuan persembahan multimedia.

Para hadirin didedahkan tentang pribadi Rasulullah SAW sebagai bukan sahaja seorang Rasul yang mengajarkan perkara-perkara berhubung akidah, ibadah, akhlak dan syariat, tetapi Rasulullah SAW juga adalah seorang pendidik (murabbi) dan pejuang kebenaran dan kemanusiaan yang telah berjaya membangun suatu ummah Islam (Generasi Qur'an) dan berjaya membawa umat manusia untuk tunduk dan patuh kepada Allah dan ajarannya. Di dalam perjuangan Rasulullah SAW, jihad dan pengorbanan adalah sebahagian dari misi kerasulannya. 

Apa yang dilakukan oleh pemimpin dan rakyat Palestin hari ini di dalam mempertahankan bumi Palestin - Bumi Ambiya'  dan Masjidil Aqsa adalah suatu sunnah perjuangan yang diajar oleh Rasulullah SAW dan kita umat Islam harus mempelajari dan membantu mereka dengan apa juga keupayaan dan kemampuan kita. Kini bumi Palestin dijajah dan masjidil Aqsa dikepung oleh rejim Zionis Yahudi, maka menjadi kewajipan seluruh ummat untuk berusaha membebaskannya.

Rasulullah SAW menganjurkan agar umat Islam beramai-ramai menziarahi Masjidl Aqsa dan bersembahyang di dalamnya dan jika tidak mungkin, "hantarlah minyak untuk menyalakan lampu-lampu di Masjidl Aqsa". Hadith tersebut menggambarkan bagaimana seluruh ummat berkewajipan membantu memelihara Masjidil Aqsa dan menghulurkan bantuan-bantuan bagi menjaga kesucian masjid milik umat Islam keseluruhannya. Seterusnya berusaha membantu agar Masjidil Aqsa dapat dibebaskan dan umat Islam dapat ke sana tanpa ada sekatan dari tentera rejim Zionis.

Selepas ceramah yang disampaikan Dr Mohd Zin, tetamu Palestin diberikan peluang menyampaikan sepatah dua kata dan nasihat kepada para hadirin untuk sama-sama membantu perjuangan rakyat Palestin. Ucapan beliau diterjemahkan oleh Ust Suhaimi Jairi (Setiausha IKRAM Pontian). Turut hadir juga ialah Pengerusi JK Pemuda-Remaja IKRAM Pontian (En Abdul Halim), Pengerusi JK Kemasyarakatan IKRAM Pontian (Ustazah Siti Mariah) dan Pengurus Aqsa Syarif Bandaraya Johor Bahru, Ustaz Rofazlin Jusuh.


Di dalam ucapan alu-aluan di awal majlis, Pengerusi JK Majlis sambutan, En Ruslan Abu Bakar menyatakan kesyukuran dan bertuahnya di atas kedatangan wakil Palestin walaupun tidak dirancang. Majlis diserikan dengan bacaan Qur'an dan nasyid kanak-kanak. Tn Hj Md Noor (Ketua Kampung) dan Hj Mahmud Kartubi (Imam) turut bersyukur dan mengharap agar kerjasama dengan pertubuhan IKRAM dan Aqsa Syarif dapat diteruskan.


Kutipan sumbangan untuk Palestin turut juga diadakan dan Alhamdulillah dua tabung Palestin mendapat sambutan dari orang kampung yang berpusu-pusu menderma baik dewasa mahupun dikalangan kanak-kanak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...