Saturday 27 August 2011

Majlis Berbuka Puasa di beberapa kem pelarian dan Majlis meraikan anak-anak syuhada’.


Emaar Association fi Khanyounis dengan kerjasama Aqsa Syarif telah berjaya mengadakan majlis berbuka Puasa tajaan rakyat Malaysia. Majlis di adakan di Masjid daerah Khanyounis.  Sejumlah lebih 100 penduduk hadir di dalam majlis tersebut. Masjid ini sememang tidak pernah mengadakan majlis berbuka pusasa sepanjang Ramadhan, namun dengan bantuan rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif.

Di hari berikutnya, majlis berbuka puasa di jalankan dengan kerjasama Islamic Society of Jabalia yang diadakan di tepi pantai Gaza iaitu disebuah kawasan pembangunan rakreasi pantai. Majlis iftar ini dianjurkan khas bagi menjamu anak-anak dan keluarga syuhada’ yang terkorban / syahid dimedan. Kebanyakkan mereka adalah dikalangan anak-anak yang berumur dari 4 hingga 15 tahun.
Selepas solat maghrib, anak-anak para syuhada’ tersebut yang bejumlah sekitar 100 orang telah dihiburkan dengan persembahan nyanyian-nyanyian jihad yang diolah, lakonan badut-badut bertema dan dipenghujungnya diberikan hadiah-hadiah berupa permainan untuk kanak-kanak. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...