Misi A2G2 BERJAYA MEMASUKI PALESTIN MELALUI PINTU RAFAH DI GAZA
Kedatangan kami disambut oleh Dr Anwar Mosa dan JK Emaar Association yang beribu pejabat di Kota Khanyounis. Akhawat dari Khanyounis turut menyambut kedatangan peserta misi wanit.
Semua ahli-ahli konvoi yang buat pertama kali menjejak bumi anbiya' Palestin begitu girang dan bersyukur. Mereka benar-benar seolah tidak percya. Penaantian bertahun-tahun untuk menjejak kaki ke tanah umat Islam Palestin sudah menjadi realiti. Majlis ringkas di adakan dan sesi bergambar dijalankan.
Dari sempadan Rafah, Emaar Association membawa kami dengan kenderaan ke kota Khanyounis di masa kami ditempatkan di sebuah hotel yang sederhana di tengah-tengah perumahan kem pelarian yang padat. Inilah satu-satunya hotel di khanyounis.. Kami bersyukur dan dapat membersihkan badan dan berihat setelah perjalanan jauh yang sangat mencabar tetapi sangat menarik dan mendidik jiwa.
Misi A2G2 ... SEDIKIT UJIAN DI PERJALANAN DARI CAIROMENUJU RAFAH
Misi A2G2 MEMBELI UBAT-UBATAN UNTUK GAZA DI MESIR
KEADAAN DI KOTA CAIRO TERKAWAL, WALAUPUN BEBERAPA KEMATIAN DILAPORKAN DI MESIR DAN DI GAZA
Pergeseran mula tercetuus di antara Israel, dan Mesir beberapa hari lalu apabila tiga tentera mesir terbunuh dan beberapa orang Israel juga terbunuh. Israel seperti biasa menuduh pihak Hamas memulakan pelancaran, padahal merekalah yang membuat provkasi. Dlam masa 24 jam yang lalu dilaporkan kematian seramai 15 orang awam di Gaza dicatatkan apabila Israel seperti biasa sewenang-wenangnya melancarkan serangan udara ke beberapa penempatan Gaza termasuk di Gaza City dan Khanyounis.
Di Cairo penunjuk-penunjuk perasaan masih berkumpul di hadapan kedutaan Israel yang terletak dipinggir kota dan berhampiran sungai Neil. Peserta misi A2G2 yang melalui jalan berhampiran untuk menuju tempat penginapan menyaksikan kereta-kereta perisai tentera Mesir berjaga di sepanjang jalan dambil kelihatan para penunjuk perasaan yang meminta Israel keluar dari tanah Mesir. Kelihatan juga kenderaan-kenderaan media dengan antena-antena dpenyiaran berada tidak jauh dari kedutaan Israel tersebut. Namun keadaan pada keseluruhannya terkawal dan tunjuk perasaan tidak merebak di .lain-lain tempat
Berdasarkan maklumat dari pengiring misi yang menguruskan perjalanan bermulanya dari pintu keluar lapangan terbang Cairo, perjalanan ke pintu Rafah yang dijangkan bergerak 20 minit dari laporan ini ditulia (jam 5pagi waktu tempatan), adalah selamat. Sementara itu sejam yang lalu, bekalan ubat-ubatan yang ditempah oleh misi A2G2 tiba diperkarangan penginapan para misi. Ubat-ubatan ini adalah sebahagian dari bantuan yang akan dibawa masuk ke Rafah dengan tangan dan akan disalorkan ke Hospital Cancer Rantisi bersempena lawatan ke hospital tersebut nanti. Aqsa Syarif telah memulakan bantuan ke hospital ini semenjak misi konvoi A2G pada Oktober 2010.
PERJALANAN PESERTA MIS1 BERBEKAL HUBUNGAN
ILAHI
sebelummeneruskan perjalanan ke Cairo bagi mengambil jalan darat untuk menuju selatan Gaza. Para peserta mengisi masa perjalanan dengan amalan-amalan peribadi dan membuat perancangan keperluan bagi meneruskan perjalanan yang masih panjang.. Di Cairo, peserta misi akan mendapatkan bekalan ubat-ubatan bagi dibawa memasuki Rafah..
Bulan Ramadhan yang dilalui melalui perjalanan ini agak panjang, puasa yang bermula dengan syahur di Malaysia merentasi laluan menuju ke Cairo menjadika waktu puasa mencecah 18 jam apabila tiba waktu berbuka puasa di kota Cairo.. .
Setibanya di lobi ruang lapangan terbang Cairo, para peserta misi telah ditunggu oleh Mr Kamal, seorang kakitangan kerajaan berjawatan tinggi di Cairo, bersama beliau ialah seorang pemandu bas mini dan seorang bertubuh sasa berpakaian kot kemas, beliau didatangkan khas dari kementarian keselamatan untuk menjadi mengawal perjalanan misi dengan usaha Mr Kamal . Dengan gaya mesra, para peserta misi mudah berinteraksi. Selepas beberapa langkah di hadapan, sekumpulan pelajar sekitar 15 anak-anak muda berkulit sawo matang dan beberapa puteri tersenyum-senyum simpul menyambut ketibaan misi. Terkejut bercampur gembira para peserta misi bersalam-salaman samil berpeluk mesra. Mereka memakai vest dan kemeja T Aqsa Syarif dan IKRAM.
Lega memerhati suasana , hilang sebentar kerinduan pada anak-anak yang ditinggalkan.
No comments:
Post a Comment