Saturday 27 August 2011

Misi Aqsa2Gaza2 di Beithlahya


1. Lawatan ke Projek Tadika Ahsan & Ahnan di Beitlahya
2. Lawatan ke Projek Ternakan Lembu Tenusu di Beithlahya




1. Lawatan ke Projek Tadika Ahsan & Ahnan di Beitlahya

Rombongan misi kemanusiaan A2G2 telah melawat sebuah bandar di utara Gaza pada hari ke-4. Aqsa Syarif dengan kerjasama Pertubuhan Mawaddah sebelum ini telah meneroka di daerah yang sering diserang Israel itu. Projek sekolah dan industri domestik adalah di antara projek yang telah ditaja oleh rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif.


Kali ini lawatan ke Beithlahya tidak asing lagi. Tambahan sumbangan kepada Biro wanita Persatuan Islam Beithlahya telah disempurnakan. Sekal lagi Pertubuhan Mawaddah malaysia yang dipengerusikan Ustazah Maznah (dikenali dalam rancangan Sirah Junjungan di radio IKIMfm). Sejumlah RM170,000.00 telah disalurkan Mawaddah melalui Aqsa Syarif untuk beebrapa projek di Palestin.








Projek Rose-2-Rose  yang diperkenalkan beberapa bulan sebelum misi A2G2 telah dapat diperkenal dan laksanakan ketika lawatan ke Betlahya. Button R2R dipasangkan oleh wanita Malaysia kepada wanita Palestin seagai tanda sokongan dan dokongan wanita Malaysia untuk terus menghulurkan do'a, sokongan dan bantuan.





2. Lawatan ke Projek Ternakan Lembu Tenusu di Beithlahya

Islamic Society of Beithlahya telah memulakan projek ternakan lembu tenusu lebih 6 bulan yang lalu kerana keperluan penduduk di daerah tersebut.



Ketika lawatan Misi A2G2, kami dipelawa melawat projek yang sudah bermula dan menyatakan hasrat mereka untuk memperolehi tambahan modal, agar bilangan lembu dapat ditambah dan hasil tenusu.
Berdasarkan tinjauan di tapak dan pengalaman ternakan lembu yang berjaya oleh Islamic Society of Jabalia, projek ini akan dapat diteruskan dengan bimbingan meeka yang berpengalaman. Aqsa Syarif akan membawa cadangan ini ke pengetahuan kepimpinan Aqsa Syarif.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...