Saturday 27 August 2011

Sukarelawan A2G2 terkejar-kejar membuat lawatan dan serahan bantuan di seluruh Gaza

Lima hari di Gaza bagi peserta misi A2G2 adalah masa yang sangat terhad untuk menyempurnakan misi dan amanah rakyat Malaysia serta kepimpinan Pertubuhan IKRAM Malaysia dan Aqsa Syarif.
Misi memasuki pintu Rafah pada jam 2.00 petang 21 Ogos 2011 dan seterusnya di bawa ke bandar Khanyounis (selatan semenanjung Gaza). Pertemuan pertama ialah mesyuarat penyelarasan program lawatan dan serahan sumbangan kepada semua ngo-ngo di Gaza yang berlangsung di dewan makan kompleks perubatan Khanyounis (satu-satunya kompleks yang mengandungi bilik-bilik hotel penginapan di khanyounis).


Kelihatan Ketua Misi A2G2 Dr Mohd Zin menerangkan tujuan misi dan sejumlah sumbangan rakyat Malaysia yang telah dibincangkan dengan pihak PICOM sebalum berlepas untuk penyelarasan dengan NGO-NGO di Gaza. Beberapa ubahsuai kecil terhadap jadual program terpaksa di buat dan dipersetujui bersama oleh wakil-wakil NGO yang hadir iaitu wakil daei Emaar Association, Wakil dari Islamic Society of Jabalia dan wakil dari Rawafid Association for Relief & Development.
Lawatan ke kawasan bekas serangan regim Israel 2008//09 yang memusnahkan bangunan-bangunan. 
Bermula dengan sesi tersebut, pada setiap hari di Gaza,  suakrelawan misi A2G2 sentiasa berkejar dari satu lokasi ke lokasi yang dirancang bagi sama ada menyampaikan serahan bantuan, membuat lawatan, mengadakan pertemuan perbincangan atau meninjau projek-projek Aqsa Syarif.
Misi A2G2 juga dijemput memenuhi undangan khas oleh beberapa agensi kerajaan serta anggota dewan parlimen walaupun tidak dirancang atau tiada di dalam jadual misi. 


Ini adalah kerana mereka mempunyai hasrat yang tinggi dan percaya bahawa misi A2G2 berupaya membantu dan menghubungan dengan agensi-agensi di Malaysia di dalam mendapatkan bantuan dan kerjasama pintar untuk membangun semula Gaza.

Dicelah-celah kesibukan PM Dr Ismail Haniyeh, peserta misi sempat dilayani seperti tetamu kehormat negara walaupun hanya di kelapangan selepas solat Tarawikh di masjid di kem pelarian tempat kediaman Perdana Menteri tersebut yang mengimamkan solat Isya & Tarawih. 


Berikut adalah perbandingan jumlah lawatan-lawatan mengikut Perancangan awal sebelum misi berlepas dan apa yang sebenarnya berlaku ditapak:-

No
Perkara
Perancangan
Pelaksanaan

1.
Lawatan, perbincangan dan serahan bantuan melalui NGO-NGO di Gaza
4
(Emaar, ISJ, ISB, Khatwa)
5
(Emaar, ISJ, ISB, Khatwa, dan lain-lain)
2
Lawatan & perbincangan dengan agensi di Gaza
4
(Receptio by  The Governmental Committee For Breaking the Siege & Receiving Delegations (GCfBS&RD), Islamic University Gaza, Rantissi Hospital, Jabalia Municipality)
10
(GCfBS&RD, Islamic University Gaza, Rantissi Hospital, Jabalia Municipality, Parliament House, Ministry of Foreign Affairs, Ministry of Sosial, Ministry of Health (2x), Hospital Salam)

3
Lawatan dan / atau serahan projek-projek
12
(Emaar – 4 projek;
ISJ – 5 Projek,
ISB – 2 Projek,
Khatwa – 2 projek)
20 projek
Meliputi projek-projek yang sudah disempurnakan (Kilang Roti), projek-projek  on-going, projek-projek baru dan yang di cadangkan serta kritikal  ketika misi berada di Gaza.

1 comment:

  1. Selamat kembali ke Tanah air semua saudaraku...
    Alhamdulillah Mission Ramadan Accomplished!

    Tahniah Aqsa Syariff...

    Salam Eidul Fitr...
    Maaf Zahir dan Batin...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...