Gagasan Malaysian Youth On Gaza Mission bermula di Gaza, Palestine!


Sejarah bermula apabila Sukaelawan Aqsa Syarif melawat Islamic University Gaza (IUG) ketika mereka menyertai Konvoi Kemanusiaan Global jalan Darat Viva Palestina-5 pada tahun 2010. Di dalam lawatan ringkas telah membuahkan idea akan keperluan kepada penyertaan golongan muda ke Gaza. Aqsa Syarif sentiasa membuka ruang untuk para remaja dan pemuda menyertai aktiviti kempen kemanusiaan untuk Palestin. Pada Pertengahan 2011, Pengerusi Aqsa Syarif dan ketua konvoi A2G telah dijemput ke UNIMAS di dalam satu konvensyen dan disini bermulanya idea berputik.
Berikutan dari itu, dengan kegigihan Saudara Muhammad Mus'ab Muzahar yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak, idea terus disuburkan bersama rakan-rakan seangkatan dengan beberapa universiti. Sehinggalah cadangan dikemukakan kepada pihak UNIMAS dan Aqsa Syarif bagi mendapat sokongan. Aqsa Syarif menyambut baik cadangan dari golongan mahasiswa dan Muhamaad Mus'ab di jemput menyertai misi A2G2.


Kami juga dibawa utk melawat bangunan universiti yang telah dimusnahkan oleh tentera Israel pada tahun 2008. Kami dapat menyimpulkan bahawa, pihak universiti sangat memerlukan bantuan daripada semua pihak bagi meneruskan proses pendidikan kepada penduduk Gaza.

Sebagai tanda perpisahan, Saudara Muhammad Mus’ab Muzahar telah menyerahkan sebuah buku ‘MY Gaza Mission’ yang merupakan kompilasi ucapan,kata-kata semangat dan kesediaan dari 22 orang YDP MPP IPT Malaysia untuk membantu golongan muda di Palestin kepada Presiden Universiti Islam Gaza, Prof Dr Kamal Shaat dan Saudara Saed Al Hatoom, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Gaza.
MY Gaza Mission bersama Khtwa Youth Organisation
Perbincangan mengenai gagasan ‘Malaysian Youth On Gaza Mission’ diteruskan di Associate Engineering Building, Gaza. Perbincangan ini adalah diantara Delegasi Aqsa Syarif dan Khtwa Youth Organisation, sebuah badan NGO di Palestin yang aktif membela nasib rakyat Palestin.
Perbincangan dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Presiden Khtwa Youth Organisation, Saudara M. Saber Musa A’lian yang juga merupakan lepasan mahasiswa Universiti Islam Gaza. Kemudian diikuti dengan kata-kata aluan ketua misi A2G2 Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar, yang menyentuh tentang janji beliau tahun lalu ketika berada di dewan yang sama (di dalam rombongan konvoi A2G-VP5) bahawa Khatwa Yout akan dihubungkan dengan mahasiswa Malaysia, dan pertemuan hari ini adalah suatu penunaian janji dengan membawa Sdr Mus'ab ke Gaza bagi memungkinkan gagasan Mahasiawa Gaza-Maaysia dapat dijalin dan diperkasakan.
Agenda kemuncak pertemuan ini ialah capan Saudara Muhammad Mus’ab Muzahar, YDP MPP UNIMAS. Beliau turut membacakan satu surat khas yang merupakan tulisan bersama 22 orang YDP MPP IPT dari Malaysia kepada mahasiswa di Gaza,Palestin.
Agenda kemuncak pertemuan ini ialah capan Saudara Muhammad Mus’ab Muzahar, YDP MPP UNIMAS. Beliau turut membacakan satu surat khas yang merupakan tulisan bersama 22 orang YDP MPP IPT dari Malaysia kepada mahasiswa di Gaza,Palestin.


Pihak Khtwa Youth Organisation menawarkan gambar-gambar live dari Palestin setiap hari melalui jurugambar professional mereka. Pihak ‘Malaysian Youth On Gaza Mission’ akan meneliti segala proposal dan idea yang telah diberikan dan akan memberikan respon terbaik dalam agenda pembelaan penduduk Palestin.
No comments:
Post a Comment