Saturday 27 August 2011

AKTIVITI DAN PROGRAM A2G2 DIMULAKAN SECARA BERPUSAT DARI GAZA CITY








Misi A2G2 kali ini sangat unik kerana sebahagian dari komponen aktiviti mula dirancang secara berpusat (central activities) dan tidak sepenuhnya berasaskan daerah sebagaimana selama ini dilaksanakan. 
Peruntukan sumbangan (bajet) dan penjadualan juga mula dilaksanakan berpusat di mana seolah-olah disusun oleh Pejabat Aqsa Syarif di Gaza. Hal ini mula diuji-urus dengan penubuhan sebuah pejabat Aqsa Syarif yang terletak di tengah-tengah Kota Gaza. Seorang pengurus Pejabat Aqsa Syarif Gaza secara dasarnya telah dilantik, cuma memerlukan varifikasi oleh anggota Lembaga Pemegang Amanah (BoT) dalam seminggu dua ini.











Pembukaan Pejabat Aqsa Syarif

Alhamdulillah dengan koordinasi dan bantuan Palestinian Cultural Organisation of Malaysia (PICOM) yang ditubuhkan dengan bantuan kerajaan Malaysia di Kuala Lumpur, Aqsa Syarif telah berjaya mewujudkan sebuah pejabat di Semenanjung Gaza. Ketika ini seorang Pengurus Operasi dan seorang Pegawai Pentadbiran dan Kewangan dilantik bagi mengurus dan mengkoordinasi segala aktiviti dan projek-projek bantuan dari Malaysia di Palestin khususnya di Semenanjung Gaza. 
Cadangan pejabat terletak di bangunan tiga tingkat dan berkembar dengan Pejabat Pertubuhan Rawafid Untuk Bantuan dan Pembangunan (Rawafed Association for Relief & Development) dan sangat dekat (sekitar 100 meter) dengan masjid Salehuddin Al-Ayubi.

























Sumbangan-sumbangan Rakyat Malaysia Untuk Rakyat Palestin Mula diBahagi-bahagikan dari Pejabat Aqsa Syarif Gaza




Sebahagian dari bantuan untuk rakyat Palestin mula diedar dan diserahkan kepada para penerima dari Pejabat Aqsa Syarif di Gaza. Di mulai ketika kehadiran para peserta misi A2G2, anak-anak Gaza menerima set Back-to-School dan tajaan Anak Yatim dari Pejabat Aqsa Syarif di Gaza. 
Dengan bantuan Pertubuhan Rawafed yang diketuai oleh Dr Ahmad Alarabi Abu Foul dan Mr Khaleel, kanak-kanak sekitar Gaza dijemput untuk menerima sumbangan-sumbangan dari rakyat Malaysia yang disalorkan melalui Aqsa Syarif Malaysia.



























Lagi Cadangan Projek-Projek Baru Aqsa Syarif di Gaza
Sebagai sebuah negara yang sedang ditekan dan diancam oleh rejim Israel, terlalu banyak keperluan untuk menyediakan keperluan hidup bagi 1.7 juta penduduknya. Sehingga kini, 85% penduduk Gaza masih bergantung kepada bantuan luar, manakala pengangguran masih di tahap 50% penduduknya sedangan keperluan makanan, pendidikan dan perubatan terus meningkat.
Kunjungan misi kemanusiaan A2G2 bukan sahaja dilayan oleh NGO-NGO yang sedang aktif membantu masyarakatnya, tetapi beberapa kementerian dan agensi kerajaan turut mengundang peserta misi menemui mereka. Di antaranya ialah Ministry of Foreign, Ministry of Health dan Ministry of Social. Parlimen Palestin yang diketuai oleh Speakernya Dr Ahmad Bahar turut menjemput sukarelawan misi A2G2 menemui beliau dan para kabinet di bangunan Dewan Parlimen Palestin.
Pertemuan-pertemuan yang tidak dirancang itu telah membincangkan perkara-perkara khusus. Di dalam pertemuan-pertemuan singkat tapi penuh bererti, mereka menawarkan kepada rakyat Malaysia untuk menghulurkan bantuan-bantuan bagi keperluan yang mendesak di Palestin.

Projek-projek baru yang dikenalpasti oleh ahli-ahli misi A2G2 ialah:-
a. Kilang Roti Kedua Aqsa Syarif di Bandaraya Gaza - Diurus oleh ibu Pejabat.
b. Pembinaan sebuah sekolah - Rafah.
c. Menaik taraf pusat kanak-kanak cacat pendengaran - Khanyounis.
d. Bantuan menaik taraf projek ternakan lembu tenusu di Beitlahya.
e. Pusat Rawatan dan Pembangunan kemahiran penduduk cacat anggota - Gaza City.
f. Projek Baikpulih rumah-rumah penduduk termiskin - Khanyounis.
g. Projek Naik taraf Pusat Industri Domestik Wanita (R2R) - Jabalia.
h. Projek Kerjasama Membangun Kemahiran Teknikal - Kementerian Sosial.
i. Projek Kerjasama Pembiayaan / Biasiswa Pelajar Pengajian Siswajah - Kementerian Pengajian Tinggi.

Projek-projek di atas akan dibincangkan di dalam bengkel yang akan dianjurkan Aqsa Syarif dan beberapa projek akan diajukan untuk kemungkinan mendapatkan bantuan dari agensi-agensi kerajaan dan korporat di Malaysia.

Mereka yang berminat untuk menaja projek-projek di aras boleh terus berhubung dengan ibu pejabat Aqsa Syarif.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...