Dalam kesibukan peserta misi kemanusiaan A2G2 bersedia untuk ke Gaza beberapa hari sebelum bertolak pada Sabtu 20hb Ogos 2011, ramai antara kami tidak menyedari beberapa perkembangan terbaru yang berlaku di Gaza. Pada Khamis 18hb Ogos, 2 hari sebelum kami bertolak beberapa pejuang Palesin telah menyusup masuk ke Isreal dan telah menyerang 2 bas tentera. Serangan tersebut telah mengorbankan 7 tentera Israel dan mencederakan 20 yang lain. Petangnya Israel terus membalas dendam dengan mengebom sebuah rumah di Rafah mengorbankan 6 orang awam.
Pada malam Khamis tersebut, Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif bermesyurat dan hampir saja membatalkan misi A2G2. Namun Allah swt mengkehendaki misi ini diteruskan.
Sepanjang kami berada di Gaza, serangan demi serangan berterusan dilakukan oleh regim Zionis Yahudi. Walaupun serangan tersebut tidaklah terlalu dekat dengan tempat kami berada, berita mengenainya tiba kepada kami dalam masa tidak sampai satu jam.
Diantara serangan yang terus berlaku sepanjang kami berada disana adalah :
1. Ahad, 21 Ogos, hari pertama kami di Gaza ; seorang kanak-kanak tercedera terkena serpihan bom yang ditujukan kepada sekumpulan pemuda Palestin di Beit Lahya, utara Gaza. Dalam satu serangan lain pada hari yang sama, satu serangan lain kepada polis Palestin menyebabkan 7 cedera. Beit lahya adalah di antara tempat lawatan kami pada hari ke 4 kami di sana.
2. Selasa 23hb Ogos, hari ke 3 kami di Gaza ; Pesawat F-16 Israel melancarkan serangan misil di kawasan Ad Daraj, Gaza City di waktu subuh. Namun tiada kecederaan dilaporkan.
3. Petang hari yang sama, 23hb Ogos, ; Tentera Udara Israel menyerang dan membunuh pemimpin Islamic Jihad, Ismail al Asmar di kem pelarian Al Bureij, Rafah. Serangan itu juga menyebabkan seorang penduduk yang berusia 65 tahun terbunuh. Mayat beliau hanya dijumpai keesokkan harinya dibawa timbunan bangunan yang runtuh dibom. Beliau dikenali sebagai Ismail Amom dan mayatnya hancur teruk.
4. Rabu 24hb Ogos, hari ke 4 kami di Gaza ; diawal pagi, pesawat Israel menyerang dan mencederakan 2 orang penduduk yang sedang menaiki motosikal. Kedua-duanya mengalami kecederaan.
5. Malam hari yang sama, 24 Ogos ; Pesawat tanpa jurterbang Israel (UAV – Unmaned Arieal Vehicle) menembak dan membunuh Atiyya Mahmoud Muqat, seorang pejuang AlQuds Brigade dari Islamic Jihad di An Nafaq Street, perkampungan Sheikh Radwan, ditengah Gaza.
6. Khamis 25hb Ogos, hari ke 5 kami di Gaza ; Pengeboman di terowong bekalan makanan di Rafah mensyahidkan 2 orang dan 3 lagi tidak ditemui.
7. Pada hari yang sama, 25 Ogos ; satu serangan dilancarkan ke sebuah pusat sukan di Beit Lahya menyebebkan 7 syahid dan 30 tercedera termasuk 20 kanak-kanak dan 4 wanita.
Ini menunjukkan ancaman keselamatan keatas seluruh penduduk Gaza adalah masih berterusan. Setiap hari mereka ibarat menanti berita siapakah yang syahid hari ini. Kepungan Israel menafikan mereka kehidupan sebagai manusia biasa yang bebas.
Sepanjang kami bersama NGO-NGO dan penduduk di semenanjung Gaza selama 5 hari, kami lihat suatu kehidupan masyarakat yang tenang dan seperti tiada sebarang suasana cemas. Mungkin mereka sudah biasa dengan keadaan serangan demi serangan oleh rejim yang kejam. Kehidupan mereka perlu diteruskan dan masa hadapan mereka perlu dibina sebaik mungkin.
Kami meninggalkan Gaza pada Khamis 25hb Ogos dengan hati yang berat. Kami akan pulang kepada dakapan keluarga dan sambutan Aidil Fitri yang menanti, tetapi Gaza terus megalirkan darah syuhada’ tanpa mengira hari. Linangan airmata atas rasa kekerdilan kami yang tidak mampu membantu mereka diluar kudrat yang ada mengiringi kami ke sempadan Rafah. Tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah sahaja yang mampu melindungi mereka. Namun janji kami ……… KAMI TETAP AKAN KEMBALI LAGI MENEMUI MU WAHAI SAUDARAKU PALESTIN, Insyallah.

No comments:
Post a Comment